Skip to main content

Posts

Cerita Tentang Kita

Entahlah... sudah lama tidak menulis. Bukan lagi tidak mahu cuma tiada lagi yang menarik untuk aku rangkapkan baris demi baris. Diari kehidupan yang semakin membosankan, ya barangkali itu jawapannya. Tiba-tiba saja hari ini terdetik nak buka blog bersawang. Cuma mencari kembali rasa ingin menaip. Menaip rasa yang tak terluah dengan kata-kata kerana hanya mampu membaitkan dalam setiap ayat dan baris.  Sejujurnya, hati ini tak pernah sembuh. Hati ini sudah acapkali kecewa dan kecewa yang tiada henti. Namun, hati ini jugalah yang menahan rasa kecewa dengan menyimpul kata-kata keramat supaya ikhlas dan terima takdir Allah swt. Bukan tidak menerima takdir cuma tidak mampu melepaskan sesuatu yang sentiasa menyakitkan. Kisah cerita yang adakalanya diandaikan sudahpun selesai dan ada ketika menantikan episod seterusnya. Ingin bahagia sedangkan bahagia sudah digenggam, ingin tersenyum sedangkan senyuman selalu terukir.  Ada apa dengan cinta? Apa lagi yang diharapkan sedangkan masa suda...

HUJAN DAN MEMORI

  Hujan itu kadangkala meresahkan diri kerana setiap titisan hujan terkandungnya gambar memori masa lalu, berputar bermain antara titis-titis hujan sehingga membuatkan aku terus terpana dan terkenang, Bukan mudah untuk aku melupakan apatah lagi meluputkan dari ingatan dan hati. Bukan mudah juga untuk aku berjalan terus walaupun cengkaman memori itu kekal abadi dalam diri. Namun, dalam kepayahan itu, aku tetap berusaha bangkit cuba melarikan diri daripada terus mengenang memori luka itu.  Terus cuba untuk tidak bangkitkan dan terus cuba untuk mengelak dari dibahaskan kerana apabila saat itu hadir, biarlah ia muncul seperti bayangan yang datang sekadar sepintas lalu. Tidak semua mendapat kehidupan yang didambakan. Tidak semua menggapai kehidupan yang diimpikan. Tidak semua merasai kenikmatkan dalam sebuah kehidupan.  Cuma, aku berusaha untuk terus berdamai dengan takdir kerana aku percaya ada hikmah yang indah dan mungkin saja sedang akan rasai dan nikmati tanpa aku sedar. ...

G U M I H O (Gumiho)

  Mia, nama si gadis yang baru saja menginjak usia 18 tahun. Kecil molek saja orangnya. Rambut lurus dengan warna kulit kuning langsat. Jelas terpancar keayuannya. Biasalah, remaja zaman sekarang, minat sungguh dengan idol dari Korea Selatan. Kalau boleh setiap hari menghadap portal Soompi dengan Kakimuvie sambil itu layan pula Spotify. Begitulah rutin harian si Mia. Si gadis ini baru saja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan keputusan pun sudah diperolehinya. Walaupun sibuk dengan Korea, tetap memperolehi keputusan yang baik. Tak mahulah cerita panjang bila mana hobi dan pelajaran seiring, kata orang. Mia ada seorang kenalan, namanya Kif. Tak pernah bertemu dan hanya berhubung melalui emel. Unik sangat. Mana ada abad ke 21 ini orang berborak guna emel. Mia dan Kif kenal hampir empat tahun. Mereka banyak berbual mengenai masa depan. Selain itu, Kif selalu mengajar Mia subjek yang Mia kurang arif. Kiranya Kif ini lebih senior daripada Mia. Musim silih berganti, perken...

