Skip to main content

Marilah Mari, Pergi Mengundi ...


Setiap manusia di muka bumi ini memang dilahirkan oleh seorang ibu sebaik saja rezeki dan amanah dipertanggungjawab ke atasnya oleh yang Esa. Tetapi harus selalu percaya walaupun ibu melahirkan, akal fikirannya tidak sama sebab ibu mereka tak sama hahahaha pembukaan yang perasan sendiri (mcm best)

Bukan itu nak diceritakan cuma nak cerita pasal Pilihan Raya yang akan menjelma dalam masa tiga empat hari ini. Semakin rancak, bermacam ragam dari semua sayap parti yang bertanding. Paling penting bendera, bunting dan banner parti masing-masing siap sedia dipacakkan, sudah berkibar dengan semangat kemenangan. Cuma yang pasti menjadi juara hanya satu. Siapa pilihan hati anda? Biarlah rahsia. Yang mustahak, pilihlah yang terbaik.

Hmmm... Musim macam ini boleh buat suami-isteri berkelahi, adik-beradik merajuk, ayah-anak bermasam muka, sahabat-teman bertelagah dan macam-macma lagi. Semua ada pendapat masing-masing. Tapi pastikan jati diri anda tetap satu. Cintakan Agama, Sayangi Malaysia, bila cintakan agama, sudah tentu rasa ikhlas itu hadir lantas kasih sayang yang dicurah pada negara takkan berbelah bahagi.

Apa yang penting juga ialah jangan bertelagah sampai bercerai berai, berpisah jauh dan berdendam! Kelahi dengan aman, telagah dengan waras. Terima pendapat masing-masing seperti mana kita terima kepercayaan masing-masing. Mungkin dia pilih A, kita pilih B, jadi bila dia menrutarkan pendapat, kita jadilah pendengar terbaik. Usah berbalas kata kalau perbualan makin menggunung perginya. Nanti hilang arah tuju, terus bertikam lidah, hilang waras, naik amarah syaitan. Siapa rugi? Renung-renungkan...

Haaaa diri ni tidak memihak mana-mana. Lebih suka jadi orang tengah.. Lihat perjuangan dua arah, masing-masing ada pro-kontra. Kadangkala terfikir, apakah tidak dua yang Islam, dua yang Melayu bersatu bergabung dan meletup!!! Hmmmm kan cantik mata melihat kan... Itu pandangan saya. Saya tak pernah minat dengan politik cuma saya mahukan keamanan dan saya nak hidup harian saya sentiasa berjalan lancar. Saya tak nak rasa kesempitan hidup apatah lagi huru-hara, perang sana-sini. Saya memilih TIDAK.

Jadinya, sila bekerjasama untuk semua mereka yang bersemangat waja ini. Jagalah keharmonian yang ada. Sesiapapun menang, pastikan ikrar>menifesto>janji>kata-kata manis>madah indah anda dilaksanakan. Jangan ibarat melepaskan batuk di tangga nanti kami yang bergelar rakyat menerima tempias atau lebih parah umpama jatuh ditimpa tangga.
Saya dah rasa? Rasa bila saya berikan pendapat dalam satu forum, habis saya dihentam. Hmm itu pendapat saya, hak saya. Namun, hentaman bertubi-tubi buat saya naik darah. Lantas terkeluar patah kata berunsur kemaruk syaitan. Saya berhenti menaip, Saya lihat pada post yang sudah dimuat turun di forum. Saya menyesal, istighfar. "Aku yang memulakan kekecohan tanpa sedar" Lantas, saya delete sebelum ada yang nampak.
Entahlah, barangkali ada yang sudah membaca. Lupakan! Harapnya mereka tak perasan... kekekeke
~~~ Salam PRU-13 dan Selamat Mengundi ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...