Skip to main content

Posts

Duit oh duit

Tiba-tiba rasa nak cakap pasal duit. Pasal duit yang boleh buat kita senang lenang dan kadangkala boleh buat kita jatuh muflis. Punca muflis satu je, bodoh mengawal duit keluar masuk. Yang kita tahu keluar je, masuk tak ada. Kalau ada pun, masa gaji masuk saja! kan kan kan.... Bukan nak bebel macma mak nenek, cuma rasa geram dengan spesis yang tak tahu langsung kawal duit, terutama segelintir lelaki. Tak pernah nak ingat untuk menyimpan terutama yang bujang. Dari mata kepala sendiri, lelaki paling wajib menyimpan duit untuk membina masa depan sebab semua tanggungjawab digalasnya. Perempuan yang bekerja pula, duit untuk dirinya jadi tak kisahlah dia nak beli apapun sebab dia tiada tanggungan kecuali ibu bapa dia. hehehehe Tetapi, perempuan pun kenalah berpada-pada sebab kalau sakit ke kemalangan ke kecemasan ke, semua perlukan duit. Moralnya perempuan pun kena simpan duit. Biar gaji bersih dapat sikit sebab kita buat potongan untuk beberapa akaun penting termasuk takaful dan ins...

Dua Perkara

Pertama, kegembiraan meraikan majlis perkahwinan sepupu saya, Nurul pada 2 Jun lalu. Akhirnya jodoh Nurul menjadi dengan Basyar selepas pelbagai laluan cinta yang mereka tempuhi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga ikatan ijab kabul mereka berdua kekal sepanjang akhir hayat, Insya'Allah. Yang paling seronok tentu mempelai sebab jalinan kasih yang dibina diakhiri dengan ikatan suci dan yang paling-paling seronok adalah keluarga sebab dapat ipar baru. Paling-paling-paling seronok adalah dapat berkumpul ala-ala reunion Ketam gitu....  pasangan pengantin yang sangat sepadan Keluarga perempuan si Nurul hadiah untuk kanak-kanak ribena wahhh nampak dah gaya seorang ayah cousin mommy n Aniq Kelaparan Dinikahi ayah mertua Keluarga lelaki aka org kuat pengantin perempuan Keluarga pengantin perempuan Adik dan abang ipar Dua pupu yang kacak Selepas disahkan Majlis berzanji Perkara kedua, pada hari yang sama, dapa...

Bila Cuti Sekolah

Bila musim cuti sekolah, perkara yang sentiasa diingati adalah pulang ke kampung. Dulu masa kecil, pantang cuti sekolah menjengah, mesti nawaitu pertama adalah balik kampung Chabau, Asahan Melaka. Disebabkan saya cucu pertama yang comel dan manja (perasan lertu) dengan arwah atok Salim, pasti, bila hari ini hari terakhir sekolah, arwah atok call tanya, tak balik kampung ke? (hahaha tipu je) Mak yang tanya tak nak balik kampung? Mestilah jawapannya nak sebab banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat di kampung seperti mandi sungai diam-diam (atok dgn nenek mestilah tak tahu kerja nakal ni) lepastu, main pondok-pondok kat kebun, main hujan siap berenang kat laman rumah arwah atok yang luas, main masak-masak dengan kuali dan kayu kat bawah rumah, mandi bersama-sama dengan makcik.. haishhh memang banyaklah aktiviti ala-ala power rangers ni. Tambah-tambah lagi tiga makcik, di atas saya semua jarak setahun, dua dan tiga tahun saja. Semua perempuan lak tu. Lagi seronok. Itu belum lagi campur...

Double M

Double M di sini bermaksud minggu ke minggu.... Hari ni genap 17 minggu dan memang sekejap bila masa berlalu. Supaya masa terus berlalu sampai tiba-tiba, 'Eh dah bersalin dah!' haaa camtu, kan best! hehe Apapun terima kasih Allah sebab kembalikan kecergasan diri dan hilangkan rasa loya, mual dan semua. Cuma penat dan malas itu menjadi kebiasaan untuk wanita mengandung. Haip!!! itu Doktor yang cakap bukan saya yang memandai jadi bijaksana. Hmmm apapun dengan berjuta harapan dan doa, mommy berharap unborn baby sentiasa dilindungi Allah dari segala gangguan, penyakit dan apa saja yang berunsur negatif. Abang Aniq pun semakin memahami yang dirinya bakal menjadi abang dan selalu cium perut mommy hehe... Rasanya ler dia tahu, saja mentafsir sifat manja mengada Aniq Raheel yang suka cium adik dalam perut... Untuk mommy, rasa malas masak, mandi memang dah jadi hobi tapi rasa nak makan kian berselera cuma ada ketika masih tidak mampu bau wap makanan, tumisan dan sebagainya. Masak h...

mommy jarum

alhamdulillah berjaya mencucuk jarum sepanjang 5cm ke hati, kepala dan badan anak buah yang serba salah untuk terima permohonan masuk UiTM, Dungun kerana beberapa sebab:- 1. Sebab kursus yang dia dapat pilihan ke-4 (jadi masih pilihan teratas kan maka bukan salah kursus itu haha) iaitu Kejuruteraan (Elektronik). 2. Sebab bingung kerana ibu dan ayahnya macam nak beri ke tak nak sebab jauh sangat. Dua sebab yang tak munasabah itu sekiranya dijadikan sebagai 'alat' untuk dia tidak pergi, maka dia boleh dikategorikan mereka yang berada dalam golongan menolak rezeki Allah. Selepas di tiupkan semangat, kata-kata rangsangan daripada saya, makcik, pakndak dan sedara-mara lain, akhirnya anak buah itu tadi menerima dengan hati terbuka termasuklah penerimaan ibu dan ayahnya yang akhirnya SETUJU. Pada saya walaupun bukan pilihan pertama, tetapi sudah pasti sebab memperoleh pilihan ke-4 itu ada. Jadi kenalah pergi dengan semangat waja, hati terbuka, ikhlas, belajar bersungguh, curi...

lovERain

Musim Love Rain, drama terbaru dari Korea. Kalau di channel 391 baru episode 5-6 tapi kalau nak lebih cepat, tonton saja di CrazyDrama, EpDrama dan mana-mana link yang menawarkan tontonan percuma. kisahnya adalah dua genarasi. Kisah cinta ibu dan ayah kepada Seo Jun (Jang Keun Suk) dan ibu Ha Na (Yoo Nah) pada zaman 70-an. Namun cinta mereka tidak kesampaian dan pada zaman moden pula, Seo Jun dan Ha Na bertemu lalu bercinta dan terputus di tengah jalan kerana pertemuan semula In Ha (ayah Seo Jun) dan Ha Nea (Ibu Ha Na) memekarkan kembali kisah cinta yang terputus. Drama 20 episod ini pasti menempuhi klimaks yang menarik dan pergolakkan demi pergolakkan pasti berlaku dalam episod seterusnya... Sekarang saya sedang terus menghayati babak demi babak dalam episod 13 dan 14 yang baru dimuat turun di dua laman web berkenaan... Menarik mengenai Love Rain adalah plot cerita yang melodrama dan romantik. Hujan memainkan peranan penting dalam drama ini. Dialog yang mudah dan adakal...