Skip to main content

Ibu & Haknya ....

Hak seorang ibu? Semua yang ada pada anak adalah hak ibu terutama anak lelaki. Kenapa? Sebab ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan dengan penuh rasa kasih, tanggungjawab dan penat lelah. Lantaran itu, adalah wajib untuk anak membalas jasa baik seorang ibu walaupun ibu tidak pernah meminta. Namun, jika dia meminta sesuatu, anak wajib menunaikannya kecuali yang melanggar hukum agama.

Dahsyat sungguh, saranan agama dalam menghormati seorang ibu. Sebab itu Islam meletakkan (ibarat) syurga di bawah telapak kaki ibu. TIga kali ibu barulah bapa, itu kata Nabi atau dalam hadis sahih iaitu,

Riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Sahih Muslim No.4621)

Jelaslah, betapa Islam meletakkan wanita bukan di bawah tetapi di atas dan ia tetap berada di rusuk kiri lelaki, menjadi tulang belakang si suami. Justeru, sebagai wanita haruslah menunaikan tanggungjawab iaitu menghormati sesama wanita.

Krisis Afiq Muiz dan ibunya amat memberi kesan kepada saya. Bagi saya sebagai anak lelaki, haruslah dia mendengar kata-kata ibu dan berusaha mententeramkan jiwa ibu. Menjernihkan keadaan bukan bersifat ego seperti yang dia lakukan sekarang. Apatah lagi, dibelakangnya berdiri seorang wanita yang saya lihat cuba untuk mengeruhkan keadaan yang sedia keruh.

Jadilah lelaki Islam yang bersifat insan dan bertanggungjawab. Jangan lari dari masalah sampai sanggup mati daripada mendengar herdikan ibu. Ya, ada sebab kenapa ibu mengherdik. Halusinya dan sebab itu dia kenalah bersemuka dengan ibu dia. Dia anak. Takkan ibu nak pergi ke anak. Alahaiiii cuba kenangkan kebaikan ibu. Susah senang ibu, setiap perkara yang pernah ibu tempuh.

Tolonglah, hentikan pergaduhan antara ibu dan anak yang hangat diperkatakan media. Cukup-cukuplah. Andai kata ibunya salah, sebagai anak, wajiblah tampil peluk ibu, mohon maaf dan katakan, apa salah yang telah dia lakukan sehingga ibu marah sedemikian rupa! Bukan mengaibkan ibu sebab apapun terjadi, dia tetap ibu KAU ler AFIQ oiiii...

Sebagai ibu pula, hentikan kata-kata amarah. Tanamkan rasa sabar dan berdiam seketika. Ibu pun kena jernihkan keadaan. Buang sikap ego ibu okay! Panggil anak. bersemuka dan tanya dia apa yang nak ditanya. Ceritakan dari hati ke hati. InshaaAllah, ibu yang mengandungkan Afiq bukan Eina Azman makanya, ibu lebih faham dan tahu jiwa anaknya bukan kekasih hatinya itu.... InshaaAllah, akan dipermudahkan... InshaaAllah Afiq akan sedar andainya sifat 'berlembut' itu penawar amarah seorang anak dan ubat amarah seorang ibu.

Berbaiklah kalian berdua ye....

~~~  Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia... ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...