Akhirnya selepas beberapa tahun, Tok Yah (nenek) menanggung derita sakitnya, arwah pergi juga pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 sebelum subuh. Sebenarnya Tok Yah menghembuskan nafas terkahirnya tanpa disedari semua anggota keluarga. Sabtu lebih kurang 11 malam, menurut cerita adik, Tok Yah dah mula sesak nafas seperti orang semput dan dalam keadaan begitu anak2 arwah yang ada disampingnya sudah mengajarnya kalimah syahadah. Tetapi keadaan kembali biasa. Dan menurut sepupu pula, pagi Ahadlebih kurang jam 2-3 pagi, ketika mereka belum tidur, kelihatan arwah masih dalam keadaan semput tetapi masih terkawal. Sudah takdirnya arwah pergi juga, dan mengetahui berita kematiannya hanya sewaktu Subuh dalam jam 5.30-6 pagi di saat anak cucu bangun untuk solat. Along Nor yang tidur temankan arwah, paling awal tahu tentang kematiannya apabila merasa tubuh arwah sejuk dan tiada sebarang nafas dikesan. Innalillahi Wainnalillah Rojiuun.... Kebetulan pada Sabtu malam, Aniq ...