Oleh:Siti Nurazlinee Azmi sitinurazlinee@bharian.com.my Seorang guru tidak hanya menyumbang ilmu pengetahuan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan saja, tetapi memberi sentuhan masa depan mereka dan segala-galanya bermula di bilik darjah. | |
Bagaimana seorang guru memberi sumbangan kepada murid? Itu boleh dilakukan dengan menggunakan kreativiti dan inovasi yang diserapkan dalam kaedah pembelajaran dalam bilik darjah. | |
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof ketika ditemui, menyifatkan seorang guru yang ikhlas dengan kerjayanya adalah guru yang sanggup berdepan dengan latar belakang murid yang pelbagai bukan hanya mengambil jalan pintas seperti mahukan murid bijak saja manakala yang lemah ditinggalkan bersendirian. | |
Dr Khair berkata, guru juga tidak akan menghiraukan siapa muridnya tetapi terus memberi fokus bagaimana untuk dia menjadikan muridnya seperti kilauan emas sebaik saja tamat persekolahan kelak. | |
Justeru, jelasnya, bilik darjah harus dijadikan sebagai sumber tenaga kepada guru untuk membimbing murid dari A hingga Z sehingga mereka mempunyai ketrampilan, berdaya saing, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi. | |
Pantau perkembangan guru | |
Disebabkan itu katanya, kementerian sentiasa memantau perkembangan guru supaya mereka sentiasa mencari idea dan daya saing dalam membantu perkembangan ilmu di sekolah mengikut keselarasan tema Hari Guru 2014, Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. | |
"Tema yang sarat dengan kebolehan guru mengaplikasi teknologi dan digital dalam proses pembelajaran ini bukan saja membantu murid berfikir di luar kotak tetapi turut memberi ruang dan peluang kepada guru tersebut untuk mencari lebih banyak ilmu menerusi penyelidikan dan pembacaan sebelum diaplikasi dalam silibus pelajaran," katanya. | |
Guru kena jadi pemudah cara | |
Dr Khair berkata, selaras dengan program inisiatif dalam plan pembangunan pendidikan Malaysia menerusi skop aspirasi seorang murid, perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, penguasaan pelbagai bahasa, daya kepimpinan, nilai moral dan sahsiah tinggi dan bangga menjadi rakyat Malaysia. | |
Beliau juga mengharapkan supaya semua guru di negara ini sentiasa memainkan peranan sebagai pendidik yang mempunyai sasaran maksimum dalam mendidik anak bangsa supaya taraf pendidikan negara berjaya dibangunkan pada masa depan khususnya dalam menghadapi Wawasan 2020. | |
"Jadi, seorang guru berkebolehan, mereka kena jadi pemudah cara ketika di dalam bilik darjah dan mengajak pelajar mengembangkan idea dan bekerjasama dengan rakan sekelas dalam menghasilkan sesuatu terutama reka cipta seperti robotik dan sebagainya yang menggunakan teknologi moden," katanya. | |
Beliau yang memulakan tugas sebagai warga pendidik di Politeknik Tengku Umar, Perak sejak tahun 1982 hingga 1991, berpendapat taraf pendidikan di sekolah hari ini tidak lagi tertumpu kepada akademik tetapi lebih daripada itu seperti aktiviti kokurikulum, penyertaan kelab dan persatuan termasuk sukan. | |
Menariknya, beliau dapat melihat kesungguhan guru era baru ini yang sentiasa menyalurkan cadangan kepada kementerian terutama memperkenalkan pelbagai kaedah pengurusan mengajar supaya kerja pengkeranian menjadi lebih mudah seterusnya guru dapat menumpukan perhatian terhadap modul pembelajaran dalam bilik darjah. | |
Guru pembimbing setia | |
Beliau berkata, selain itu terdapat guru-guru yang berinovasi dengan gaya mengajar dalam bilik darjah walaupun masih menghadap 'papan hitam' tetapi kaedahnya menjadi lebih mudah dan seronok. | |
"Sebagai guru kita memberi apa saja ilmu yang menjurus kepada perkembangan murid. Selemah mana pun murid, seorang guru perlu menjadikannya pandai. Itulah tugas seorang guru mengikut amalan dan etikanya. | |
"Apa lagi yang lebih menyeronokkan bagi seorang guru selain dikenali walaupun selepas berpencen dan dapat merasai penghormatan berterusan daripada bekas murid. | |
"Mungkin sukar bagi seorang guru mengingati beratus atau beribu murid yang pernah diajarnya. Tetapi tidak sukar untuk ribuan murid mengingatinya," katanya. | |
Seperti dirinya, beliau sehingga hari ini tetap mengenang saat pertama memasuki darjah satu di Sekolah Kebangsaan Port Sweettenham, Selangor, diajar mengenal huruf sehingga boleh membina ayat dan mengenal nombor sehingga berupaya menguasai kira-kira. | |
"Semua itu dipelajari sepenuhnya di sekolah. Tidak lain tidak bukan, gurulah pembimbing setia dan kental menghadapi bermacam kerenah murid dan sentiasa memastikan murid menunjukkan peningkatan dalam pelajaran walaupun sedikit," katanya. | |
Harapan beliau supaya semua guru sentiasa belajar untuk perkembangan ilmu diri sendiri dan terus memberi keutamaan terhadap pendidikan dengan melakukan pembaharuan terhadap modul dan kaedah mengajar supaya apa yang disampaikan difahami dan dipraktikkan seterusnya menjadikan proses pembelajaran dalam bilik darjah lebih seronok. | |
Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...
Comments