Skip to main content

Posts

H A T I

Hati yang sakit Disakiti dia disisi Tanpa peduli rasa terlindung Perit yang tidak lagi terbendung Semakin parah tak tertahan Sampai satu ketika Setiap kata aku laharkan Tanpa mampu disekat.

K E C E W A

AKU pernah kecewa KECEWA dengan percintaan KECEWA dengan perkahwinan. Barangkali KECEWA itu rencah  Dalam mendewasakan kehidupan AKU. HARI ini aku terima KEKECEWAAN itu Kerana aku tahu TIADA yang sempurna dalam dunia ini.

Selagi ada

Perkara paling sakit adalah bila hati disakiti oleh insan yang dicintai Itu betul, cuma leraikan rasa sakit itu dengan lapangkan dada Terima dengan ikhlas.  Semoga kau lebih bahagia kerana kau juga layak bahagia  Selagi jantungmu berdetak.

Kau sahabat, kau teman istimewa

Tulisan ini bukan kerana tidak menerima takdir tetapi saya nak abadikan dalam satu naskah untuk saya jadikan kenangan pada masa akan datang. Sepuluh tahun lalu, kami ditemukan di bangunan ini. Tingkat 4, Jabatan Editorial Berita Harian menjadi saksi bermulanya pertalian kami. Mula-mula bertemu adalah ketika kami sama-sama menjadi Wartawan kadet, pada 2008.  Hanya sebagai kenalan baharu ketika sesi suai kenal dan kursus kewartawanan untuk Wartawan Kadet, kami menjadi rapat. Apatah lagi bila masing-masing peminat tegar drama Korea sejak zaman Winter Sonata ke Autum In My heart, My Girl dan paling menjadi sebutan ialah Full House. Dulu, sebelum berkahwin sempat tidur rumah Kak Ben sebab nak layan drama Korea. Ke sana-sini ikut dia yang suka keluar masuk kedai comel-comel. Bila dah kahwin dan pindah meja mahkamah dari 2009 hingga 2011 hubungan kami masih rapat tetapi jarang berjumpa. Kebanyakannya hanya bermesej dan berbalas status di FB. Tahun 2012 saya ditukarkan ke unit ...

Buat-buat Lupa

B uat-buat lupa, waima terpahat dalam hati Buat-buat lupa, padahal melekat dalam fikiran Buat-buat lupa, kerap air mata bergenang Buat-buat lupa, sebenarnya tidak pernah. Dari sehari ke seminggu dan hampir menginjak sebulan Malah mungkin bertemu tahun demi tahun  Namun, buat-buat lupa itu tak pernah wujud Kerana kau selalu ada dalam kenangan Kau mencipta kenangan antara kita Mana mungkin boleh buat-buat lupa Bila senyummu, lirik matamu, tawamu, kata semangatmu, keluh resahmu Selalu bermain saat aku inginkan. Tuhan, berikan rahmat Mu kepada dia  Semoga duka laranya di dunia lenyap Disimbah cinta Mu yang tak sudah. A.S

Super Women

Menjadi ibu yang bekerja bukan sesuatu yang 'kacang' atau mudah kerana berpikul tanggungjawab diletakkan di atas bahu. Jika hendak bercakap tentang letih, memang letih tetapi kerana niat mahu membantu keluarga dan demi kelangsungan hidup, setiap liku dilalui dengan tabah.Cuma kadangkala, tidak perlu nak minta orang faham apa yang kita lalui setiap saat. TIDAK PERLU. Sebabnya mudah, tidak semua akan faham. Andainya faham, alhamdulillah. Tetapi bagi yang tidak pernah mengerti, abaikan sebab tak nak stress. Kisah hidup saya tidak sempurna dan mana mungkin untuk kita mencapai kesempurnaan sekiranya kita hanya manusia biasa. Hanya Muhammad Ya Rasulullah saja maksum sifatnya dunia akhirat. Siapa sangka 2018 adalah tahun ke-10 saya dalam bidang ini. Siapa sangka, saya masih kekal di sini waima ramai sahabat yang sama batch sudah melangkah pergi. Keluar dari bangunan ini dan salah seorangnya adalah kakak paling saya sayang, pergi buat selama-lamanya selepas hampir genap 10 tahu...

Rindu

Rindu yang degil Acapkali terbit Tanpa dipanggil Datang dalam mimpi, hati dan perasaan. Rindu yang degil Setia disisi Walau cuba jauh Tetap akan ada  memukau hati. Rindu yang degil  Tersulam dalam persahabatan  Sebati dalam jiwa  Tidak akan pudar walau ditolak pergi. Rindu yang degil Terima kasih kerana ada Hadir menemani diri yang sepi. A.S