Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Hanya patah kata

Tinggalkan sesutu untuk saya kenangkan kamu supaya diri kamu tidak pernah terlucut dari ingatan saya walaupun selepas saat ini kita takkan pernah bertemu lagi. Melalui lorong-lorong sempit tanpa arah tujuan dan hanya berbekalkan memori yang ada itulah saya meneruskan langkah-langkah kaki tanpa memikirkan kata-kata mereka di tepi jalan. Pasti setiap manusia di dalam dunia ini merasai pelbagai erti sebuah kehidupan yang takkan ada hentian terakhir kecuali mati. Sebab itu selagi ada nafas, selagi itulah tulang belulang akan bekerja menjalani hidup harian. Tiba-tiba saya terkenangkan memori itu. Satu-satunya memori paling indah yang pernah saya lalui. Memori yang sudah sebati dalam hati dan raga malah tak mungkin dapat saya lupakan begitu saja. Saya tak mampu terangkan apakah memori itu kerana ia adalah memori... Sama seperti kalian yang pastinya ada satu memori terindah paling indah dan sangat indah sehingga sukar untuk dikongsikan. Akan saya jaga ia, simpan ia di dasar lubuk hati su...

Jom tonton

My Pet .... kudbai

Jom nyanyi :p

Ice-cream sarang dugeundugeun sangsang Dalkkomhan seolleim salsal noga deureo Haengbokhan sungan ppajyeodeuneun hweuimang Dagawa neukkyeobwa eum~ Ice-cream sarang dugeundugeun sangsang Dalkkomhan seolleim salsal noga deureo Haengbokhan sungan ppajyeodeuneun hweuimang Dagawa neukkyeobwa my see less love Lalalala lalalala lalalala lalalala Sangkkeumhan oraenji syabetteu Sarangseureon neowa hamkke Hyanggeuthan da gateun bogato Sarangseureon neowa hamkke Barameun sallangsallang Geunimi miso jinne Neukkyeobwayo kkumgateun isungan Sarangeui ibmatchumhajyo WOO OH Ice-cream sarang dugeundugeun sangsang Dalkkomhan seolleim salsal noga deureo Haengbokhan sungan ppajyeodeuneun hweuimang Dagawa neukkyeobwa my see less love Lalalala lalalala lalalala lalalala Hanseupun neohan ib nahan ib Ibgae misoga hangadeuk Hanseupeun neohan ib nahan ib Haengbokhan chueogeul geuryeogayo Dagaoneun haetsal Pyogeunhame heumppeok Neukkyeobwayo kkum gateun isungan Sarange ibmatc...

Anyeong !!!!

Hari ni nak cakap pasaldrama Korea yang paling menarik dan sangat menarik hehehe... Drama Korea ni, walau kekadang boleh dikatakan klise tetapi, watak2 dalam drama memang berjaya disampaikan. hahaha sebenarnya kalau dah minat, memang semua bagus belaka.. tak2 ni jujur... Pertama: Drama Korea akan tampilkan watak utama yang ada keserasian. Malah watak pembantu dalam drama Korea bukan sekadar tempelan tetapi turut memberi impak kepada watak utama itu tadi.... Paling mustahak, pelakon pandai mainkan watak dengan mimik muka yang memang benar2 'menjadi'... Kedua: Memang akhirnya happy ending, tetapi jalan ceritanya walau paling banyak 25@26 episod, memuaskan dan ada punca, klimaks dan pengakhiran yang terususn. Ketiga: Paling penting drama Korea akan meletakkan pelakon wanitanya, watak dalam drama itu mesti pandai memasak. Itu penting... Kaya dan berkerjaya  tetapi menonjolkan budaya masyarakat Korea yang suka memasak. Selain itu watak lelaki pula ditonjolkan mereka yang pembe...

