Skip to main content

Posts

corneal abrasion

A corneal abrasion (scratched  cornea  or scratched eye) is one of the most common  eye injuries . A scratched cornea often causes significant discomfort,  red eyes  and  hypersensitivity to light . Corneal abrasions result from a disruption or loss of cells in the top layer of the cornea, called the corneal epithelium. The cornea is the clear front surface of the  eye , and part of its job is to focus light, enabling you to see. A healthy cornea is essential for good vision. In addition to disrupting vision, a scratched cornea makes your eye more susceptible to infection. So it's important that you see your  eye doctor  or visit an emergency room or urgent care center as soon as possible if you suspect you have a corneal abrasion. (https://www.allaboutvision.com/conditions/corneal-abrasion.htm) Ia adalah kecederaan mata yang jarang berlaku barangkali tetapi agak bahaya. Mungkin untuk mereka yang mempunyai kornea/lapisan anak mata yang sih...
Aku hidup dalam memori kerana ia beri aku bahagia Aku terus berada dalam memori kerana ia selalu ada dengan aku Memori itu adalah sejarah kehidupan yang disimpan kekal dalam hati. Di situ semua yang layak digelar memori akan terus terkubur. Kadangkala ia muncul mengingatkan kita tentang hidup kita. Tentang kegembiraan, kesedihaan, suka dan duka. Biarlah andai itu dapat mengubat lara di hati. Biarkan kiranya itu pengubat rindu yang sepi.

Hero Kening Tebal Senyuman Menawan

Minggu lalu, hati teringin sangat menonton kembali drama lakonan Song Seung Hun. Entah kenapa, rindu sangat dengan hero kening tebal bertemankan ukiran senyuman paling menawan. Mula 'jatuh cinta' dengan lakonannya sejak drama Autumn My Heart dan sejak dari itu, hampir semua drama dan filem lakonan beliau menjadi igauan.  Memulakan tontonan dengan drama My Princess, Seung Hun berlakon dengan heroin A list, Kim Ta Hea. Drama yang comel dan penuh dengan rasa romantik dan percintaan dua latar belakang berbeza. Mudah difahami dan boleh dianggap biasa-biasa namun mampu membuat perasaan tergoncang dek kerana emosi cerita yang tidak menentu. Hanya menghabiskan dalam masa empat hari, saya memilih pula drama When A Man Falls In Love. Kisah yang penuh tekanan. Bayangkan, kali kedua menonton, perasaan tertekan itu masih menguasai diri. Kisah cinta antara gadis biasa dan seorang bekas samseng. Kisah cinta tiga segi yang memenatkan tidak seperti My Princess.  Entahlah, WAMFI...

Terhenti

Saat separuh jiwaku pergi Saat itu juga aku tersentak Realiti di depan aku kini Berteman memori semalam yang tidak pernah pergi Meninggalkanku. Barangkali orang akan berkata, aku tidak mahu melepaskan  Padahal puas sudah aku abaikan perasaan yang berkunjung tiba-tiba Namun, ia kekal di situ Di sudut hati paling dalam. Benar, aku yang biarkan kenangan itu tersimpan Kerana ada liku-liku memori  Dan hanya padanya aku sandarkan Untuk aku ukir sebuah senyuman ketenangan.

S A H A B A T

Sahabat kadangkala serasi Sekejap-sekejap tiada langsung Tetapi sampai akhir tetap bersama Berbalah dan sependapat lumrah Di setiap sudut persahabatan yang terjalin Namun akhirnya saat ketawa dan menangis Tetap ada bahu peneman Telingan mendengar Mata yang merenung Dan bibir yang menasihati Sahabat bukan sebentar saja Tetapi sampai bila-bila. -alinsyukor-

H A T I

Hati yang sakit Disakiti dia disisi Tanpa peduli rasa terlindung Perit yang tidak lagi terbendung Semakin parah tak tertahan Sampai satu ketika Setiap kata aku laharkan Tanpa mampu disekat.

K E C E W A

AKU pernah kecewa KECEWA dengan percintaan KECEWA dengan perkahwinan. Barangkali KECEWA itu rencah  Dalam mendewasakan kehidupan AKU. HARI ini aku terima KEKECEWAAN itu Kerana aku tahu TIADA yang sempurna dalam dunia ini.