Skip to main content

Jawapan dan Alasan


Mencipta alasan atau memberi jawapan? Mungkin dua perkara berbeza namun secara simboliknya ia adalah sama. Setiap pertanyaan memerlukan jawapan namun akhirnya, jawapan yang diberikan dianggap hanya alasan semata-mata.

Dalam kehidupan ini, apa saja yang dicakapkan sering menimbulkan rasa kurang enak terutama untuk individu yang gigih bekerja sampaikan tidak pernah berkata tidak atau tidak pernah mengeluarkan seperenggan jawapan kerana ia dianggap umpama membina benteng 'menyelamatkan diri'.

Bagaimanapun, secara ilmiahnya jika kita soroti Kamus Dewan Edisi Keempat, Alasan diberi maksud :-

sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? Manakala Jawapan pula bermaksud :-

jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut;
apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan.

Maka jelaslah sudah maksud kedua-dua perkataan itu. Jika diperhatikan dari struktur penggunaannya alasan adalah sebab yang diperoleh daripada jawapan yang diberikan.

Jawapan lebih menjurus kepada keputusan seperti 'Ya' atau 'Tidak'. Fokusnya terhad dan sekiranya digunakan dalam patah kata, jawapan lebih mudah dan pendek. Tetapi setiap jawapan yang diberikan memerlukan alasan kenapa dan kenapa dan kenapa.

Tetapi, sama ada alasan itu kukuh atau sekadar membabi buta, itulah titik tolak sama ada apa yang seseorang itu mahu katakan benar belaka atau sekadar "mencipta alasan" untuk mengelak diri.

Kembali kepada apa sebenarnya tuan tanah nak sampaikan ialah, jangan selalu terbit dalam hati bahawa setiap pertanyaan yang kamu lontarkan dan apabila dijawab, ia adalah alasan semata-mata.

Walhal, apa yang kamu dapat dari jawapan seseorang yang ditanya itu adalah jawapan beserta alasan kenapa dan kenapa supaya kamu tidak lagi perlu tahu sebab musabab kenapa dia menjawab begitu kepadamu.

Just give the best because for sure, you will get the best from them.

Itulah masalah manusia hari ini kerana apabila ditanya, kita menjawab dan apabila menajwab, dikatanya kita memberi alasan. Dalam hidup ini, setiap individu punyai jadual waktu tersendiri. Jadi, jangan desak individu lain untuk membontoti kita. Mungkin sebagai manusia berjaya, kita boleh minta individu itu jadikan kita contoh tapi tidak semeastinya perlu mengikut jadual waktu kita sebab dia pun ada jadual waktu sendiri. Haaa faham? Tak faham tak apa.

Itu saja nak cakap untuk entri kali ini...

ok bai
~~~Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara hak dan yang batil) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk”         (surah an-Nahl: ayat 125)~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...