Skip to main content

Cerita Aniq

Sekejap dengan kisah Aniq dari 14 hingga 17 Julai. Tiba-tiba dapat panggilan daripada daddy beritahu Aniq sesak nafas di sekolah. Kalut seperti selalu sampaikan mommy pun kena marah. Padahal tak tahu apapun lagi. 

Kebetulan pula, daddy Aniq kerja luar daerah, ke JB masa tu. Mommy yang bekerja terus saja balik ke Seremban. 

Dari kecemasan terus ke wad. Keadaan Aniq tidak stabil. Nafas dia tak tentu arah. Siapa sangka petang itu juga selepas Dr Chin lawat Aniq, lihat keadaan Aniq yang membimbangkan walaupun ketika itu Aniq bernafas menggunakan oksigen dan mengambil nab selang tiga jam terus Dr hantar Aniq ke ICU.

Bermalamlah mommy dan Aniq di ICU hari itu. Mujur atok, mak, umi dan ibu Qis datang malam itu juga. Boleh temankan Ruhee dan Akif. Risau nak harapkan daddy sebab dari tadi tak sudah-sudah cakap back pain, stress kerja dan lain2. Nasib isteri yang dia sayang sangat katanya ni memang spesis badang 😪

Sepanjang malam entah berapa kali mommy terjaga bila nurse datang beri ubat, neb, cek suhu dan lain-lain. Jaga orang sakit mana boleh syok tidur 😎

15 Julai, Dr Chin melawat dan tengok keadaan Aniq. Syukur alhamdulillah, keadaan Aniq semakin elok. Dapat pindah wad. Atok, mak dan lain-lain datang tengah hari itu melawat Aniq. Aniq masih lemah tetapi lebih elok dari semalam.

Dr belum dapat diagnosis penyakit Aniq. Ujian darah dah dua tiga kali ambil dan X ray pun dah buat. Tak apa tunggu lagi semalam sebab Aniq masih on antibiotic. 

16 Julai, Aniq nampak lebih baik. Mula agresif. Dr pun dah boleh ajar Aniq batuk buang kahak yang banyak sangat tu 🤦🏻‍♀️ 

Mommy sentiasa jadi peneman Aniq. Mommy dapat 'me time' bila Aniq tidur. Mommy dapat habiskan masa dengan Aniq saja tanpa gangguan orang lain. Aniq seronok barangkali. 

Atok, mak balik Muar. Sebab Dr beritahu esok Aniq dah boleh keluar. Lega. Sayang atok dengan mak sebab selalu ada dengan mommy. Moga Allah pelihara kalian dunia akhirat.

17 Julai, alhamdulillah Aniq dapat keluar hari ini. Dr  Chin beritahu Aniq kena bronkitis. Ubat berlambak Aniq perlu makan dam habiskan. Belum lagi inhaler semua tu. Moga Aniq tabah. Mommy pun kena tabah. 

😘

Azlinazmi

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...