Skip to main content

Nota Cinta

Imam Syafie' r.a mengatakan "Jika kamu meletakkan pergantungan harapan kamu, penyandaran hati kamu kepada makhluk, maka ketahuilah kamu sedang menyandarkan kepada sesuatu yang lemah yang sentiasa mengecewakan dan menghampakan kamu".

Kenapa manusia sentiasa merasa hampa? Dia merasa kecewa dalam perhubungannya?

Kerana dia meletakkan pautan hati dan juga sandaran jiwa yang salah.

Apabila dia mencintai, 2 (orang) itu mencintai dengan sepenuh hati sehingga di mana cinta Allah s.w.t?

Di mana cinta kerana Allah s.w.t?

Dia tidak meletakkan cinta tersebut cinta kerana Allah s.w.t.

Bermakna dia letak cinta itu hanya kepada emosinya, maka apabila ianya terusik maka emosinya akan menaik, emosinya akan meluap, akan meningkat kemarahan, kedengkian, permusuhan, kadangkala ia boleh membawa kepada pembunuhan, kadangkala ia boleh membawa kepada bunuh diri kerana terlalu berputus asa.

Sebagai satu contoh, suami dan juga isteri.
Allah s.w.t CEMBURU jika ada mana-mana daripada hati seorang hambaNya yang mencintai yang selain daripadaNya.

Walaupun cinta itu memang patut cinta antara suami isteri, tapi tumpuan cinta tersebut, jika kerana Allah s.w.t maka hati kamu tidak akan berpaut dengannya (makhluk), jika hati itu bersandar kepadanya (makhluk), maka dia akan mudah dikecewakan dan juga dihampakan.

Kerana sandaran hatinya kepada suaminya, maka apabila suaminya, sebagai contoh bernikah 2 ataupun bernikah yang lain maka hatinya seolah-olah berkecai, dia akan melakukan sesuatu yang luar daripada akal, tindakan-tindakan yang diambil kerana apa?

Kerana dia terlalu kecewa dan terlalu hampa, kerana yang dicintai yang dikasihi ini diambil dan dirampas orang lain.

Tapi seorang yg hatinya bersandar kepada Allah s.w.t, seorang wanita yang hanya terpaut kepada Allah s.w.t, maka dia tidak akan terkesan hatinya cintanya kepada Allah s.w.t hanyasanya kerana makhluk Allah s.w.t.

Selama ini aku hanya terlalu bergantung harap dengan suami aku.

Allah s.w.t kahwinkan dia dengan yang lain, rupa-rupanya Allah s.w.t NAK AKU LEBIH DEKAT denganNya.

RUPANYA INI ADALAH MESEJ daripada Allah s.w.t supaya hati aku bergantung dan dekat denganNya.

Barangsiapa yang sandarkan hatinya dengan Allah s.w.t maka ketahuilah dengan yakin bahawa Allah s.w.t takkan hampakannya, Allah s.w.t takkan kecewakan dia.

Allah s.w.t tidak akan pisahkan kita daripada Allah s.w.t.

Kita malah akan sentiasa rasa dekat dengan Allah s.w.t rasa hampir dengan Allah s.w.t.

Biarkan seluruh manusia melukai kita.

Biarkan seluruh manusia mungkin melukai kita tapi jika hati kita bersama dengan Allah s.w.t kita akan merasa kelazatan perhubungan dengan Allah s.w.t

- Nota Cinta -
• Ustaz Iqbal Zain Al - Jauhari •

♡ Allah cemburu rupanya. Maafkan aku.

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...