Skip to main content

M I N A T

Pernah tak meminati seorang artis? Mesti pernahkan? Saya pun pernah dan sampai sekarang meminati tiga artis ini walaupun sudah jadi mommy anakacuk. Kalau dulu zaman remaja, sanggup beli majalah yang ada poster atau gambar diorang. Siapa? Paling minat Zamani Slam, Akashah dan Amy Mastura. Amy Mastura sampai masuk fans club tetapi tak aktif. Walaupun tidak aktif, tetap dapat kad raya setiap tahun. Itupun dah cukup seronok. Minat sangat dekat Amy ni sebab cantik, Korean look (as usual) dan pandai berlakon. Suara dia zaman Asia Bagus sedap dan lagu-lagu pun mantap.

Zamani Slam pula macam crush laa zaman tu sampai berimpian nak kahwin dengan dia hahaha. Biasalah jiwa remaja! Zaman filem Azura. Sangguplah berhabis duit beli keset Amy dengan Zamani. Bila masuk era cekera padat, sanggup berhabis beli cd pula. Apapun lagu-lagu zaman tu terutama Slam memang mantap. Waima suara Zamani sampai sekarang jadi igauan saya. Suara tak berubah macam telan keset.

Akashah, mula minat zaman filem Embun. Pertama dan terkahir jumpa Akashah masa zaman uni. Dia datang fakulti untuk promosi Embun dan ada talk dengan kami as film student ketika itu. Amy dengan Zamani saja tak pernah jumpa depan-depan.

Bila kenang-kenang rasa kelakar tapi itulah realiti kehidupan remaja era saya. Sayangnya cd lagu-lagu Amy dan Zamani entah mana menghilang. Sayang pula sebab tak dapat nak selamatkan. Lagi-lagi selepas rumah lama diruntuhkan. Habis semua fail koleksi mereka dan semua pasal mereka terbuang macma tu saja. Sedih. Tak terfikir semua tu boleh simpan sebagai memori.

Hmmm tiba-tiba rasa nak dengar dendangan lagu-lagu nyanyian Zamani laaaa...


Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...