Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

HUJAN DAN MEMORI

  Hujan itu kadangkala meresahkan diri kerana setiap titisan hujan terkandungnya gambar memori masa lalu, berputar bermain antara titis-titis hujan sehingga membuatkan aku terus terpana dan terkenang, Bukan mudah untuk aku melupakan apatah lagi meluputkan dari ingatan dan hati. Bukan mudah juga untuk aku berjalan terus walaupun cengkaman memori itu kekal abadi dalam diri. Namun, dalam kepayahan itu, aku tetap berusaha bangkit cuba melarikan diri daripada terus mengenang memori luka itu.  Terus cuba untuk tidak bangkitkan dan terus cuba untuk mengelak dari dibahaskan kerana apabila saat itu hadir, biarlah ia muncul seperti bayangan yang datang sekadar sepintas lalu. Tidak semua mendapat kehidupan yang didambakan. Tidak semua menggapai kehidupan yang diimpikan. Tidak semua merasai kenikmatkan dalam sebuah kehidupan.  Cuma, aku berusaha untuk terus berdamai dengan takdir kerana aku percaya ada hikmah yang indah dan mungkin saja sedang akan rasai dan nikmati tanpa aku sedar. ...

G U M I H O (Gumiho)

  Mia, nama si gadis yang baru saja menginjak usia 18 tahun. Kecil molek saja orangnya. Rambut lurus dengan warna kulit kuning langsat. Jelas terpancar keayuannya. Biasalah, remaja zaman sekarang, minat sungguh dengan idol dari Korea Selatan. Kalau boleh setiap hari menghadap portal Soompi dengan Kakimuvie sambil itu layan pula Spotify. Begitulah rutin harian si Mia. Si gadis ini baru saja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan keputusan pun sudah diperolehinya. Walaupun sibuk dengan Korea, tetap memperolehi keputusan yang baik. Tak mahulah cerita panjang bila mana hobi dan pelajaran seiring, kata orang. Mia ada seorang kenalan, namanya Kif. Tak pernah bertemu dan hanya berhubung melalui emel. Unik sangat. Mana ada abad ke 21 ini orang berborak guna emel. Mia dan Kif kenal hampir empat tahun. Mereka banyak berbual mengenai masa depan. Selain itu, Kif selalu mengajar Mia subjek yang Mia kurang arif. Kiranya Kif ini lebih senior daripada Mia. Musim silih berganti, perken...

PILIHAN

  “ Someone's sitting in the shade today because someone planted a tree a long time ago. " - Warren Buffett Perbezaan kehidupan setiap orang itu berpunca bagaimana dia menguruskan kehidupannya dari awal. Bagaimana dia mengatur setiap langkah supaya sejajar dengan keperluan yang diidamkan bukan saja untuk hari ini tetapi 10-20 tahun akan datang.  Sama ada tercapai atau tidak, dia tidak fikirkan semua itu kerana apa yang penting dia sudahpun siapkan sedaya yang boleh.  Adakah kita memperbaiki dan memulakan langkah semula untuk membetulkan keadaan supaya masa depan lebih terjamin? Adakah kita rasa cukup sampai sini dan berhenti tanpa memikirkan apa-apa malah sahut sahaja risiko yang bakal wujud di hadapan?  Adakah kita sekadar menerima cabaran dan mengikut saja hayunan tamparan tanpa ada rasa untuk perbaiki diri atau ia sekadar usaha yang tiada arah atau biarkan saja? Tepuk dada tanya selera kerana ketiga-tiga persoalan ini mempunyai cerita tersendiri bag...

MEMORI DAN RINDU PUN BERSATU

  Kerinduan ini bagaikan hembusan angin pantai, meniup perlahan dari kejauhan luasnya lautan namun rasanya terlalu nikmat. Sama juga seperti aku menyimpan rasa rindu buat kamu yang entah ke mana. Hilang tanpa jejak, cuma yang tinggal hanya bisikan-bisikan kenangan yang kedengaran sayup dari dalam jiwa.   Suara yang kian lenyap cuba untuk aku ingat semula supaya tidak terkubur bersama rindu kesumat. Entahlah, sudah tiada apa lagi harus aku ungkapkan selain kata pasrah dan menyerah. Barangkali ini adalah takdir yang ditentukan buat kita, hanya saling merindui dan mengingati cebisan memori bersama rindu di hati.   Mungkin saja, aku saja merasainya bukan lagi kamu yang jejaknya entah ke mana menghilang. Ada bagaikan tiada, bayang-bayang yang kian kelam tenggelam dalam kabus malam gelita. Namun, aku tetap di sini menyandarkan kenangan yang ada untuk terus melangkah menikmati sisa-sisa kegembiraan di muka bumi Tuhan, sebelum nyawaku terknoktah di sini.

