Skip to main content

Tentang Hidup (pada firasat diri)

Kadang-kadang semua yang terjadi dalam hidup tidak sepenuhnya berjalan lancar. Malah ada ketikanya kita harus pasrah dengan kehidupan yang dipilih. Bukan kerana terpaksa tetapi pilihan itu pasti dek kerana diri sendiri yang telah menetapkannya.

Adakalanya apa yang sedang dilalui menjadi bebas selepas berpenat lelah dengannya walhal itu pilihan pada awalnya. Entah kenapa diri tidak beruapaya lagi menampun rasa kesal dan ketidakpastian itu. Apa boleh dilakukannya kecuali menerima hidup ini dengan ikhlas.

Sebabnya mudah, kerana dalam kehidupan yang dipilih ini pasti ada ujian dan dugaan dan apa yang pasti sebagai nakhoda kepada kehidupan getir ini sewajarnya kita lalui dengan redha. Tak perlu menyesal menggunung sebab tidak akan masa berpatah lagi.

Apa yang harus difikirkan adalah masa yang akan muncul. Sama ada diri kuat atau tidak bagi menempuh detik waktu yang pasti hadir menerjah. Mempersiapkan diri menghadapi fajar esok dan sentiasa berusaha memperbaiki setiap inci kelemahan.

Walaupun hati kecil kerap membisikkan kata-kata sesal, perit dan meluahkan baris ayat seakan merayu dan mengeluh, biarlah kerana hati itu milik kita. Itu semua sekadar keluhan dan bukan sebab tidak percaya dengan dugaan Allah cuma sebagai manusia yang bukan tulus murni dan beriman sekuat Muhammad, kita selalu kecundang dengan emosi.

Ada ketika emosi memberontak minta meluahkan segala yang terbuku di hati lalu kita luahkan dan ia bukan untuk meraih simpati hanya mahu melapangkan dada. Dek kerana manusia takkan selamanya memahami manusia, lebih seronok meluahkan pada yang Esa. Kerana Dia saja yang tahu masalah makhluknya.

Luahlah, tangisilah dan insafilah apa saja yang menakluk akal fikiran dan tubuh jasad serta hati nurani. Lalu mohonlah sejuta kebaikan dari Nya kerana Dia saja yang sesungguhnya Maha Berkuasa dan Penyanyang lagi Pengasih.



~~~Selalu mahu berusaha ditemani doa dan diiringi dengan tawakkal daripada Allah~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...