Skip to main content

Cerita Tentang Kita



Entahlah... sudah lama tidak menulis. Bukan lagi tidak mahu cuma tiada lagi yang menarik untuk aku rangkapkan baris demi baris. Diari kehidupan yang semakin membosankan, ya barangkali itu jawapannya. Tiba-tiba saja hari ini terdetik nak buka blog bersawang. Cuma mencari kembali rasa ingin menaip. Menaip rasa yang tak terluah dengan kata-kata kerana hanya mampu membaitkan dalam setiap ayat dan baris. 

Sejujurnya, hati ini tak pernah sembuh. Hati ini sudah acapkali kecewa dan kecewa yang tiada henti. Namun, hati ini jugalah yang menahan rasa kecewa dengan menyimpul kata-kata keramat supaya ikhlas dan terima takdir Allah swt.

Bukan tidak menerima takdir cuma tidak mampu melepaskan sesuatu yang sentiasa menyakitkan. Kisah cerita yang adakalanya diandaikan sudahpun selesai dan ada ketika menantikan episod seterusnya. Ingin bahagia sedangkan bahagia sudah digenggam, ingin tersenyum sedangkan senyuman selalu terukir. 

Ada apa dengan cinta? Apa lagi yang diharapkan sedangkan masa sudahpun berlalu sedekad. Tiada lagi yang dapat dimulakan sedangkan ia sudah lama berakhir walaupun masih belum bermula. 

Barangkali inilah rasa sakit yang tak terluah. Inilah perasaan yang terlalu lama menyimpan. Inilah diri yang pernah melalui sesuatu yang baru ingin dimulakan akhirnya dibiarkan tanpa sebab. Tinggallah kisah cinta itu sendirian tanpa sebarang ungkapan, tiada pengakhiran dan cuma yang ada hanya memori yang sekejap saja.

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...