Hidup ini adalah perjuangan di mana kau perlu berjuang untuk kelangsungan hidup. Bagaimana cara untuk kau berjuang terletak pada diri. Dalam perjuangan yang sedang kau harungi ini jangan pernah kenal erti putus asa kerana putus as aitu adalah racun untuk kau musnahkan impian yang sedang kau perjuangkan.
Sebagai manusia, jangan berpaut dengan manusia lain hanya kerana kau mahukan keseronokan dan kemanisan hidup. Ini kerana, satu hari nanti kau akan menyesal dengan perbuatan itu di mana kau sudahpun sia-siakan usiamu dengan perkara yang tiada faedahnya.
Justeru, jadikan usia muda kau sebagai jambatan untuk kau seberangi bagi mencapai impian dan menjadikan mimpi malam kau sebagai realiti. Nikmati usia muda kau dengan maruah dan nilai diri malah jadikan ia pegangan supaya kau tidak hanyut dilambung ombak kehidupan di mana manisnya sekejap, pahitnya berpanjangan.
Pilihan di tangan kau. Selagi mana kau membebankan diri
dengan berpaut pada manusia hanya kerana kau mahu memetik gembira dan bahagia,
pasti pengakhiranmu hanya menggapai sia-sia.
Comments