Tiga cinta hati

FB, Twtitter, Blog semua kaedah baru untuk seseorang individu itu mengeluarkan idea, pendapat, diari kehidupan dan bermacam lg termasuklah yang paling popular iaitu berniaga. Apa juga keperluan teknologi serba canggih itu, pada aku mudah, sendiri pakai, sendiri fikir lepas tu sendiri tanggung. FB contohnya, kadang-kadang memang ada je SPAM2 yang hadir singgah ke wall aku, tapi secara logiknya aku malas nak fikir. Application yang tak berminat, hide kan saja. SPAM2 yang kadang-kadang kawan FB kita pun sama terkena sebab ada application yang klik je, terus merebak ke satu dunia FB, so nak buat macam mana? Aku? biarlah sebab esok lusa, kuranglah, Kalau2 boleh remove, buat saja yang terbaik. Secara jujur, aku sebagai pengguna setia tiga benda ni, memang kadang-kadang aku akui salah menggunakannya. Hmm mungkin, sifat ;pembaran; aku tak sesuai guna benda ni atau sebab aku dan mereka ni tak serasi. Memang kadang-kadang aku akui, terlalu cepat nak menyatakan kemarahan kat laman...
ini suasana Raya Haji 2011 lalu... suasana sayu apabila Tok Yah pergi untuk selamanya inilah bakal imam muda mommy yang khusyu' menonton mari mengaji... (abaikan background gambar) meraikan ulangtahun kelahiran ceci yang cantik aktiviti Aniq yang terbaru dan paling digemari Aniq dan nursery kesayangannya pandangan yang paling dan sangat disukai mommy Aniq saat melalui empat hari yang gelap... masih pamer senyum manisnya Aniq ketika melawat pejabat daddy di Bangsar Aniq teman mommy makan sushi Aniq lagi... ketika matanya tertusuk sesuatu yang tak pasti hehe Ala model dua hero kesayangan mommy Aniq malu-malu kucing dengan uncle Masa ni, Aniq kena bebel dengan ayahngah dia sebab ayahngah jeles tak dapat main bunga manggar Aniq with bayang-bayangnya "mommy, Aniq ada kawan baru.."<mommy berangan> Aniq teman mommy g pasar Tesco beli barang masak Aniq dengan aksi tersendiri Aniq dengan mommy dan kakak2 kes...

Menanti masa berjalan

Jumaat ni duduk dalam office menanti teman lama, zaman sekolah rendah telefon saya untuk bersua muka. Hehehe Manalah dia ni. Semua janji temu (tipu lertu) dibatalkan sebab mahu sangat bersua dengannya. Sebenarnya projek asal mahu ke SG tetapi dibatalkan. Itu sajalah. Mengantuk sangat nih, pejabat kosong dan lengang. Biasalah Jumaat. Seronok pula menulis dan menulis macam meraban dan meraban. Dan sementara menanti waktu bersua mommy yang baru habis pantang anak kedua ni, terbitlah entri ini, hehehe... Lepas habis merapu ni, nak pergi surau dan ambil ler dalam 30 minit lelapkan mata. qada' tidur semalam yang tak tidur sebab menjaga Aniq Raheel. Rashidah Adon, salah seorang teman yang kekal sehingga hari ini. Bermulanya perkenalan di kala bertangga ke darjah satu SKPK. Sampailah sekarang, masih ketat tali persahabatan. Insya'Allah... Walaupun jarang bersua tetapi sentiasa melihat update diri dan keluarganya di laman FB.... Selain Rashidah lain-lain yang perkenalannya kekal sa...

Sesuatu yang sentiasa ada

Mencari sesuatu yang tak pasti seperti menyelak helaian-helaian kosong yang kononnya punyai isi tentang kehidupan. Ya itulah kehidupan, silih berputar, sering berganti. Bak kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti. Namu, sejauh mana gantian itu mampu menggantikan yang patah, itu belum menjadi kepastian. Susah senang bersama, itu juga antara bait kata yang menggambarkan betapa hidup ini bagai langit dan bumi. Tidak semua individu mahu bersama kita saat terumbang-ambingnya kita atau terjunam ke lembah. Sedih kita lari bertempiaran tapi bila kita ketawa, datang berkoyan. Itu semua ada di atas pentas kehidupan. Bertanya kerana mahu tahu tentang kita dan bila kita bertanya tak pula dijawabnya. Ya itu juga kehidupan. Kita sering berada dalam dunia berbeza dan antara kita punyai latar belakang berlainan sama sekali. Tidak pernah ada perkataan 'sama' dan jika wujud itu adalah kebetulan. Begitu juga mencari cinta dalam kehidupan, bermula dan akhirnya putus atau bermula terus bercan...

