Skip to main content

Posts

Nota Cinta

Imam Syafie' r.a mengatakan "Jika kamu meletakkan pergantungan harapan kamu, penyandaran hati kamu kepada makhluk, maka ketahuilah kamu sedang menyandarkan kepada sesuatu yang lemah yang sentiasa mengecewakan dan menghampakan kamu". Kenapa manusia sentiasa merasa hampa? Dia merasa kecewa dalam perhubungannya? Kerana dia meletakkan pautan hati dan juga sandaran jiwa yang salah. Apabila dia mencintai, 2 (orang) itu mencintai dengan sepenuh hati sehingga di mana cinta Allah s.w.t? Di mana cinta kerana Allah s.w.t? Dia tidak meletakkan cinta tersebut cinta kerana Allah s.w.t. Bermakna dia letak cinta itu hanya kepada emosinya, maka apabila ianya terusik maka emosinya akan menaik, emosinya akan meluap, akan meningkat kemarahan, kedengkian, permusuhan, kadangkala ia boleh membawa kepada pembunuhan, kadangkala ia boleh membawa kepada bunuh diri kerana terlalu berputus asa. Sebagai satu contoh, suami dan juga isteri. Allah s.w.t CEMBURU jika ada mana-mana daripada ...

Maal Hijrah

Maal Hijrah mengundang 1001 cerita Cerita tentang pengorbanan Rasulullah Cerita tentang cinta baginda Juga cerita tentang hijrah baginda Mencari dunia baharu Islam. Salam Maal Hijrah 1439

Jujur

Jujur aku cinta dia Jujur aku sayang dia Tapi mungkin saja Cinta sayangku sia-sia Bila mana dia tak mengerti Erti sebuah rasa yang ikhlas Biarkan saja ku simpan Segala rasa itu di lubuk hati Kerna cinta dan sayang aku Bukan mainan semata -0508as-

Sangkar cinta

Biarkan musim berubah Biarkan waktu berlalu Aku tetap di sini Menjadi penunggu Dalam sangkar cinta yang  Kau ciptakan Biarpun hati acapkali terluka Dengan egoismu yang tak bertepi Kau kata kau cinta Kau kata kau sayang Namun hatiku kekosongan Tanpa hormatmu. AS17

Mimpi

Kala ini terjaga lantas terkenang dosa silam Masih adakah pengampunan buatku? Saat ini dari baringan cerita lama berputar Masih mampukah ia kulupakan selamanya? Allah, ampunkan aku Sungguhnya diri ini teramat hina disisi Mu Allah, ampunkan aku Sungguhnya diri ini terlalu berdosa dengan Mu Allah, ampunkan aku Sungguhnya hanya Engkau yang mengasihani Hamba Mu yang penuh debu-debu dosa  -1817as-

LOVE - ada apa dengan Cinta

So many people in love but not together So many people are together but not in love Realitinya, itulah yang berlaku pada hari ini. Beruntug bagi mereka yang dapat bersama-sama menghabiskan hidupnya dengan insan yang dicintai. Insan yang tiap kali berdiri di depan matanya membuatkan  jantungnya kencang berdegup. Kepada yang tidak ditakdirkan bersama, berdoalah agar insan yang kita cintai itu bahagia buat selamanya. Percayalah, takdir tidak pernah salah dalam percaturannya tetapi manusia sering silap dalam mencaturkan kehidupannya. Semoga kita menjadi lebih tabah dengan pilihan yang kita pilih. -Alin Syukur-

Cerita Aniq

Sekejap dengan kisah Aniq dari 14 hingga 17 Julai. Tiba-tiba dapat panggilan daripada daddy beritahu Aniq sesak nafas di sekolah. Kalut seperti selalu sampaikan mommy pun kena marah. Padahal tak tahu apapun lagi.  Kebetulan pula, daddy Aniq kerja luar daerah, ke JB masa tu. Mommy yang bekerja terus saja balik ke Seremban.  Dari kecemasan terus ke wad. Keadaan Aniq tidak stabil. Nafas dia tak tentu arah. Siapa sangka petang itu juga selepas Dr Chin lawat Aniq, lihat keadaan Aniq yang membimbangkan walaupun ketika itu Aniq bernafas menggunakan oksigen dan mengambil nab selang tiga jam terus Dr hantar Aniq ke ICU. Bermalamlah mommy dan Aniq di ICU hari itu. Mujur atok, mak, umi dan ibu Qis datang malam itu juga. Boleh temankan Ruhee dan Akif. Risau nak harapkan daddy sebab dari tadi tak sudah-sudah cakap back pain, stress kerja dan lain2. Nasib isteri yang dia sayang sangat katanya ni memang spesis badang 😪 Sepanjang malam entah berapa kali mommy terjaga bila nu...