Mungkin kau punyai impian untuk kau gapai dalam menjamin kehidupan yang lebih baik. Tetapi kau lupa, untuk mendapatkan kehidupan yang baik cukup sekadar kau rasa bahagia.
Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan cari impian dalam mimpimu. Sekiranya kau temui, capai dan genggam supaya tidak terlepas.
Namun, jangan rasa bersalah kiranya tidak kai temui satu pun impianmu dalam mimpi. Barangkali sebenarnya kau lupa, kehidupan yang sedang nikmati sudah pun membuatkam hidupmu lengkap dan bahagia.
Tuhan tidak akan menzalimi setiap hamba ciptaan Nya. Justeru, percayalah setiap dari kita punya takdir hidup berbeza. Rezeki berbeza dengan cara berbeza.
Kerjaya, pangkat dan wang hanya sementara. Selagi kau kejar ia selagi itu kau rasa tidak pernah mencukupi. Cukup itu terlalu subjektif cuma yang punyai erti sama adalah rasa mencukupi.
Didik hati untuk bersyukur walaupun payah. Didik diri untuk selalu menerima walaupun sakit. Didik tangan untuk sering memberi walaupun susah. Didik akal untuk sentiasa memaafkan walaupun pedih.
Pejam lagi matamu dan pandang kelilingmu dengan mata hati. Lihat dunia yang terbentang luas. Percayalah hidupmu sudah disusun indah. Percayalah takdirmu juga sudah disusun rapi.
Paling penting, teruskan hidup tanpa menoleh ke belakang. Tinggalkan ia dan jadikan ia sebagai kenangan paling bermakna.
Alin Syukor
Comments