Skip to main content

Menanti Esok

Tak perlu tunggu esok hari ini saja, hati dah berkobar nak menyambut angka 28. Akhirnya diri kian dewasa tapi tidaklah dewasa sangat .. hmm macam mana tu? Apa-apa sajalah. Paling tak sabar menunggu tarikh bermakna dalam hidup. 25 Februari 2012, angka 25 dan 2 sememangnya sudah sebati dalam diri. Mungkin rasa itulah angka paling cantik, kononnya. Okay saya memang suka perasan dan berangan. Hmmm sebenarnya nak cakap pasal, apalah agaknya suami nak buat pada tarikh esok... muhahahaha tak payah nak fikir sangat sebab sedia maklum Hariz memang tak romantik.... Sejak bercinta lagi, sejambak bunga pun tak pernah dapat apatah lagi intan permata... wahhh gitu... Mampu ke? Okay tak perlu cakap dia nak bagi apa sebab memang suka tiap tahun dapat dia sebagai hadiah ekekekeke (tak mau cerita lebih) lalalala

Jadi esok, rancangan pagi-pagi mestilah kena pergi pasar. Sebab gaji masuk dan sebab barang basah dah habis. Nak beli ayam, ikan, sayur, daun kari, kesum, serai perghhh memang banyakkan! Kalau duduk kampung semua leh amik belakang rumah saja. Tapi nak pergi pasar besar tak naklah Tesco. Lama dah tak pergi pasar besar... Rindu kat makcik jual ayam dengan brother jual ikan.. ekekekeke... Rindu gak kat budak lelaki cina jual sayur yang persis ke'Korea'an tu!

Lepas tu, tak tahulah nak buat apa. Hmmm rancangnya nak bawa suami dan anak g makan-makan ke, potong sepotong kek ke... Semua yang menyambut hari lahir ni belanja! Yang penting, suami dan anak tetap di sisi, itu je hadiah bermakna... Rasanya sebagai anak sulung, dah puas sambut parti hari lahir zaman kanak-kanak dulu. Mak cik Serdang pernah buatkan, mak ayah pun pernah, menumpang potong kek kat birthday sepupu pun ada... Dah puas lagipun, dah tua nak berparti macam tu. Ucapan dan doa sudah mencukupi... hehehe

Jadi Jumaat, berlalulah segera semoga Sabtu yang indah akan menggantikanmu esok.... hohohohoho


~~~ Wishlist untuk birthday tahun ini sama je spt tahun-tahun sudah, nak baby yeayyy nak baby ~~~

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...