Skip to main content

Posts

Gurindam Telinga

Mengomel Seorang Diri

Salam Zulhijjah 1434H

Selamat menyambut Adiladha. Harapnya setiap pengorbanan yang pernah, sedang dan akan dilakukan adalah perngorbanan terbaik dan yang diredhai Allah. Esok tarikhnya. Dua tahun sudah tarikh 10 Zulhijjah datang. Maka dua tahun juga arwah atok kesayangan pergi meninggalkan semua yang masih bernyawa di muka bumi Nya. Perginya pada dingin subuh 2011 bersamaan 1432 hijrah masih terasa. Pergi dalam tidur bersama sarat sakitnya yang ditanggung bertahun lama. Akhirnya dia pergi menyahut panggilan Pencipta dalam keadaan paling tenang tanpa raungan bagi menyambut huluran salam sakaratul-maut. Selain perginya Tok Yah, dua tahun juga pengalaman menjaga Aniq Raheel yang demam panas tanpa kebah, ulang-alik ke hospital di Muar lalu ke klinik namun tiada jawapan. Ambil darah, lakukan X-Ray tetapi masih tiada apa-apa sambil di rumah saat itu, keadaan sibuk dengan menyiapkan peralatan, pelakuan menyempurnakan jenazah seorang insan yang amat disayangi. Alham...

Hari Ke-5

Hmmm lima hari dah menikmati waktu kerja yang berbeza seperti selalu. Banyak pro dan kontra yang ada sebenarnya. Keselesaan bekerja sebenarnya sama saja jika kita ikhlas dan terima apa yang berlaku. Yalah, ni bukan syarikat atok saya kan kan .... Untuk saya? Lebih selesa dengan waktu kerja lama, masuk awal jam sembilan pagi dan balik lima petang cuma kadang-kadang bukan menjadi mustahil balik pukul enam ke lapan malam. Itu normal dan lumrah kerja seperti ini. Apa yang penting, waktu dengan anak-anak. Saya lebih suka menghabiskan masa malam bersama keluarga terutama anak-anak yang masih kecil. Masih perlukan perhatian dari seorang Mommy. Daddy balik lambat itu biasa dan sepanjang saya bergelar isteri dan Mommy, tak pernah saya rasa Daddy perlu balik awal. Dari A-Y saya buat tinggal yang Z je Daddy buat hahahaha Sejak menggantikan rakan sekerja yang cuti bersalin, saya ke meja beliau untuk sebulan. Masuk jam 12 tengah hari dan balik jam lapan malam. Meja berita dunia...

PINJAM

Pinjam dari pelbagai sudut Dipinjam, meminjam, pinjaman Semuanya menjadi satu Rumit untuk diluahkan Hati tak rela Hati hanya pasrah Hati mengikut rentak Kerana mulut yang berkata YA Bukan hati Harapnya semua pinjam itu Seketika Habis langsai Kembali ke asal  dengar lagu ni bagi hilang tekanan kekeke  

Syukur kena Ikhlas, Fikir Perlu Positif Pasti Kita Temui Bahagia

 panjang sungguh tajuk entri kali ini ... Ia sebagai pendapat dan pengalaman selain merumuskan apa yang cuba diperkatakan semua orang... Rasa syukur semata-mata tanpa wujud rasa ikhlas, mungkin tidak berbaloi. Sebelum utuhnya Iman seseorang itu, rasa ikhlas haruslah dibaja dan disiram supaya ia menjadi sebati dalam jiwa dan akhirnya wujudlah rasa Iman yang mantap tanpa perlu diperlekehkan lagi. Seperti saya, baru nak belajar menjadi sang ikhlas sejati. Tidak mahu yang tidak-tidak lagi atau kata lain, hanya syukur pada mulut namun tak pernah redha dalam hati. Bersyukur dan terus bersyukur walaupun sedang menghadapi kedukaan mahupun kesusahan. Harus percaya di celah-celah kemiskinan dan kepayahan masih mempunyai denai untuk kita mencari sinar baru. Kebahagian akan muncul diakhir jalan cerita sekiranya kita kuat menempuh dugaan mencabar. Bersyukur menjadi hamba Nya yang terpilih untuk menghadapi ujian Nya kerana Tuhan tidak akan menguji di luar kemampuan. Duit? Kesena...

Cinta Jannah part 3

hahahaha memang sah penulis blog ini sedang kemaruk dengan drama ni. Jom hilangkan debar dan perasaan kacau-bilau menunggu episod akhir hari ini :-   ~~~ harap entri ini diterima dengan pasrah sebab yang menulis memang sedang kemaruk hohohoho ~~~