Skip to main content

Posts

Tiga Serangkai

Ku cinta Kau Seorang, Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Ammara Batrisya, tiga drama yang  berjaya membuatkan diri melekap di depan kaca televisyen selepas drama Playboy Itu Suamiku gagal berbuat demikian terhadap diri ini hehehe... Alaaaa kata novel best, tapi mungkin i tak ada feel dengan pelakon utama tu kot. Hero budak beno! Melayan karenah tiga drama ini mampu membuatkan diri mabuk kepayang sebab waktu tayangan berdekat-dekatan antara satu sama lain. Cuma nasib baik, tayangannya ada yang tiga hari, sehari dan dua hari. Makanya masih sempat balik rumah dari pejabat, ambil anak, masak makan malam, solat dan melekap ;P Setiap drama punyai tarikan cerita masing-masing. Ada kisah-kisah yang dibaitkan membuatkan jalan cerita yang digarap berjaya menyentuh hati dan membuai kalbu. Paling best nenek comel yang nyanyuk lakonan Ruminah Sidek hehehe... Jom kita kenak-kenal tiga drama pilihan Anakacuk kali ini :- Ku Cinta Kau Seorang :- Drama ini mengisahkan tentang Batrisy...

The Heirs

Alhamdulillah, selesai sudah 20 episode The Heirs kekeke, sampai macam tu gayanya bila berjaya habiskan drama siri Kor ea kan. Maklum la h, lama tidak menonton siri kege maran ramai. Mu ka lawo walaupun pembedahan plastik, katanya tetapi paling best adalah aksi lakonan pelakon. Mereka ni bila berlakon, mudah memikat hati penonton. Mimik muka yang jelas ketara dan babak-baba k yang macam magnet, menarik je kita sebagai penonton untuk menonton. Tidak dinafikan, walaupun jalan cerita drama Korea ni klise iaitu lelaki kaya raya yang wanitanya pula miskin hina hahaha ;P Namun, disebabkan penghayatan pelakon membawa setiap watak-perwatakan dengan begitu baik sekali membuatkan penonton selalu jadi macam saya. Penonton akan senyum sumbing seorang diri dan ada yang sampai terbawa-bawa di alam mimpi, penonton juga jadi kemaruk sampaikan berangan dialah heroin tersebut atau penonton turut menji wai watak apabila mampu menangis, merasai perasaan pelakon-pelakon yang sebenarnya hanya BERL...

The Heirs

Sepetang menikmati soundtrack song drama The Heirs alahaiii bilalah episode 19 dan 20 nak keluar ;p

Sijil Cuti Sakit (MC)

14 hari bercuti, akhirnya esok adalah hari penghabisan. Kenapa bercuti? Uwaaaaaaa akhirnya unborn baby yang sudah tiga bulan di dalam rahim mommy pergi juga tinggalkan semua yang menanti kehadirannya Mei tahun depan. Rentetan MC :- 25 November berakhirlah segala-galanya. Ranaplah impian dan punahlah harapan mommy dan daddy untuk menanti cinta hati kami yang ketiga. Tapi apapun, kami redha atas setiap yang terjadi. Sudah tertulis, peristiwa itu akan menjadi antara kisah sejarah dalam hidup kami suami isteri. Selama ini seringkali tertanya-tanya, 'macam mana ada wanita yang tidak perasan beliau mengandung'. Makanya, Allah beri peluang untuk merasainya. Tiga bulan atau hampir 13 minggu dalam rahim mommy, sayangnya langsung mommy tidak perasan. Cuma dua minggu sebelum gugur tu, teringin nak buat pemeriksaan sebab badan kerap letih dan rasa macam gemuk dan bisikan hati mengatakan mommy macam mengandung. Instinct seorang ibu! Sukar mahu dijelaskan ;O Urine test ya...

Bila Disahkan Mengandung Lagi????

Mengandung lagi? Apa perasaan anda jika khabar itu disampaikan si Doktor atau alat ujian air kencing? Sama ada teruja? Terkejut? atau ter ter dan ter?? Tak apa, bertenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskanperlahan. Buat sebanyak tiga kali. InshaaAllah anda akan kembali tenang dan bertenaga untuk berfikir ;O Haaaa, kalau memang dah nak anak, mestilah teruja dan seronok. Tapi jika bukan dalam perancangan anda, mungkin anda mula khuatir dan takut. Terutama, anak yang sedia ada baru setahun jagung atau masih baby atau masih kecil, belum mencecah usia sewajarnya untuk diberikan tanggungjawab sebagai abang mahupun kakak. Namun, percayakah anda pada rezeki? Percayakah anda pada yang tersurat dan tersirat? Pada pena yang menulis sejak azali? Pada Penulis Yang Maha Mengetahui? Itu semua bukan mustahil andainya memang sudah ditakdirkan anda mempunyai rezeki dalam bentuk itu. Cara itu dan pada waktu itu. Yang ada disekelilingnya cuma penyebab. Sekiranya betul-betul belum b...

Sekadar pandangan

Hanya kerana memperoleh 5A dalam UPSR, seorang pelajar di Kelantan menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya - sebuah mini cooper. Indah sungguh nasib pelajar itu kan! Entahlah, mungkin itu rezeki budak tu sebenarnya. Lagipun ayah dia dah berjanji sakan jadi bila ditunaikan si anak, si ayah kenalah bayar janji. Lagipun, ayah dia mampu jadi apa kisah hehehe :) Cuma seramnya andainya hadiah-hadiah mahal seumpama itu mampu 'menjunamkan' anak, bagaimana? Persoalan yang tiada jawapan sebab ia terpulang pada individu itu sendiri khususnya ANAK! Anak yang menerima pengiktirafan sejauh itu perlu tahu landasan hidupnya. Itu sajalah pesanan khidmat masyarakat daripada saya hahaha Pendapat saya? Selaku seorang anak, ayah dan emak ketika 'tumbesaran' saya tidak pernah menjanjikan apa-apa walaupun sekecil hadiah. Apatah lagi sebesar hadiah. Selain kemungkinan hidup dalam kesusahan, ayah memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang bijak bermain kata nasihat. Nasihatnya ...

Mengandung Sambil Menyusui

Kebanyakan ibu menyusukan anak mungkin menghadapi sindrom RISAU apabila disahkan mengandung walaupun sesi penyusuan kepada anak yang sedia ada masih berlangsung. Kemungkinan rasa ingin tahu sama ada masih BOLEH atau TIDAK untuk meneruskan penyusuan bermain di minda. Mengambil beberapa tunjuk ajar daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan secara profesional, rata-ratanya mengatakan BOLEH menyusukan anak walaupun sedang mengandung. Antara tips yang boleh diguna pakai adalah :- - Keperluan Susu Ibu (FAKTA) Selepas bayi berusia enam bulan ke atas, susu ibu bukan lagi menjadi sumber makanan utama untuk anak menyusu badan. Ibu wajar menyelitkan menu lain seperti nestum (makanan kedua paling lembut) selepas susu ibu. Apatah lagi sekiranya ibu disahkan mengandung!    Bagaimanapun, penyusuan susu ibu secara terus (direct feeding) dan EBM (stok susu) boleh diteruskan kerana KEGUGURAN akibat menyusukan anak ketika mengandung adalah MITOS semata-mata. ...