Bila musim cuti sekolah, perkara yang sentiasa diingati adalah pulang ke kampung. Dulu masa kecil, pantang cuti sekolah menjengah, mesti nawaitu pertama adalah balik kampung Chabau, Asahan Melaka. Disebabkan saya cucu pertama yang comel dan manja (perasan lertu) dengan arwah atok Salim, pasti, bila hari ini hari terakhir sekolah, arwah atok call tanya, tak balik kampung ke? (hahaha tipu je) Mak yang tanya tak nak balik kampung? Mestilah jawapannya nak sebab banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat di kampung seperti mandi sungai diam-diam (atok dgn nenek mestilah tak tahu kerja nakal ni) lepastu, main pondok-pondok kat kebun, main hujan siap berenang kat laman rumah arwah atok yang luas, main masak-masak dengan kuali dan kayu kat bawah rumah, mandi bersama-sama dengan makcik.. haishhh memang banyaklah aktiviti ala-ala power rangers ni. Tambah-tambah lagi tiga makcik, di atas saya semua jarak setahun, dua dan tiga tahun saja. Semua perempuan lak tu. Lagi seronok. Itu belum lagi campur...
It's Okay Not To Be Okay. (사이코지만 괜찮아)