S Y U K U R

  Janji Allah swt itu pasti kerana takkan ada janjiNya yang tidak ditunaikan. Cuma sebagai manusia dan hambaNYa sejauh mana kita percaya dengan janji Allah swt?  Tanamkan rasa syukur kepada Allah swt kerana melaluinya kita akan merasakan bahawa semua sudah cukup untuk kita. Syukur itu berasa selalu ada dan sentiasa cukup. Itulah rasa yang menyebabkan kita percaya dengan janji Allah swt. Syukur dengan niat di mana setiap kali kita bangkit dari tidur, kita dapat merasai keindahan alam dan masih lagi bernafas. Syukur dengan lisan di mana sentiasa mengingati Allah swt dengan mengalunkan zikurllah, membaca ayat-ayat al-Quran dan berkata yang baik-baik. Syukur dengan perbuatan di mana selalu melakukan amalan baik dan menjauhi dari amalan dilarang dan tidak berfaedah. Jom, gandakan rasa syukur supaya hati lebih tenang dan jiwa lebih damai. 

C H U E O K (chueok)

    Lumrah kehidupan, apa yang kita inginkan tidak semestinya kita dapat. Apapun, mensyukuri apa saja yang diberi oleh Nya sudah mencukupi kerana itu adalah yang terbaik untuk kita. Zen melepaskan keluh-kesah yang dipendam seorang diri. Menyesal? Mungkin ya dan mungkin tidak. Dia sekadar menganggap antara dirinya dan Eva tiada jodoh. Cuma, bahagian paling pelik, apabila Eva adalah jodoh untuk sahabat baiknya, Adi. “Adi, flight aku ke Australia minggu depan. Jadi tak dapatlah aku nak tengok BFF aku bersanding,” ujar Zen ketika minum petang bersama Adi di warong Mak Mah. “Tak apalah, nak buat macam mana. Lagipun kau bukan sengaja, ye tak?” Adi menduga. Zen hanya gelak. Biar nampak ceria di depan sahabatnya. Dia tidak mahu Adi tahu betapa retak berkecai hatinya selepas gadis yang bertakhta di hati bukan miliknya.  ' Cinta dalam diam. Akibatnya, merana sendiri.’ Detik hati Zen. • Berada jauh dari tempat asalnya membuatkan Zen seakan lupa dengan kesedihan lalu....

P I L I H A N ?

Dalam hidup ini banyak pilihan tetapi apakah pilihan yang akan dipilih itu adalah pilihan terbaik untuk diri? Percaya atau tidak, setiap pilihan yang kita buat akan menjadi lorong di manakah akan kita tuju.  Malah, percaya atau tidak setiap arah tuju itu adalah penentu kehidupan kita pada hari ini, esok, lusa dan masa depan. Barangkali tanpa kita sedar pilihan yang dibuat itu adalah takdir yang sudahpun ditetapkan untuk kita. Sukar untuk dihuraikan antara pilihan dan takdir di mana takdir sudah ditetapkan sejak kita berada di Luh Mahfuz manakala pilihan pula adalah apa yang kita pilih pada saat ini. Bagaimanapun, setiap pilihan mahupun takdir dalam mengorak langkah mengharungi setiap halangan dan cabaran kehidupan ini sudahpun ditulis oleh Yang Maha Esa.  Paling penting buat kita saat ini, detik ini dan ketika ini adalah terus berjalan menembusi lorong ke lorong kehidupan yang dipenuhi dengan ujian dan dugaan. Akhirnya, pilihan yang kita ada sampai satu waktu hanya penga...

