Skip to main content

Pergi ....


Tanggal yang takkan pernah luput
Hari yang paling bermakna untuk semua
10 Zulhijjah 1432 adalah kenangan sayu
Yang pastinya membuai rasa sendu dihujung tangis
Perginya seorang nenek 
Meninggalkan rimbunan memori suka-duka
Yang pastinya takkan pudar mahupun lesap diingatan; sama
Seperti perginya seorang datuk 13 tahun lalu.
Pagi itu redup cuaca menemani sepoi angin
Di Subuh hening diiringi laungan azan dan merdunya takbir
Seperti tahu perginya lagi seorang hamba Allah
Perginya saat hujan menyimbah bumi; bagai menangis
Mengenang kenangan demi kenangan...
Tok Yah, kami redha seredha redhanya
Mengizinkan kau pergi setelah bertahun kau menderita
Walaupunn di hati rasa sayu terus membentak-bentak...
Percaya atau tidak wajahmu dapat kulihat
dicelah-celah rawak muka anak-anakmu
Ya atau tidak suara dan tingkahmu sudah terpaku
Ditiap diri anak-anakmu
Sesungguhnya kalian umpama bulan dan bintang
Sentiasa bersatu menyinarkan malam kelam
Demi memberi kegembiraan untuk setiap sebelas tubuh
Yang hari ini sudah membiak dengan sempurna...
Tok Yah, sampaikan salam untuk Tok Mad
Sesungguhnya kedua-dua dirimu begitu simbolik dalam hidup ini
Walaupun aku bukanlah yang terbaik dan terhebat
Tapi percayalah kedua-duamu sudah sebati dalam doa setiap solatku... 


~~~ Bibir kami sentiasa dan pasti memutar setiap memori ketika kalian ada di sisi ~~~







Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Detik Waktu

  Rasa yang tiada, Bertahan hanya meniti waktu. Sabar bersulam tabah, Hanya diri yang mengerti. Betapa luka dalam kian parah, Namun tetap utuh berdiri, Dengan kata semangat dan takdir. Walau jauh di sudut hati, Nurani kian tenat, Menanti degup berhenti, Entah sampai bila. -Alin Syukor-