Skip to main content

Selamat datang 2022

 


Dalam hidup ini, akan tiba masa kau merasai kehidupan itu rupa-rupanya hanya sebentar ketika saat berganti saat, hari bertukar hari dan tahun silih berganti. Kau khuatir sempat atau tidak untuk kau sediakan bekal untuk di bawa ke sana nanti dan kau mula khuatir berapa banyak semaian kau taburkan sepanjang hidupmu.

Dalam hidup ini, akan tiba masa kau tidak mahu patah semangat, kau mahu terus berbuat baik walaupun kau khuatir sama ada dirimu ikhlas atau hipokrit. Hentikan rasa itu, biarkan dan buatlah sebaik mungkin selagi jantungmu berdetak, selagi mana nyawamu menghela nafas kerana selagi ia ada, selagi itulah Tuhanmu memberimu peluang dan ruang.

Dalam hidup ini, akan tiba masa kau tidak lagi hairan saat kawan menjauhkan diri dan kau tidak lagi kisah bila kawan buat tidak kisah. Tetapi, kau terus mendakap erti setiakawan walaupun dari kejauhan kerana kau faham manusia punyai kesibukan dan kehidupan berbeza yang harus dilalui sama seperti kau.

Dalam hidup ini, akan tiba masa kau hanya perlukan kumpulan kecil kawan yang tidak lagi mengingatkan kau tentang keindahan dunia dengan cara berlebihan di mana cukuplah sentiasa ada membakar semangat, memberi aura positif dan selalu ada untukmu pada bila-bila masa.

Dalam hidup ini, akan tiba masa kau inginkan kawan yang mengajak kau solat bersama, yang menghadiahkan kau Quran untuk dibaca, sentiasa mengajakmu ke majlis ilmu dan lakukan amal jariah tanpa lelah.

Dalam hidup ini, akan tiba masa kau tidak mahu lagi mencari kawan yang kejar dunia semata tetapi kau mencari kawan yang mengajakmu mengingat mati, menegurmu saat kau tersasar dan menasihatimu kala kau inginkan.

Dalam hidup ini, akan tiba masa, kau segan memakai pakaian ketat, tudung singkat dan kau mula mencari kawan yang boleh membimbingmu, mengenali aneka jenis stoking dan sarung tangan malah kau mula mendoakan kawan yang lain bersama-sama denganmu untuk berubah.

Dalam dunia ini, akan tiba masa yang paling indah apabila dikelilingi kawan yang sentiasa ada saat kau ternama dan tiada nama, bila kau di puncak kemudian jatuh ke bawah dan ketika kau diam sepi dia mula risau dan mencarimu.

Dalam dunia ini, akan tiba masa kau tidak lagi perlukan terlalu ramai kawan untuk berhibur denganmu malah kau belajar melepaskan sekiranya mereka tidak lagi mempedulikanmu. Namun, kau tidak pernah melupakan nama mereka dalam bait doamu.

Dalam hidup ini, akan tiba masa kau mendengar kawan dan kenalanmu pergi meninggalkan dunia fana tiba-tiba, sakit tiba-tiba, hilang segalanya tiba-tiba dan kau mengerti rasa itu lalu kau berada selalu dengannya untuk memulihkan semangat yang kian pudar di samping semangatmu yang sentiasa mahu dibangkitkan.

Dalam dunia ini, akan tiba masa kau merasa terlewat untuk berubah dan dek kerana terlewat itu kau sentiasa mengingatkan sesiapa saja kau kenali berubah sekarang kerana kau kini faham mati itu pasti, sakit itu pasti dan apapun yang akan terjadi itu pasti. Tidak pernah cepat sesaat dan lambat sesaat. Kun Faa Yaa Kun…

-         -Alin Syukor -

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...