Skip to main content

satu masa

Setiap kali bulan puasa menjengah, mesti kenangan zaman kecil, remaja dan belum kahwin terkenang-kenang. Kalau masa kecil, seronok main bunga api dengan mercun sambil tolong mak buat biskut raya, pasang pelita dengan kemas, cat rumah, pasang langsir dan macam-macam lagi. Seronok juga kalau ingat semula tragedi buatan sendiri di bulan puasa macam ponteng puasa dengan air dalam tandas atau main basikal bawa jauh-jauh sampang hujung kampung, lepas itu penat jadi berbuka dengan air buih.

Sebab rumah dekat dengan surau, terawikh selalu buat kat situ terus. Senang. Seronok terawikh di surau sebab memang sejak kecil suka dengan bacaan Quran Ustaz Salam. Sebab itu sampai sekarang kalau bulan puasa mesti nak balik kampung sebab nak juga terawikh di situ. Cuma sejak ada Aniq Raheel, lebih selesa tunaikan di rumah.

Paling seronok terawikh dengan Aniq Raheel sejak dia sudah besar dan pandai berjalan. Lagi-lagi sikap dan sifat dia yang gemar mengikuti pelakuan sesiapa saja. Paling seronok, bila nampak saja saya pakai telekung, dia pun siap pakai kopiah dan tarik sejadah daddy dari bilik solat. Kemudian, suka hati dia nak buat apa. Janji saya dapat solat. kadang-kadang satu jam setengah selesai dan kadang-kadang dua jam selesai.

Bila sudah meningkat remaja, kisah-kisah itu macam tak senonoh bila diingatkan semula. Tak berbaloi langsung dan entah apa-apa kisahnya. Tapi itulah perbezaan antara dunia kanak-kanak dengan remaja. Waktu remaja dulu, masih seperti selalu, buat apa yang patut sempena sambutan raya. Cuma tak lagi ponteng puasa atau buat kerja bukan-bukan yang merugikan. Lepas itu dapat rasa puasa di perantauan. Zaman belajar di universiti. Sedih waktu berbuka dan sahur. Makan beli saja atau silap-silap dapat maggi saja. Bila nak cuti raya, terus bersemangat semula. Ada tahun balik sendiri dan ada tahun balik dengan sepupu. Siap beli makanan berbuka untuk makan dalam bas dan paling senang makanan segera yang banyak jual sekitar pudu raya.

Usia terus dewasa, dan berbuka bersahur sebagai pekerja, sama saja seperti zaman belajar. Cuma selalu dapat rasa berbuka di tempat yang seronok. Tak restoran, pejabat dan kadang-kadang pergi berbuka di hotel. Dan hari ini, puasa semakin indah dan sentiasa mendewasakan diri. Sejak 2009 sudah merasai berpuasa bersama suami dan sejak itu, kena pandai bangun sahur dan masak sesuatu untuk dimakan. Tak lagi seperti dulu-dulu sahur buka, mak sediakan seratus peratus.

Sejak itu juga mula tahu tanggungjawab isteri dan apabila adanya Aniq Raheel puasa semakin bererti. Walaupun kadang-kadang dia suka kacau masa sahur mahupun berbuka, tetapi itu semua akan menjadi saat terindah dan kemungkinan besar pasti diceritakan semula kepadanya semua memori indah lucu dan apa-apa saja mengenai dia.

~~~Hari ini 16 Ramadhan 1432H. Hanya tinggal dua minggu saja lagi berakhir puasa. Puasa tahun depan tak tahu lagi macam mana. Ada rezeki jumpa lagi. ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...