Skip to main content

Posts

자기야 (cha-gee)

  “Sepuluh tahun,” bisik Irah perlahan sambil menatap skrin komputernya. Akim. Nama itu muncul semula di hadapan matanya. Entah kenapa, laju saja jari-jemarinya menaip di petak mesej, bertanya khabar sebagai permulaan bicara. Sapaan Irah disambut. Jantungnya berdegup tidak sekata. Diam-diam hampir setengah jam mereka berbalas mesej di muka buku. “Kalaulah kita tak terserempak tempoh hari?” ungkap Irah sendirian, cuba menenangkan hati yang tiba-tiba berkecamuk. Benar. Sebelum Irah menaip nama Akim di ruang carian, mereka pernah terserempak. Sekadar berbalas pandangan. Itulah pertemuan pertama mereka selepas sepuluh tahun berlalu. Mereka berpisah tanpa noktah. Tanpa penjelasan yang sempurna. Pertemuan pertama mereka suatu ketika dahulu masih jelas dalam ingatan. Akim lelaki pertama memerangkap hatinya selepas sekian lama. Ya, dialah juara sosok yang tidak bercinta sepanjang enam tahun di universiti.  Kehadiran Akim mengubah warna hatinya. Senyuman Akim, nada suaranya, semuanya t...
Recent posts

Detik Waktu

  Rasa yang tiada, Bertahan hanya meniti waktu. Sabar bersulam tabah, Hanya diri yang mengerti. Betapa luka dalam kian parah, Namun tetap utuh berdiri, Dengan kata semangat dan takdir. Walau jauh di sudut hati, Nurani kian tenat, Menanti degup berhenti, Entah sampai bila. -Alin Syukor-

BINGKISAN MOMMY BUAT TIGA ANAKACUK

  Bila mommy tengok semula blog ini, membaca satu-persatu kisah anak-anak yang mommy luahkan, Allahu Akbar, besar dah anak-anak mommy. Aniq, Ruhee dan Akif sudahpun menginjak usia 14, 12 dan 9 tahun. Cerita korang tak semua mommy rangkum di sini kerana ia sudahpun subur dan sebati dalam hati dan fikiran mommy. Tak pernah sekalipun mommy lupa walaupun mungkin korang tak ingat. Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa kasih dan cintanya mommy dekat korang walaupun ada ketikanya korang dimarahi mommy. Leter, marah, rotan dan apa saja yang mommy buat itu semua adalah kebaikan untuk korang.  Bukan senang nak lahirkan anak soleh dan solehah dan bukan mudah nak lentur anak-anak untuk menjadi manusia yang punyai akhlak dan adab. Itulah doa dan impian mommy semoga Aniq, Ruhee dan Akif menjadi manusia yang memiliki Iman dan Taqwa, yang mempunyai adab dan pekerti dan yang bersandar kepada akal yang waras. Andai kata satu hari nanti mommy pergi lebih awal, tak banyak mommy mo...

KEBERGANTUNGAN KEPADA ALLAH SWT

Permulaan hidup bermula apabila kita tahu bagaimana untuk menyusun langkah dan mengurus keperluan diri dari sudut jasmani dan rohani. Ketika itu, kita sudahpun berada di atas titian kehidupan di mana, kita akan berdepan situasi yang tenang, resah, bahagia, derita dan banyak lagi. Maka, saat itu kita akan sedar sejauh mana kita mampu berdepan situasi itu, sama ada kuat atau lemah, kita puncanya. Jadi, bagaimana untuk kita bersedia berdepan dengan pelbagai keadaan yang harus ditempuh supaya langkah kita terus lurus berjalan tegak mencapai impian dalam sebuah kehidupan sebelum tiba ke titik noktah? Disebabkan itu, setiap daripada kita yang bergelar manusia, perlu ada pegangan. Berpegang pada takdir atau qada’ dan qadar kerana ia bukan saja sekadar perkataan yang terkandung dalam Rukun Iman yang wajib kita percaya tetapi ia adalah ikatan antara kita dan Pencipta. Meletakkan kebergantungan hidup kepada Allah swt merupakan asas dalam kehidupan. Nampak sukar tetapi sekiranya kita berupaya mel...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...

C H I N G U E

Mentari terik petang itu memberi rasa bahang. Rin dan Ira masih lagi duduk di bawah pokok kelapa melihat sawah terbentang luas.  Rin dan Ira merupakan kawan baik sejak dari tadika lagi. Hubungan mereka tidak ubah seperti isi dan kuku. Tak pernah berpisah sejak dari zaman kanak-kanak hingga masing-masing tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Pertemuan dua gadis kampung itu mungkin menjadi pertemuan terakhir kerana Rin telah dipanggil untuk memasuki universiti esok. Malam ini Rin akan bertolak ke Kuala Lumpur, bermalam di rumah abangnya.  “Ira, kau tak perlu sedih sebab aku yakin universiti pilihan kau akan panggil kau nanti. Lagipun buat masa ini kita boleh berhubung melalui panggilan telefon dan video,” ujar Rin sambil menggenggam jari-jemari Ira. “Entahlah. Aku tak rasa aku dapat pergi. Keadaan kesihatan aku pun tak menentu ni,” Ira mendengus perlahan.  “Jangan pasrah terlalu awal. Kau kena kuat. Penyakit kau bukan baru tadi kau dapat. Selama ni kau kuat. Aku ada dan akan sela...