U S I A

  Hidup ini adalah perjuangan di mana kau perlu berjuang untuk kelangsungan hidup. Bagaimana cara untuk kau berjuang terletak pada diri. Dalam perjuangan yang sedang kau harungi ini jangan pernah kenal erti putus asa kerana putus as aitu adalah racun untuk kau musnahkan impian yang sedang kau perjuangkan. Sebagai manusia, jangan berpaut dengan manusia lain hanya kerana kau mahukan keseronokan dan kemanisan hidup. Ini kerana, satu hari nanti kau akan menyesal dengan perbuatan itu di mana kau sudahpun sia-siakan usiamu dengan perkara yang tiada faedahnya.  Justeru, jadikan usia muda kau sebagai jambatan untuk kau seberangi bagi mencapai impian dan menjadikan mimpi malam kau sebagai realiti. Nikmati usia muda kau dengan maruah dan nilai diri malah jadikan ia pegangan supaya kau tidak hanyut dilambung ombak kehidupan di mana manisnya sekejap, pahitnya berpanjangan.  Pilihan di tangan kau. Selagi mana kau membebankan diri dengan berpaut pada manusia hanya kerana kau mahu...
Dr Cha, Kdrama terbaharu yang penuh penangan. Penangan perkahwinan dan penceraian. Sungguh, dalam perkahwinan ia tidak menjanjikan sama ada kau akan bahagia atau derita. Perkahwinan menjanjikan kau akan lebih kuat dan tabah kerana perkahwinan itu tanggungjawab dan amanah.  Tidak kiralah, perkahwinan yang kau mulakan itu adalah kerana cinta, jodoh mahupun terpaksa. Mungkin ada dalam kalangan kita menjalani institusi perkahwinan itu kerana saling mencintai, ada juga kerana beranggapan ia jodoh daripada Allah SWT dan ada juga kerana dipaksa atau terpaksa. Walau apapun dasarnya, perkahwinan itu takdir. Takdir yang telahpun Allah SWT tetapkan sejak dari Luh Mahfuz. Pasangan kita adalah ujian kita dan sejauh mana kita berupaya membawa bahtera rumah tangga itu juga adalah takdir. Takdir yang tidak boleh dilawan oleh apapun situasi. Dalam meniti perkahwinan, akan tiba satu fasa di mana ia lebih kepada kebergantungan di mana perkahwinan yang dibina harus dipertahankan kerana rasa bergantung...
                                                                        Kita tak pernah sedar bahawa setiap kali kita melalui hari-hari dalam kehidupan ia adalah takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT. Kadang kita mengeluh, penat dengan rutin harian sehingga kita lupa untuk bersykur. Sungguh, kehidupan yang kita lalui adalah milikNya, selagi mana Dia mahu kira melaluinya walaupun penuh ujian dan dugaan. Dalam setiap kehidupan, ceritanya pelbagai. Rencahnya juga sama. Adakalanya bahagia bersulam derita ada ada ketikanya sedih bersulam senyuman.  Kehidupan ini juga aneh kerana ia tidak pernah menjanjikan apa-apa kecuali kekuatan dan kesabaran dalam menempuh liku-liku pancaroba. Kehidupan yang dilalui kadangkala tenang dan damai dan ada saatnya dipenuhi dengan kekalutan dan...

2 0 2 3

Tahun 2023, selepas sekian lama membiarkan ia kosong tanpa coretan. Bukan hilang minat cuma masa terlalu mencemburui. Masa terus berlalu dan hidup juga terus berjalan mengikut aturan takdir.  Tiada apa yang indah selain hari-hari yang ditemani memori. Mengenang mahupun mencipta memori untuk aku kenang pada masa depan. Namun, andainya memori itu bukan untuk aku kenangkan, barangkali untuk insan-insan yang aku sayangi dan akan sayangi sampai akhir hayat aku. Sungguh, terlalu banyak yang telah aku lalui. Pelbagai peristiwa yang ada ketikanya membuatkan aku gembira dan bahagia. Terdapat juga peristiwa yang mendidik aku, mengenal manusia dan suasana berbeza. Didikan dalam kehidupan ini memberikan aku pengajaran dan pengalaman. Menjadikan aku lebih mengerti bahawa tidak semua menyukai dan bukan semua tidak menyukai.  Ia akan terus sebati dalam diri ini, sampai satu ketika yang tidak pasti.