Skip to main content

G U M I H O (Gumiho)

 


Mia, nama si gadis yang baru saja menginjak usia 18 tahun. Kecil molek saja orangnya. Rambut lurus dengan warna kulit kuning langsat. Jelas terpancar keayuannya.

Biasalah, remaja zaman sekarang, minat sungguh dengan idol dari Korea Selatan. Kalau boleh setiap hari menghadap portal Soompi dengan Kakimuvie sambil itu layan pula Spotify.

Begitulah rutin harian si Mia. Si gadis ini baru saja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan keputusan pun sudah diperolehinya. Walaupun sibuk dengan Korea, tetap memperolehi keputusan yang baik. Tak mahulah cerita panjang bila mana hobi dan pelajaran seiring, kata orang.

Mia ada seorang kenalan, namanya Kif. Tak pernah bertemu dan hanya berhubung melalui emel. Unik sangat. Mana ada abad ke 21 ini orang berborak guna emel.

Mia dan Kif kenal hampir empat tahun. Mereka banyak berbual mengenai masa depan. Selain itu, Kif selalu mengajar Mia subjek yang Mia kurang arif. Kiranya Kif ini lebih senior daripada Mia.

Musim silih berganti, perkenalan hampir empat tahun itu membuatkan mereka ingin bersua muka. Kata orang lagi, tak puas bercakap tanpa suara. Hanya menaip aksara menjadi bicara lalu dibaca sesama mereka.

Maka, selepas mengatur jadual hidup masing-masing, Mia dan Kif pun mengambil keputusan untuk bertemu di bandar berhampiran kediaman Mia.



Kif pula datang dari daerah lain dan menyambung pengajian di bandar di mana Mia tinggal. Pertemuan mereka di alam maya pun tanpa sengaja. Ada yang mengaturkan. Kononnya Kif pernah ternampak Mia di sebuah kelas tambahan.

Gadis manalah yang tak bersemangat nak jumpa ‘kawan lelaki’ bukan? Mia pun sama. Biasalah perasaan itu, semua orang rasa. Cuma, pandai-pandai jaga diri. “Mak dan ayah dah letak asas agama dalam diri semua anak-anak”, itulah pesanan ibu bapa Mia, sebelum dia keluar untuk bertemu kenalan emelnya.
Pertemuan mereka dibuat di tempat awam. Paling selamat. Sebuah kedai makan di medan selera sebuah kompleks membeli belah. Mia tiba dulu. Dia terus ke kedai abang jual nasi goreng ayam berlada. Kegemaran si Mia. Lebih selamat padanya.

Sedang Mia khusyuk melayan Instagram miliknya, terdengar suara seorang lelaki menegurnya. Mia bungkam seketika. Mana tidaknya, suara tersebut sedikit macho. “Mesti handsome”, bisik si Mia. Normal sangat kata-kata itu untuk anak gadis yang baru kenal dunia.

Mia toleh. Kif senyum. “Sah, memang handsome”. Mereka berdua duduk bertentangan. Disebabkan Kif lebih dewasa daripada Mia, keadaan tidaklah menjadi terlalu kekok.

Mereka berbual dari pelajaran hingga impian. Kif seorang lelaki yang suka beri kata semangat.

“Apapun Mia kena kejar impian Mia. Cita-cita lebih penting dan Kif akan selalu jadi kawan Mia sampai bila-bila.” Itu janji Kif pada Mia sehinggalah Mia berada di universiti.

Kif selalu ada. Pernah Kif datang bertemu Mia ketika Mia di universiti. Kerap juga. Walaupun perkenalan mereka sudah makan tahun, tetapi status mereka tetap sahabat.

Cuba bagi Mia, Kif istimewa. Tahu hormat seorang perempuan dan tahu batas pergaulan. Mia sudah terlalu selesa dengan Kif hinggakan dia tidak pernah terfikir untuk berkawan rapat dengan mana-mana lelaki.

Cuma, satu hari, entah bila, entah bagaimana dan entah kenapa.....





Kif hilang. Hilang dari hidup Mia. Hilang sekelip mata dan tiba-tiba. Tanpa sebarang khabar, kisah Kif dalam hidup Mia terus sepi. Tiada lagi balasan emel dan tiada lagi bual panjang di telefon.

Awalnya, Mia tak mampu pikul rasa sebuah kehilangan. Kif bukan saja seorang kenalan emel bagi Mia. Kif bagaikan abang dan kadangkala bagaikan cinta hati dan ada ketika seperti seorang sahabat, di mana saat diperlukan Kif selalu ada.

Namun, lama-kelamaan Mia sedar bahawa Kif sememangnya sudah ghaib dalam hidupnya. Mia belajar terima kenyataan.

Kif yang dianggapnya lelaki luar biasa yang bisa bernafas sehingga seribu tahun bukanlah siapa-siapa lagi kini. Benar, Kif bukan gumiho seperti simpulan angan-angannya.

Tiada yang kekal kerana yang Maha Kekal hanyalah Tuhan.

Mia akur.....

-Alin Syukor-

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...