Skip to main content

Sweet 30rd Mommy!!

Akhirnya genap 30 tahun bernafas di muka bumi Nya. Syukur alhamdulillah. 25 Februari bersamaan 25 Rabiul'Akhir yang jatuh pada hari Selasa, semalam bakal membawa berjuta kegembiraan berterusan sampai akhir nyawa.
   Angka 30 barangkali menunjukkan kematangan kita sebagai manusia dan angka 30 juga memberi pengertian hidup yang telah ditempuhi dan akan dilalui.
   Dengan harapan dan doa supaya denai-denai sepanjang kehidupan ini ditumbuhi rumput menghijau dan ditemai langit membiru disamping udara bersih nan segar.
   Mungkin terlalu banyak mahu dikisahkan pada angka 30 ini. Namun cukuplah andai diri ini saja yang menjadi diari, menulis setiap catatatn dari sejak dilahirkan sampai ke hari ini. Ia tetap kenangan abadi, yang baiknya diteladani dan yang buruknya diperbaiki.
   Bercerita tentang sambutan ke 30? Seperti tahun-tahun sebelumnya. Cukup bertemankan suami dan dua anak yang comel itu. Potong kek, ketawa sama-sama, nyanyi 'birthday song' sama-sama dan berjalan-jalan sampai lelah.
   Seharian suntuk bersama mereka dan sememangnya merekalah paling seronok ;P
   Apapun, doaku moga hari-hari mendatang diberikan peluang untk terus bernafas supaya boleh berbakti kepada ibu-bapa, keluarga dan masyarakat. Mudah-mudahan dipanjangkan usia untuk terus berbuat baik, menyempurnakan setiap azam ke arah keredhaan Allah :) Paling penting, dapatlah kiranya diperluaskan pintu rezeki atau dikekalkan rezeki yang sedia ada selain dijauhi segala perkara mungkar, mudarat dan fitnah dajjal. Sesungguhnya itulah yang paling ditakuti.
   Teruskan berusaha menjadi muslimah sejati, InshaaAllah... Anak berpekerti, Isteri yang taat, mommy yang pemanis hehehe.... Yang penting enjoy your life!!! 

Syukran Ya Allah atas kurnian Mu sepanjang 30 tahun ini. Sesungguhnya pemberian Mu melebihi apa yang pernah aku berangankan :) Alhamdulillah... Syukran Syukran ;O Moga dapat terus berinfaq ke jalan Mu kerana ini rezekiku dari Mu....


Macam-macam ragam ;O

Aniq Raheel seperti selalu - OVER erkkk baby Ruhee nape??? lorrrr

Penggemar kek - Aniq Raheel

Berkelah disaat catuan air makin menghampiri

Parti Buih

Enjoy sesaja

Pose ala-ala angelina jolie

Selera besar masing-masing

 ~~~ Nampak, jelas kelihatan, yang lebih diutamakan adalah anak-anak... hehehe inilah hadiah birthday terulung setiap tahun ~~~
 

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...