Skip to main content

Kau Pergi .....

Akhirnya selepas beberapa tahun, Tok Yah (nenek) menanggung derita sakitnya, arwah pergi juga pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 sebelum subuh. Sebenarnya Tok Yah menghembuskan nafas terkahirnya tanpa disedari semua anggota keluarga. Sabtu lebih kurang 11 malam, menurut cerita adik, Tok Yah dah mula sesak nafas seperti orang semput dan dalam keadaan begitu anak2 arwah yang ada disampingnya sudah mengajarnya kalimah syahadah. Tetapi keadaan kembali biasa. Dan menurut sepupu pula, pagi Ahadlebih kurang jam 2-3 pagi, ketika mereka belum tidur, kelihatan arwah masih dalam keadaan semput tetapi masih terkawal. Sudah takdirnya arwah pergi juga, dan mengetahui berita kematiannya hanya sewaktu Subuh dalam jam 5.30-6 pagi di saat anak cucu bangun untuk solat. Along Nor yang tidur temankan arwah, paling awal tahu tentang kematiannya apabila merasa tubuh arwah sejuk dan tiada sebarang nafas dikesan. Innalillahi Wainnalillah Rojiuun.... 
 Kebetulan pada Sabtu malam, Aniq tidak sihat dan sebenarnya sepanjang malam sehingga pagi Ahad memang saya dan suami tak tidur sebab Aniq asyik merengek sambil disusuli rengakan anak buah (anak sepupu) yang tidur di rumah saya. Kemungkinan rengekkan dua bayi kecil ini disebabkan mereka sudah tahu kematian arwah.
 Macam mimpi, perginya diredhai walaupun semua orang terkejut. Perginya di saat hening Subuh ditemani laungan azan dan talbir raya. Cuaca redup mendung saat itu, sesungguhnya menerbitkan berjuta kesayuan di benak dan hati masing-masing. Terngiang kenangan manis ketika arwah hidup dan tika itu semua penderitaan yang arwah tanggung selama ini berputar diingatan....
Semua keturunan KeTam ada mengiringi jenazah arwah saat mula dimandi, kapan dan dikebumikan. Alhamdulillah arwah tidak keseorangan, saat dia terkujur kaku, suara-suara rintihan mengalun surah Yaasin dan ayat Quran serta doa sentiasa dimainkan dari bibir-bibir anak2, menantu2, cucu2, cucu2 menantu dan cicit2 arwah. Perginya arwah turut ditemani dengan takbir raya. Sesungguhnya arwah cukup bertuah pada saya, perginya dalam bulan baik dan tarikh yang sangat sempurna. Wanginya kapur barus, dedaun pandan, bunga-bungaan dan pewangi jenazah masih menyusuk dan Insya'Allah arwah ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati Allah dan beriman.

~~~ Arwah Tok Mad kini sudah berteman di alam sana. Moga dua sejoli ini terus kekal bahagia hingga akhirat~~~




Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...