Skip to main content

Haid datang ketika menyusukan bayi


 
mommy dan anak daranya

Segelintir ibu yang baru habis pantang dan masih menyusukan bayinya, sudah didatangi 'sahabat' baik. Sama ada dalam temph empat bulan, lapan bulan atau paling lama dua tahun.

Mengikut pengalaman sendiri, ketika melahirkan Aniq Raheel haid tidak datang hampir setahun walaupun saya tidak menyusukan Aniq secara eksklusif. Bagaimanapun keadaan berubah tatkala melahirkan Ruhee Ayra, di mana dalam tempoh lapan bulan, dengan memberi susu badan secara eksklusif, akhirnya 'sahabat' saya datang berjumpa.

Mungkin terlalu rindukan saya lertu :P Awalnya, ingat saya mengandung anak ketiga. Seriau juga, yelah, mana tahu kan kan... Tiba-tiba rasa loya, mabuk-mabuk bagai. Jumpa Doktor Gill (Doktor yang biasa jumpa, kenal lama hehe) cek suhu bada 39'c. 

Terkejut juga sebab saya tak rasa pun demam. Terus dia cakap, u pregnant tak? Saya dengan yakin jawab mustahil sebab saya susukan anak.

Alhamdulillah hehe memang mustahil cuma yang datang ialah 'sahabat' lama saya. Tetapi, sekiranya ditakdirkan saya mengandung, tak cukup tapak tangan satu peta JDT saya tadahkan. Mestilah kena senyum, berita gembira, Ruhee nak dapat adik dan saya hampir mencapai kuota anak-anak hehehe....

Persoalannya ialah, bagaimana haid boleh datang WALAUPUN saya sedang menyusukan Ruhee secara eksklusif????

Alaaaa yang paling tak best sebab period datang ialah, puasa tak boleh penuhlah tahun ni huhu ... Tak apa Azlin, kena redha okay :P 

Meh sini, berkongsi ilmu berhubung tajuk asal entri ini :-
 
The Exclusive Breastfeeding method of birth control is also called the Lactational Amenorrhea Method of birth control, or LAM. Lactational amenorrhea refers to the natural postpartum infertility that occurs when a woman is not menstruating due to breastfeeding.  

- Kellymom

Haid selepas bersalin lazimnya datang atas beberapa faktor

 
1-berapa kerapkah bayi menyusu?

(makin jarang menyusu, makin tinggi kebarangkalian untuk kembali haid)
 
2-berapa kerap bayi menyusu menggunakan botol?
(kekurangan rangsangan dari hisapan bayi di payudara menyumbang ke arah kembali haid)

3- adakah bayi menghisap puting tiruan?
(puting tiruan menyebabkan bayi kurang menyusu kerana selesa)

4- berapa lama bayi tidur pada waktu malam?
(lebih panjang bayi tidur, kurangnya pengeluaran susu (expressed milk), tinggi kebarangkalian untuk kembali haid)

5- adakah bayi telah diperkenalkan dengan makanan pejal?
(start solid food, bayi akan kurang menyusu sebab dah kenyang)

Jika ibu menghadapi perkara yang disebutkan itu, kebarangkalian untuk datang haid adalah tinggi.

- Breastfeeding frequency and total amount of time spent breastfeeding per 24 hours are the strongest factors leading to the return of fertility: a mother is more likely to see the return of fertility if baby's nursing frequency and/or duration is reduced, particularly if the change is abrupt.
- In some populations, research has shown that night nursing slows the return to fertility.
- One study showed that mothers who were separated from their infants (but expressed milk to provide 100% breastmilk for baby) had a higher pregnancy risk (5.2%) during the first 6 months (Valdes 2000).
- The introduction of solid food can also be a factor in the return of fertility. Once baby starts solids (if mom's cycles have not returned), the natural period of infertility may be prolonged by breastfeeding before offering solids, starting solids gradually, and not restricting nursing. - Kellymom
~~~ Apapun, ia berbalik kepada tahap hormon setiap individu... Semua berbeza walaupun secara fizikalnya sama. Jadi, kalau tak datang, tunggu dia datang. kalau dah datang, hati-hati.. kesuburan anda dah kelihatan hehe ~~~

Comments

Cik Dayah said…
Tu la, saya pon baru hari datang after genap 4 month umur anak saya. Rasa memang dah cukup eksklusif da..hihihihi..Kena hati-hati la lepas ni..hehe
Unknown said…
66hari baru darah saya berhenti. 3hari darah berhenti lepas tu.saya ingat dah habis. Rupanya hari 70 datang lagi. selama 7hari.agaknya datang haid kot. Sangat awal. Sedangkan saya memang menyusu badan...
Unknown said…
Sy dh lhirkn 4 org ank.. Sblm hbis pntg hri ke 35-40 msti sy akn period...drah nifas slme 20 hri...wlupon sy fully b/f kpd bby sy... Huhuhu...lpas period hti2 la...msti subur.... Haahaahaa

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...