PROBIOTIK&PREBIOTIK

Ini sekadar untuk menambah pengetahuan diri sendiri tentang dua unsur ini. Semuanya gara-gara Aniq Raheel yang mengalami cirit-birit 7 hari sehingga hari ini. Hmm sebab dulu tak amik kelas Sains, jadi tidaklah mahir sangat.. Jadi hanya untuk tahu kekurangan yang perlu ditambahkan dalam sistem abdan Aniq Raheel, saya baca dan rujuk. Itu penting bila jadi ibu sebab kena tahu apa sebab dan punca hehehe.. . Yogurt – sedap, berkrim, lazat dan sihat (jika anda makan secara sederhana kerana kebanyakan yogurt yang berperisa mempunyai gula). Perhatikan perkataan probiotik pada pembungkus yogurt? Pernahkah anda dengar akan prebiotik? Probiotik bermakna ‘untuk kehidupan’. Jika begitu, adakah prebiotik bermakna ‘sebelum hidup’? Mari kita lihat…. Probiotik – Adakah anda berani membenarkan bakteria masuk ke dalam perut anda? Probiotik adalah bakteria baik yang ‘suka berkawan baik’ dengan perut anda (usus). Sebenarnya, ‘kawan baik’ ini sudah menjadi sebahagian daripa...

kasih ibu

tabahlah hatimu wahai ibu moga dirimu sentiasa tabah menyusur hari-hari sepi tanpa tangis dan tawa si kecil sabarlah hati ibu menghadapi bait-bait dugaan dari Yang Esa pasti ada hikmahnya pasti ada nikmatnya nanti tiap katamu tiap air matamu tiap doamu umpama hujan rahmat menyembur rasa sejuk pada roh si bidadari kecilmu sungguh ibu kau bertuah insan terpilih merasai keagungan Ilahi

Tak sanggup

Tak mampu nak nyatakan Sungguh kurasakan kerdil diri Bila nanti ujian datang bertimpa Aku sedar memang tak mampu Menanggung dan entahlah Susah untuk dijelaskan lagi Kerana aku tak setabah kau Tak rela berada di kegelapan Dan tak berupaya berdepan  Dengan kehilangan. Tiba-tiba, sebaik membaca blog kisah Alanna Qish, air mata tanpa rasa malu bercucuran. Setiap patah kata dari mommy dan daddy bidadari syurga itu meremukkan hati seorang ibu. Sungguh, kau tabah dan sungguh kau redha atas setiap yang berlaku. Ya, bila ujian itu benar-benar berada di hadapan kita dan tak lagi berkudrat untuk menepisnya, sudah tentu diri terima seikhlas dan serdhanya kerana percaya, ujian adalah peperiksaan dari Allah yang mahu melihat sejauh mana iman kita. Kisah si kecil itu sungguh sayu dan amat menyentuh perasaan saya. Setangkai doa saya iringkan untuk bidadari syurga yang pastinya menanti dengan selebar senyuman. Menunggu kepulangan mommy, daddy dan abangnya di dunia abadi. Te...

Selamat Datang 2012

Bila sebut saja tahun baru, pasti yang timbul di benak masing-masing adalah azam tahun baru. Apakah azam tahun 2012 anda? Bagi saya, azam tahun baru, saban tahun tiada apa yang beza kerana saya tidak pernah menetapkan satu-satunya azam setiap tahun dan wajib disempurnakan sebelum tahun itu ditamatkan.Seperti selalu azam saya, tidak kira tahun baru Islam mahupun yang digunapakai hari ini, adalah sama. Hanya mahu menjadi hamba berguna di sisi Allah, anak solehah, isteri dan ibu solehah. Itu saja. Hanya mahu menjadi yang terbaik di antara terbaik. Insya'Allah.... Tahun baru ini semuanya lama, tiada apa yang baru kecuali baju dan seluar. hehehehe... suami masih lama, anak masih lama, keluarga masih yang lama. Cuma harapan mahukan anak baru yang kedua dan ketiga atau kembar sebagai tanda cinta kami. phewwwww :) Tahun baru juga, berdoa supaya rezeki sentiasa ada dan syukur sentiasa melekat dalam sanubari ini. Tak nak riak dan cuba menambah kebaikan yang ada selain berusaha untuk meng...