Skip to main content

Posts

Ujian

'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)'   Begitulah kehidupan manusia sebagai hamba Nya di muka bumi yang maha luas ini. Tiap saat ada saja ujian untuk dirinya cuma sama ada dirinya sedar atau tidak kera   na ujian itu pelbagai mengikut tahap keimanan, pegangan dan kekuatan mereka. Percayalah, tujuan ujian itu hadir dalam kehidupan tidak lain tidak bukan, kerana Allah sayangkan hamba Nya selain menunjukkan jalan yang benar saat diri kian terpesp...

Angan-angan ingin berjalan-jalan

Kadang-kadang perit rasa hati mengenangkan sikap yang bertukar 360 darjah sejak 4 tahun lalu. Tapi sebab egomu, aku juga dipersalahkan. Sampai hati buat dekat wanita yang dulunya kau dambakan, kau kejarkan dan kau hampir gila bila kehilangannya. Dan bila sah saja menjadi milik kau, kau pamerkan tandukmu, egomu, sombongmu sebagai suami. Kuasa apa kau pakai? Sampai satu masa kau tergamak rendahkan martabat seorang isteri. Kau perli dia, kau pandang rendah padanya dan kau permainkan perasaannya. Kau hanya mahu dirinya bila mana nafsumu memuncak! Hati aku bukan milikmu. Hati aku telah kau rentap dengan egomu selepas aku kenal erti cinta. Cinta aku dah lama hilang. Hilang bila mana ia retak berkecai dan mustahil untuk aku tampal kembali. Biar aku simpan memori yang secebis itu buat selamanya.

Bekerja Pekerjaan Kerja dan Dikerjakan

T ujuan bekerja adalah :- Mahukan duit setiap bulan bagi membayar PTPTN Untuk beli barangan peribadi Beri dekat mak dan ayah Simpanan masa depan dengan caruman KWSP, simpanan tetap TH dan ASB Simpanan insurans untuk anak-anak  Shopping Bagaimanapun, skop pekerjaan itu masih dipraktikkan menerusi :- Masuk ke pejabat pada waktu yang ditetapkan dan pulang selepas cukup jam bekerja Siapkan tugasan decepat mungkin Setiap tugasan dilaksanakan tanpa sebarang helah, culas, sambil lewa dan 'banyak main' Buat kerja mengikut apa yang menjadi pakar dan 'speciality' dengan diri sendiri Menulis itu senang, tetapi berkata benar dalam penulisan itu susah Justeru, setiap manusia mempunyai gaya kerja dan tujuan tersendiri. Komitmen seseorang berbeza dan jika ditanya pada diri sendiri, saya perlukan pekerjaan kerana saya belajar untuk mendapatkan kerja terbaik. Bukan sekadar untuk kepuasan diri tetapi keluarga lebih-lebih lagi dari sudut bantuan kewangan me...

Thomas

Igauan Piala Thomas Dua puluh dua tahun impian kulakarkan Akhirnya dalam hampir kau Tak tergenggam. Dua puluh dua tahun kenangan terpahat Semakin dekat kau Tak tergapai. Thomas, Harus bagaimana untukku lena Kerana kau dekat Tetapi kilauanmu menjauh sudah. Lantaran itu, Penantian menjadi penantian Dua tahun lagi bertemu muka Dengan satu harapan sama Kau berada di pelukan. azlin/bh25mei14

Cebisan Pendapat Seorang Bekas Guru (Tokoh Guru 2011)

  Oleh:Siti Nurazlinee Azmi sitinurazlinee@bharian.com.my Bercita-cita menjadi guru tidak lagi dilihat sebagai kerjaya tetapi lebih kepada pekerjaan membabitkan pendidikan berterusan yang diterima oleh guru kemudian disampaikan kepada murid menerusi kebolehan guru dalam mengadaptasi ilmu yang dipelajarinya ketika di universiti dan pengalaman sekeliling. Naib Presiden International Institute of Management and Technology yang juga Tokoh Guru 2011, Datuk Profesor Ab Rahim Selamat menyifatkan seorang guru yang sempurna harus memenuhi ciri-ciri prinsip perguruan yang diterapkan.       Ab Rahim berkata, tema  Hari Guru  2014, Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi adalah selaras dengan sistem pendidikan moden abad ke-21, iaitu berfikiran kreatif dan kritis selain menggalakkan perkembangan sahsiah murid ke arah holistik dan seimbang.       Justeru, jelas beliau, guru menjadi penggerak utama sebagai pencetus ilmu dan pemberi maklumat yang...

Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

  Oleh:Siti Nurazlinee Azmi sitinurazlinee@bharian.com.my Seorang guru tidak hanya menyumbang ilmu pengetahuan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan saja, tetapi memberi sentuhan masa depan mereka dan segala-galanya bermula di bilik darjah.   Bagaimana seorang guru memberi sumbangan kepada murid? Itu boleh dilakukan dengan menggunakan kreativiti dan inovasi yang diserapkan dalam kaedah pembelajaran dalam bilik darjah.       Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof ketika ditemui, menyifatkan seorang guru yang ikhlas dengan kerjayanya adalah guru yang sanggup berdepan dengan latar belakang murid yang pelbagai bukan hanya mengambil jalan pintas seperti mahukan murid bijak saja manakala yang lemah ditinggalkan bersendirian.       Dr Khair berkata, guru juga tidak akan menghiraukan siapa muridnya tetapi terus memberi fokus bagaimana untuk dia menjadikan muridnya seperti kilauan emas sebaik saja tamat persekolahan kelak. ...

bunting, papan iklan, kain rentang, sticker semua di Heqzlu Creative

Selain mengambil tempahan kad udangan perkahwinan, kad hari lahir, kat pertunangan, kad perniagaan, bunting, sepanduk, banner, sticker, Heqzlu Creative yang terletak di Jalan Joned, Muar, berdekatan warung asam pedas, bersebelahan kedai runcit dan kedai gunting rambut turut menyediakan pelbagai rekaan untuk dijadikan sourvenier seperti mug, puzzle photo dan lain-lain. Malah turut dijual termasuk, pelikat pants (Shima-seperti yang dipaparkan di WHI dan Berita Harian (14 Mei 2014), Heqzlu Creative juga menjual Batik Kit untuk mewarna. Tempahan dalam talian turut diterima. Keterangan lanjut mengenai perkhidmatan dan jualan, hubungi Azie (FB- Heq Zlu Hzc atau weechat/mesej/call di talian 019-4665496)