Skip to main content

Kisah Duka MH370

Al-Fatihah....

Akhirnya tamat kisah tragis MH370. Berakhir sebuah cerita duka di Lautan Hindi. Semua spekulasi turut terkubur di situ dan sesungguhnya janji Allah itu pasti. Mati pasti tiba tidak cepat sesaat dan tidak akan lambat sesaat.

Bagaimanapun, paling merobek hati bila mengenangkan dan membayangkan kejadian itu. Apakah yang sebenarnya berlaku dan bagaimanakah keadaan ketika itu. Sukar untuk ditafsirkan dan susah untuk difikirkan. Hanya mampu berpegang pada kata Sang Pencipta "Jadi... Maka Jadilah..." Sesungguhnya setiap perkara ada hikmah.

Paling penting sekarang adalah doa untuk anak yang kehilangan ayah ibu, ayah ibu yang kehilangan anak menantu, suami yang kehilangan isteri dan sebaliknya supaya terus tabah menghadapi ujian maha besar ini. Semoga setiap urusan yang harus mereka tempuhi dipermudahkan Allah.

Ramai lagi yang sedang menjalankan tanggungjawab ini yang memerlukan doa kita supaya mereka berupaya menempuh tembok kesedihan yang menimpa negara malah satu dunia. Masih banyak tugas yang harus mereka selesaikan dan perlu diselidiki supaya misteri kehilangan MH370 terus terungai satu demi satu.

Sama-samalah tangan ditadah mohon petunjuk agar persoalan-persoalan yang terus mahukan jawapan terlaksana. Dari bangkai pesawat ke kotak hitam menjadi tanda tanya. Di mana? Bila? Kenapa?

Untuk jiwa-jiwa didalamnya, doakan moga ditempatkan dikalangan roh mereka beriman dan untuk bukan Islam, moga mereka 'diam' aman di sana.

Bersemadilah mereka di lautan luas terbentang, tiada liang, tiada kubur untuk dilawati. Hanya kenangan tersimpul mati. Tragedi ini sudah menempah muka suratnya dalam sejarah....

Yang ada kini hanya doa dan penantian....
~~~ Air mata terus bergenang setiap kali membaca, mendengar dan menyebut kejadian duka ini. ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...