PILIHAN

  “ Someone's sitting in the shade today because someone planted a tree a long time ago. " - Warren Buffett Perbezaan kehidupan setiap orang itu berpunca bagaimana dia menguruskan kehidupannya dari awal. Bagaimana dia mengatur setiap langkah supaya sejajar dengan keperluan yang diidamkan bukan saja untuk hari ini tetapi 10-20 tahun akan datang.  Sama ada tercapai atau tidak, dia tidak fikirkan semua itu kerana apa yang penting dia sudahpun siapkan sedaya yang boleh.  Adakah kita memperbaiki dan memulakan langkah semula untuk membetulkan keadaan supaya masa depan lebih terjamin? Adakah kita rasa cukup sampai sini dan berhenti tanpa memikirkan apa-apa malah sahut sahaja risiko yang bakal wujud di hadapan?  Adakah kita sekadar menerima cabaran dan mengikut saja hayunan tamparan tanpa ada rasa untuk perbaiki diri atau ia sekadar usaha yang tiada arah atau biarkan saja? Tepuk dada tanya selera kerana ketiga-tiga persoalan ini mempunyai cerita tersendiri bag...

MEMORI DAN RINDU PUN BERSATU

  Kerinduan ini bagaikan hembusan angin pantai, meniup perlahan dari kejauhan luasnya lautan namun rasanya terlalu nikmat. Sama juga seperti aku menyimpan rasa rindu buat kamu yang entah ke mana. Hilang tanpa jejak, cuma yang tinggal hanya bisikan-bisikan kenangan yang kedengaran sayup dari dalam jiwa.   Suara yang kian lenyap cuba untuk aku ingat semula supaya tidak terkubur bersama rindu kesumat. Entahlah, sudah tiada apa lagi harus aku ungkapkan selain kata pasrah dan menyerah. Barangkali ini adalah takdir yang ditentukan buat kita, hanya saling merindui dan mengingati cebisan memori bersama rindu di hati.   Mungkin saja, aku saja merasainya bukan lagi kamu yang jejaknya entah ke mana menghilang. Ada bagaikan tiada, bayang-bayang yang kian kelam tenggelam dalam kabus malam gelita. Namun, aku tetap di sini menyandarkan kenangan yang ada untuk terus melangkah menikmati sisa-sisa kegembiraan di muka bumi Tuhan, sebelum nyawaku terknoktah di sini.

S Y U K U R

  Janji Allah swt itu pasti kerana takkan ada janjiNya yang tidak ditunaikan. Cuma sebagai manusia dan hambaNYa sejauh mana kita percaya dengan janji Allah swt?  Tanamkan rasa syukur kepada Allah swt kerana melaluinya kita akan merasakan bahawa semua sudah cukup untuk kita. Syukur itu berasa selalu ada dan sentiasa cukup. Itulah rasa yang menyebabkan kita percaya dengan janji Allah swt. Syukur dengan niat di mana setiap kali kita bangkit dari tidur, kita dapat merasai keindahan alam dan masih lagi bernafas. Syukur dengan lisan di mana sentiasa mengingati Allah swt dengan mengalunkan zikurllah, membaca ayat-ayat al-Quran dan berkata yang baik-baik. Syukur dengan perbuatan di mana selalu melakukan amalan baik dan menjauhi dari amalan dilarang dan tidak berfaedah. Jom, gandakan rasa syukur supaya hati lebih tenang dan jiwa lebih damai. 

C H U E O K (chueok)

    Lumrah kehidupan, apa yang kita inginkan tidak semestinya kita dapat. Apapun, mensyukuri apa saja yang diberi oleh Nya sudah mencukupi kerana itu adalah yang terbaik untuk kita. Zen melepaskan keluh-kesah yang dipendam seorang diri. Menyesal? Mungkin ya dan mungkin tidak. Dia sekadar menganggap antara dirinya dan Eva tiada jodoh. Cuma, bahagian paling pelik, apabila Eva adalah jodoh untuk sahabat baiknya, Adi. “Adi, flight aku ke Australia minggu depan. Jadi tak dapatlah aku nak tengok BFF aku bersanding,” ujar Zen ketika minum petang bersama Adi di warong Mak Mah. “Tak apalah, nak buat macam mana. Lagipun kau bukan sengaja, ye tak?” Adi menduga. Zen hanya gelak. Biar nampak ceria di depan sahabatnya. Dia tidak mahu Adi tahu betapa retak berkecai hatinya selepas gadis yang bertakhta di hati bukan miliknya.  ' Cinta dalam diam. Akibatnya, merana sendiri.’ Detik hati Zen. • Berada jauh dari tempat asalnya membuatkan Zen seakan lupa dengan kesedihan lalu....