Yang kesembilan memberi berjuta memori suka dan duka. Indah dan lara. Terlalu banyak perkara yang masih menjadi rahsia dan biarkan ia terus menjadi rahsia sampai bila-bila. Perkahwinan tidak selalunya disulami keindahan. Pasti ada pancaroba menanti di depan. Andai bukan hari ini, mungkin esok atau lusa walaupun usia hubungan itu makan tahun. Tetap akan ada.
Perkahwinan mendidik jiwa lebih kental, diri lebih kuat dan hati lebih cekal dan tabah. Perkahwinan adalah ujian kesabaran paling agung. Sama ada kau berjaya atau sebaliknya adalah bergantung dengan caramu mengawal rasa.
Tidak semua perkahwinan dibina atas dasar cinta. Ada yang terbina atas rasa belas ehsan. Bukan semua perkahwinan perlukan cinta dua pihak kerana ikatan itu boleh tercipta dengan satu cinta dan satu lagi pengorbanan.
....
Comments