Tahun 2023, selepas sekian lama membiarkan ia kosong tanpa coretan. Bukan hilang minat cuma masa terlalu mencemburui.
Masa terus berlalu dan hidup juga terus berjalan mengikut aturan takdir.
Tiada apa yang indah selain hari-hari yang ditemani memori. Mengenang mahupun mencipta memori untuk aku kenang pada masa depan.
Namun, andainya memori itu bukan untuk aku kenangkan, barangkali untuk insan-insan yang aku sayangi dan akan sayangi sampai akhir hayat aku.
Sungguh, terlalu banyak yang telah aku lalui. Pelbagai peristiwa yang ada ketikanya membuatkan aku gembira dan bahagia. Terdapat juga peristiwa yang mendidik aku, mengenal manusia dan suasana berbeza.
Didikan dalam kehidupan ini memberikan aku pengajaran dan pengalaman. Menjadikan aku lebih mengerti bahawa tidak semua menyukai dan bukan semua tidak menyukai.
Ia akan terus sebati dalam diri ini, sampai satu ketika yang tidak pasti.
Comments