Skip to main content

Posts

Haid datang ketika menyusukan bayi

  mommy dan anak daranya Segelintir ibu yang baru habis pantang dan masih menyusukan bayinya, sudah didatangi 'sahabat' baik. Sama ada dalam temph empat bulan, lapan bulan atau paling lama dua tahun. Mengikut pengalaman sendiri, ketika melahirkan Aniq Raheel haid tidak datang hampir setahun walaupun saya tidak menyusukan Aniq secara eksklusif. Bagaimanapun keadaan berubah tatkala melahirkan Ruhee Ayra, di mana dalam tempoh lapan bulan, dengan memberi susu badan secara eksklusif, akhirnya 'sahabat' saya datang berjumpa. Mungkin terlalu rindukan saya lertu :P Awalnya, ingat saya mengandung anak ketiga. Seriau juga, yelah, mana tahu kan kan... Tiba-tiba rasa loya, mabuk-mabuk bagai. Jumpa Doktor Gill (Doktor yang biasa jumpa, kenal lama hehe) cek suhu bada 39'c.  Terkejut juga sebab saya tak rasa pun demam. Terus dia cakap, u pregnant tak? Saya dengan yakin jawab mustahil sebab saya susukan anak. Alhamdulillah hehe memang mustahil cuma yang datang i...

Punca Bayi Tertidur Kala Menyusu

Jom tambah ilmu... Petikan artikel dari Majalah PAMA (online) Oleh: Editorial PaMa Tarikh: 7 Mac 2012    Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu, menimbulkan pelbagai spekulasi. Secara tidak langsung, hal ini boleh menjejaskan usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Anggapan tidak benar tentang bayi yang tertidur sewaktu sesi penyusuan berlangsung boleh menimbulkan pelbagai masalah. Akhirnya, ia boleh mendatangkan kesan tidak baik buat bayi dan si ibu juga. Antara yang paling sering disalahtafsirkan ialah bayi sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat. Malah, ada yang menganggap bayi akan menangis jika lapar. Jadi, apabila bayi yang tertidur itu tidak merengek ketika puting dikeluarkan daripada mulutnya, maka penyusuan tidak perlu diteruskan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan, bayi tidak suka minum susu ibu. Oleh kerana bayi menyusu sedikit atau sekejap dan dibimbangi...

Susu Ibu Lagi!!

Jika ada yang bertanya bagaimana persediaan untuk menyusukan bayi baru lahir sehingga berumur dua tahun, JANGAN tanya saya hehe sebab ketika Aniq, saya hanya mencapai usia tiga hingga empat bulan dengan susu ibu sepenuhnya dan dicampur dengan formula dan apabila umurnya lebih kurang setahun empat hingga lima? tujuh? bulan (lebih kuranglah) saya sudah memberhentikan pemberian susu ibu kerana Aniq mula menolak sebab dah jarang dapat kan... huhu sedih tau!! TETAPI, anda boleh tanya saya pengalaman menyusukan Aniq dan apa yang saya buat dengan pengalaman itu sewaktu bertekad untuk menyusukan Ruhee selama mana yang boleh, InshaaAllah. pic by google 1) Perkara paling mustahak, banyakkan membaca blog, majalah dan apa saja artikel berhubung penyusuan susu ibu. Banyakkan bergaul dengan mereka yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga mencecah umur dua tahun. JANGAN jadi seperti saya, kurang menimba ilmu pengetahuan mengenai hal itu ketika mengandungkan Aniq walaupun mem...

Bila Lapar vs Dwihati

Bila lapar fikiran mula runsing Tapi masih boleh menaip patah kata Sebab mahu bercerita kisah lapar Lapar juga antara sisa hidup Yang selalu dilalui Laparkan makanan Laparkan minuman Sudah tidak mampu menahan  Rasa yang kian membuak Tiada lagi ketenangan Walaupun ramping perut Masih tak mampu wujudkan  Rasa gembira Kerana kutidak suka  Dengan rasa lapar itu .... azlinazmiBH/2013 Sambil-sambil merangka menu malam ini, mendengar lagu baru dendangan dua sejoli yang mantap dalam bidang seni yang mereka ceburi... Sangat KAGUM!  Tapi... masih tidak mampu menghilangkan rasa lapar itu... Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr  

Ibu & Haknya ....

Hak seorang ibu? Semua yang ada pada anak adalah hak ibu terutama anak lelaki. Kenapa? Sebab ibu yang me ngandungkan, m el ahirkan dan membesarkan dengan penuh rasa kasih, tanggungjawab dan penat lelah. Lantaran itu, adalah wajib untuk anak membalas jasa baik seorang ibu walaupun ibu tidak perna h meminta. Namun, jika dia meminta sesuatu, anak waj ib menunaikannya kecuali yang m el anggar hukum agama. Dahsyat sungguh, saranan agama dalam menghormati seorang ibu. Sebab itu Islam meletakkan (ibarat) syurga di bawah telapak kaki ibu. TIga kali ibu barulah bapa , itu kata Nab i atau d a lam hadis sahih iaitu, Riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian si...

Ibu, Guru dan Bapa

Selamat hari-hari untuk semua di atas. Bermula dari hari ibu ke hari guru kemudian diikuti hari bapa. Indahnya hidup di bumi Allah... Semua hari yang diciptakan membawa berkat dan rezeki masing-masing. PRU-13 dah selesai, tahniah kepada pemenang. harapnya buatlah kerja anda sebagai wakil kami (rakyat). Harga barang termasuk Gov Tax tetaplah akan naik. Makanya, pandai-pandailah kita berjimat. Anda rakyat, anda yang pilih wakil anda. Baik buruk mereka, anda kena tanggunglah hahahaha Cukup cukup sudah.... HARI IBU Hari paling bermakna terutama bagi tahun 2013 yang mana semua ibu-ibu saudara termasuk ibu kandung diraikan dalam suasana harmoni. Kenangan terindah barangkali. Mana tidaknya, kebetulan, Hari Keluarga KETAM 2013 diadakan pada 10-12 Mei lalu yang mana pada malam Sabtu tersebut kami anak-anak membuat kejutan untuk mereka. Sebenarnya, acara ini tidak direncanakan awal-awal. Ia dibuat pada saat akhir. Malam sebelum bertolak, idea dicetus sepupu sulung. Saya okay saja kemud...

Marilah Mari, Pergi Mengundi ...

Setiap manusia di muka bumi ini memang dilahirkan oleh seorang ibu sebaik saja rezeki dan amanah dipertanggungjawab ke atasnya oleh yang Esa. Tetapi harus selalu percaya walaupun ibu melahirkan, akal fikirannya tidak sama sebab ibu mereka tak sama hahahaha pembukaan yang perasan sendiri (mcm best) Bukan itu nak diceritakan cuma nak cerita pasal Pilihan Raya yang akan menjelma dalam masa tiga empat hari ini. Semakin rancak, bermacam ragam dari semua sayap parti yang bertanding. Paling penting bendera, bunting dan banner parti masing-masing siap sedia dipacakkan, sudah berkibar dengan semangat kemenangan. Cuma yang pasti menjadi juara hanya satu. Siapa pilihan hati anda? Biarlah rahsia. Yang mustahak, pilihlah yang terbaik. Hmmm... Musim macam ini boleh buat suami-isteri berkelahi, adik-beradik merajuk, ayah-anak bermasam muka, sahabat-teman bertelagah dan macam-macma lagi. Semua ada pendapat masing-masing. Tapi pastikan jati diri anda tetap satu. Cintakan Agama, Sayan...