Skip to main content

Warkah Untuk Adik

Lama pula tak bermadah pujangga.. Tetiba pagi-pagi ni terasa nak menulis. Hmmm teringat zaman sekolah, subjek penulisan. Ada satu soalan mengenai "Tuliskan sebuah surat....." Nak tulis kononnya untuk adik. Cehhh akak di perantauan nak nasihatkan adik lertu... Inilah hasilnya, 



pic:google
pic google

Assalamualaikum adik,

Kakak harap warkah ini dapat memberi adik inspirasi untuk berubah ke arah kebaikan. Adik, apapun yang pernah adik lalui terutama yang membuatkan mereka sekeliling adik sedih, runsing dan terusan menangis usahlah adik bimbang. Apa yang perlu adik risaukan ialah bagaimana untuk adik buktikan bahawa adik sudah berubah.

Adik,
Satu saja pinta kakak, usah lagi melangkah ke masa silam mu. Jangan pernah cuba melakukan perkara yang boleh membawa diri adik ke jalan mungkar. Jalan yang tidak akan direstui mak dah ayah. Jalan yang tidak mungkin diberkati Allah. Jalan yang tidak akan pernah menjadi pilihan mereka yang berakal.

Adik,
Jadilah anak yang soleh, hamba yang beriman, adik yang baik dan manusia yang akan menjadi pembimbing keluarga dan masyarakat. Pilihlah kehidupan yang abadi. Kehidupan yang memberi pelbagai keindahan hidup di dunia sementara.

Adik,
Jangan sesekali kau langgar peraturan hidup yang ditetapkan Allah. Sematkanlah dihati mu untuk menjadi yang terbaik. Jangan kau bimbang, sejauh mana seseorang itu pergi, pulangnya ke tanah juga.

Adik,
Selalu ingat pesan akak, jadi seorang yang bijak dikala kau memilih kawan. Jadilah seorang yang pintar saat kau memutuskan sesuatu perkara. Jadilah seorang yang waras akalnya saat kau mahu melakukan sesuatu untuk kehidupanmu.

Adik,
Jangan pilih jalan sesat lagi. Usah kau pendamkan segala masalah yang berantakkan di benakmu. Luahkan kepada abang dan kakakmu jika kau perlukan kami. Kau harus percaya dik, selain meluah dan berdoa kepada Yang Esa, keluarga mu sentiasa disisi setia membantu. Kau perlu percaya itu. Ya, percaya dengan sebulat hati.

Adik,
Akak mohon agar kau menjadi seorang adik yang bijak mencatur kehidupan. Akak mahu kau tahu kebenaran tentang kehidupan. Jangan lagi kau pilih yang salah sehingga hidupmu terabai tanpa tujuan.

Adik,
Harapanya, apa yang pernah kau lalui dapat merubah persepsi mu tentang kehidupan dan dapat memberitahu mu apakah yang indah dan tidak indah mengenai kehidupan. kau dah rasai bukan, jika kau pilih hidup yang salah?

Adik,
Jangan lagi kau meminggirkan diri. Sesungguhnya kami semua sentiasa ada bersamamu. Kau kena ingat, bebelan mak ayah adalah nasihat yang mahukan kita adik beradik hidup di jalan yang diberkati Nya. Bukan bebelan yang memecah kesunyian. Tetapi bebelan yang penuh madah nasihat.

Adik,
Moga kau terus maju dalam hidupmu. Maju ke arah yang lebih positif. Tidak lagi memandang ke arah negatif. Usah biarkan air mata kami mengalir lagi. Ya, biarlah jika ada air mata yang menyambut berita gembira atas kejayaan mu bukan lagi kesilapan mu.

Adik,
Sesungguhnya kau amat akak sayangi. Kau kena percaya itu. Katakan tidak pada apa saja yang pernah kau lakukan. Usah kau ulangi. Berbuatlah apa saja tentang kebaikan. In Shaa Allah hidupmu akan diredhai.

Adik,
Kena percaya satu, untuk senang dan kaya bukan saja berlandaskan akademi tetapi turut memerlukan ketaatan kepada agama Nya, restu ibu bapa dan doa dari semua mereka yang baik. Berusaha dan bertawakal disusuli dengan doa adalah asas kejayaan dalam kehidupan. Itu sebenarnya.

Adik,
Terimalah nasihat akak ini sebagai peringatan agar kau faham tentang kehidupan hakiki. Semoga kau sentiasa berada di dalam lindungan Allah dik...Sekian untuk tatapanmu dan akak harap kau mengerti setiap coretan yang disampaikan menerusi warkah ini.


Yang benar,
akakmuyang jauh

 

~~ Saya suka menulis surat kalau tiba bab penulisan BM dulu... Hahaha Ok lertu kan ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...