Skip to main content

Posts

Cerita tentang mereka

Anak-anak kacuk yang kian membesar. Aniq Raheel sudah pun menginjak ke usia lapan tahun. Ruhee Ayra dan Akif Raheel pula kini berumur enam dan tiga tahun. Bermacam ragam, bermacam karenah.  Masa terus berlalu. Bila ada yang bertanya, “tidak mahu tambah?,” buat masa ini jawapannya, “tidak”. Memadailah tiga anakacuk yang mampu menghiruk-pikuk rumah dan cukuplah tiga anakacuk yang berupaya menjadikan hari-hari mommy huru-hara. Tetapi, itulah keindahan yang tidak akan berulang. Satu hari pasti mommy akan merindui karenah tiga anakacuk dan sudah pastinya satu hari kelak, hidup mommy akan sunyi. Dan saat itulah kenangan yang sedang dicipta kini akan bermain di ruang mata satu hari nanti. Mommy cuba beri yang terbaik dan moganya kalian bertiga juga berusaha untuk menjadi yang terbaik. Harapan mommy cuma satu, bermuafakatlah antara kalian. Senang bersama dan susah tetap bersama. Jadilah anak-anak yang beragama dan mengikut ajaran Allah.  Paling penting, buatlah ya...

Rindu cinta pertama

Pada angin aku bisik kata rindu Antara bahagia dan sedih Bahagia kerana kamu ada dalam hatiku Sedih kerana aku tak mampu miliki hatimu Cinta pertama adalah cinta paling indah dan sangat hebat. Beruntung bagi mereka yang menjadi cinta pertama kerana rasa cinta itu tetap akan ada walau masa terus berlalu. Hanya pada memori tempat bersandar, mengenang suka dan lara. Namun, usah hanyutkan diri dengan perasaan cinta pertama itu. Biarkan ia kekal dalam hati walau di sudut paling dalam. Pandang ke depan dan lihatlah cinta terakhir di depan mata. Dia yang sentiasa percaya dan ada bila-bila masa kita memerlukannya. 

Me time

Pagi yang redup. Aku hanya mahu berseorangan. Tanpa siapa-siapa. Menghirup kopi kegemaran seorang diri. Walaupun sepi, aku tenang. Ya, kadangkala aku perlukan ketenangan. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Tidak mahu layan manusia keliling. Aku mahu rehat dari dunia yang sibuk. Tetapi aku juga benci dengan kesepian. Setiap kali mahu berseorangan pasti semua cerita dari hati terlontar di fikiran. Tidak pernah lupa dan tidak akan lupa. Biarlah apapun mereka mahu cakapkan, kerana itu hak aku untuk mengingatinya. Detik kehidupan yang aku sendiri alami. Hidup ini sukar namun berdepan dengan kematian lebih sukar. Hidup aku tidak sempurna mana. Banyak sudah aku lalui. Sama ada aku luahkan atau aku pendamkan saja sampai mati. Tidak semua boleh aku kisahkan di layar.  Bukan mahu membangkit tetapi ada ketikanya aku berkongsi kerana mahu berkongsi. Mungkin saja boleh dijadikan pengajaran bagi sesiapa saja. Kita melalui hidup berbeza maka berkongsi cerita itu tidak salah. Ambil yang jern...

Tiga anak

Yang bermacam ragam. Kadang-kadang terlalu meletihkam namun itulah kehidupan. Nikmatinya kerana bila tiba satu masa meletihkan itulah yang akan dirindukan.  Dan saat kata-kata ini ditulis, tiga anak ini sedang berpusing mengelilingi dengan karenah masing-masing. 

Ke-9

Yang kesembilan memberi berjuta memori suka dan duka. Indah dan lara. Terlalu banyak perkara yang masih menjadi rahsia dan biarkan ia terus menjadi rahsia sampai bila-bila. Perkahwinan tidak selalunya disulami keindahan. Pasti ada pancaroba menanti di depan. Andai bukan hari ini, mungkin esok atau lusa walaupun usia hubungan itu makan tahun. Tetap akan ada. Perkahwinan mendidik jiwa lebih kental, diri lebih kuat dan hati lebih cekal dan tabah. Perkahwinan adalah ujian kesabaran paling agung. Sama ada kau berjaya atau sebaliknya adalah  bergantung dengan caramu mengawal rasa. Tidak semua perkahwinan dibina atas dasar cinta. Ada yang terbina atas rasa belas ehsan. Bukan semua perkahwinan perlukan cinta dua pihak kerana ikatan itu boleh tercipta dengan satu cinta dan satu lagi pengorbanan. ....

Mengapa

Mengapa perlu ada dia dalam hati  walhal dia tidak pernah mengabdikan hati dia untuk kita.  Mengapa perlu dambakan cinta yang sebenarnya layak digelar memori Sedangkan dia mungkin langsung tidak pernah pahatkan dalam kenangan miliknya. Benar kata punjagga, Kadang-kadang kita tidak perlu melihat siapa yang kita cinta  Cukuplah kita lihat siapa yang mencintai kita.