Skip to main content

Citam 1.0 & Citam 2.0




pic: google
Perihal si anakacuk yang dua ini. Baik Aniq mahupun Ruhee. Kedua-duanya sama naik. Sudahlah rupa tiada beza, perangai pula hampir sama. Kalau tak sama pun sangat serasi. Bagai telefon dan 'bleutooth'nya! Perumpaan moden digunakan memandangkan anakacuk lahir di alam moden. Jika diubah ke bidalan lama bagai isi dengan kuku lagaknya... Hehehe (bermadah pujangga pula mommy di tengah hari yang mengantuk)

Ya, mengantuk tatkala jari jemari tak berapa runcing ini menaip satu persatu huruf di atas papan kekunci. Bayangkan sekejap..... dan kalau ada kesilapan ejaan atau ayat itu bermakna si penulis memang mengantuk!

Berbalik kepada kisah anakacuk mommy dan daddy ini apabila, kedua-duanya seakan memahami satu sama lain. Tak tahulah macam mana mereka ni boleh 'contact meng'contact'? Contoh, kalau si abang tidur-adik bangun dan kalau abang bangun-adik pula tidur. Jadi yang menjadi mangsanya mommy! Sebab kalau macam itulah gayanya, di manakah ruang waktu yang boleh mommy curi untuk tidur? Sila jawab.... ;o

Sama juga kalau adik menangis-abang mula mengada menangis (Itu memang dengki). Okay, kalau adik nak susu-abang pun nak susu (#eh macam dengki lagi). Hmmm kalau abang menangis-adik sibuk menangis. Sangat macam aur dengan tebing perangai anak-anak mommy ni. Bagus2 sepakat membawa berkat. Biarlah sikap dan sifat ini sampai ke beso ye nak...

Malam tadi, Ruhee buli mommy! Stress sebab mommy tidak cukup tidur sekarang ni.. Haihsshhh ada ke patut Ruhee jadikan mommy macam kedai kopi. Nak kopi sikit, minum lepas  lima minit, tidur. Lepas tu tak sampai sepuluh minit, order kopi  lagi dan ianya berulang sebanyak 5-6 kali.

Bayangkan kalau 5 jam tak tidur melayan pelanggan macam Ruhee... Minum kopi sekejap tertidur. Macam nak dapat feel je. Lepas tu terjaga, nak lagi. Anak-anak........ Nak marah tak guna sebab bukannya si comel tu faham. Lagi dia sengih-sengih ada ler hehe... Ruhee ni kalau terjaga nak susu, nangis tidak cuma rengekan halus manja saja kedengaran. Kalau mommy tidur mati memang kehausan lama ler si kecil tu.

Kadang-kadang datang baran, nak je babab dia, mulut memang dah bising dah pepagi buta pukul 2 ke 3 ke kan... "Kenapa tak tidur? Rotan nak? Lempang kang" hehe itu ayat biasa. Dah macam skrip. Marah je, tak buat. Tapi bila mommy bebel macam tu, Ruhee sengih je nampakkan lesung pipit sweet dia. Haaaaa lagi mommy geram terus je ringan......

Ringan mulut mommy gomol muka dia. Habis merah semua kena sondol dengan hidung dan mulut mommy. Padan muka!!!!

Abang Aniq pula tidur nyenyak di samping daddy di dalam bilik, atas tilam empuk. Langsung tak sedar sejak masuk tidur jam 10 malam. Sampai ke Subuh, baru terjaga lapar nak susu. Lepas tu baring belakang mommy sambil popok/bobok mommy... Alahaiiiii anak yang sorang ni, semakin lama semakin sweet bebeno.

Lepas habis susu kejut mommy, bagi botol susu kosong. #Eh lepas tu sambung peluk mommy sambil nyanyi lagu 'twinkle-twinkle little star...' gayanya. Siap ada break kejap (telan air liur) sebelum sambung balik nyanyi... Hahahaha Aniq ni romantik ler ;p

Sebab mommy tak cukup tidur, mommy tak dapat nyanyi sama, lagipun lagu tu memang lagu untuk mommy tidur. Mommy sempat usap rambut Aniq lepas tu, Sadaqallah..... Jaga-jaga Aniq tidur balik dalam bilik ;p

Aniq dan Ruhee dua nama dan wajah yang membuatkan hari-hari mommy rindu. Bau paling best adalah bau mulut mereka. Tak tahu kenapa sebab dari dulu memang suka beno bau mulut mereka. Walaupun Aniq dah besar, bau mulut terutama sedang dan bangun tidur, itulah kegemaran tegar mommy.


pic: google


~~~ Anak-anak memang pengikat kasih sayang dan juga amanah Allah yang adanya mereka, memberi kita pelbagai rasa. Anak-anak juga adalah ujian dari Nya ~~~


Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...