Skip to main content

Posts

Dr Cha, Kdrama terbaharu yang penuh penangan. Penangan perkahwinan dan penceraian. Sungguh, dalam perkahwinan ia tidak menjanjikan sama ada kau akan bahagia atau derita. Perkahwinan menjanjikan kau akan lebih kuat dan tabah kerana perkahwinan itu tanggungjawab dan amanah.  Tidak kiralah, perkahwinan yang kau mulakan itu adalah kerana cinta, jodoh mahupun terpaksa. Mungkin ada dalam kalangan kita menjalani institusi perkahwinan itu kerana saling mencintai, ada juga kerana beranggapan ia jodoh daripada Allah SWT dan ada juga kerana dipaksa atau terpaksa. Walau apapun dasarnya, perkahwinan itu takdir. Takdir yang telahpun Allah SWT tetapkan sejak dari Luh Mahfuz. Pasangan kita adalah ujian kita dan sejauh mana kita berupaya membawa bahtera rumah tangga itu juga adalah takdir. Takdir yang tidak boleh dilawan oleh apapun situasi. Dalam meniti perkahwinan, akan tiba satu fasa di mana ia lebih kepada kebergantungan di mana perkahwinan yang dibina harus dipertahankan kerana rasa bergantung...
                                                                        Kita tak pernah sedar bahawa setiap kali kita melalui hari-hari dalam kehidupan ia adalah takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT. Kadang kita mengeluh, penat dengan rutin harian sehingga kita lupa untuk bersykur. Sungguh, kehidupan yang kita lalui adalah milikNya, selagi mana Dia mahu kira melaluinya walaupun penuh ujian dan dugaan. Dalam setiap kehidupan, ceritanya pelbagai. Rencahnya juga sama. Adakalanya bahagia bersulam derita ada ada ketikanya sedih bersulam senyuman.  Kehidupan ini juga aneh kerana ia tidak pernah menjanjikan apa-apa kecuali kekuatan dan kesabaran dalam menempuh liku-liku pancaroba. Kehidupan yang dilalui kadangkala tenang dan damai dan ada saatnya dipenuhi dengan kekalutan dan...

2 0 2 3

Tahun 2023, selepas sekian lama membiarkan ia kosong tanpa coretan. Bukan hilang minat cuma masa terlalu mencemburui. Masa terus berlalu dan hidup juga terus berjalan mengikut aturan takdir.  Tiada apa yang indah selain hari-hari yang ditemani memori. Mengenang mahupun mencipta memori untuk aku kenang pada masa depan. Namun, andainya memori itu bukan untuk aku kenangkan, barangkali untuk insan-insan yang aku sayangi dan akan sayangi sampai akhir hayat aku. Sungguh, terlalu banyak yang telah aku lalui. Pelbagai peristiwa yang ada ketikanya membuatkan aku gembira dan bahagia. Terdapat juga peristiwa yang mendidik aku, mengenal manusia dan suasana berbeza. Didikan dalam kehidupan ini memberikan aku pengajaran dan pengalaman. Menjadikan aku lebih mengerti bahawa tidak semua menyukai dan bukan semua tidak menyukai.  Ia akan terus sebati dalam diri ini, sampai satu ketika yang tidak pasti.

Selamat datang 2022

  Dalam hidup ini, akan tiba masa kau merasai kehidupan itu rupa-rupanya hanya sebentar ketika saat berganti saat, hari bertukar hari dan tahun silih berganti. Kau khuatir sempat atau tidak untuk kau sediakan bekal untuk di bawa ke sana nanti dan kau mula khuatir berapa banyak semaian kau taburkan sepanjang hidupmu. Dalam hidup ini, akan tiba masa kau tidak mahu patah semangat, kau mahu terus berbuat baik walaupun kau khuatir sama ada dirimu ikhlas atau hipokrit. Hentikan rasa itu, biarkan dan buatlah sebaik mungkin selagi jantungmu berdetak, selagi mana nyawamu menghela nafas kerana selagi ia ada, selagi itulah Tuhanmu memberimu peluang dan ruang. Dalam hidup ini, akan tiba masa kau tidak lagi hairan saat kawan menjauhkan diri dan kau tidak lagi kisah bila kawan buat tidak kisah. Tetapi, kau terus mendakap erti setiakawan walaupun dari kejauhan kerana kau faham manusia punyai kesibukan dan kehidupan berbeza yang harus dilalui sama seperti kau. Dalam hidup ini, akan tiba masa...

2021 yang suram

Tiada yang indah selain masih diberikan kesihatan dan pelindungan daripada Allah. Saat dunia berduka, cedera dek pendemik, aku masih mencari arah tuju kehidupan.  Entah, setiap kali muncul bintang, saat itulah kelam menghilangkan sinarnya. Pasrah. Anggap saja belum rezeki. Duduk diam dan hadap saja kehidupan yang sedang dilalui hari ini. Tamatkan dan sambung semula rutin harian untuk esoknya. Begitulah seadanya.

Mimpi dan kehidupan

Mungkin kau punyai impian untuk kau gapai dalam menjamin kehidupan yang lebih baik. Tetapi kau lupa, untuk mendapatkan kehidupan yang baik cukup sekadar kau rasa bahagia.  Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan cari impian dalam mimpimu. Sekiranya kau temui, capai dan genggam supaya tidak terlepas.  Namun, jangan rasa bersalah kiranya tidak kai temui satu pun impianmu dalam mimpi. Barangkali sebenarnya kau lupa, kehidupan yang sedang nikmati sudah pun membuatkam hidupmu lengkap dan bahagia. Tuhan tidak akan menzalimi setiap hamba ciptaan Nya. Justeru, percayalah setiap dari kita punya takdir hidup berbeza. Rezeki berbeza dengan cara berbeza.  Kerjaya, pangkat dan wang hanya sementara. Selagi kau kejar ia selagi itu kau rasa tidak pernah mencukupi. Cukup itu terlalu subjektif cuma yang punyai erti sama adalah rasa mencukupi. Didik hati untuk bersyukur walaupun payah. Didik diri untuk selalu menerima walaupun sakit. Didik tangan untuk sering memberi wa...

M E M O R I

Kelmarin adalah memori Hari ini pasti menjadi memori Esok tentu saja ada memori Itulah kehidupan Melakar memori saban waktu Baik buruk yang diharungi Adalah memori Suka duka yang bernafas Adalah memori Gapailah indah dalam hidup Ciptalah senyum Buangkan derita Agar memori yang tercipta Adalah yang membahagiakan AlinSyukor