Skip to main content

Posts

LOVE - ada apa dengan Cinta

So many people in love but not together So many people are together but not in love Realitinya, itulah yang berlaku pada hari ini. Beruntug bagi mereka yang dapat bersama-sama menghabiskan hidupnya dengan insan yang dicintai. Insan yang tiap kali berdiri di depan matanya membuatkan  jantungnya kencang berdegup. Kepada yang tidak ditakdirkan bersama, berdoalah agar insan yang kita cintai itu bahagia buat selamanya. Percayalah, takdir tidak pernah salah dalam percaturannya tetapi manusia sering silap dalam mencaturkan kehidupannya. Semoga kita menjadi lebih tabah dengan pilihan yang kita pilih. -Alin Syukur-

Cerita Aniq

Sekejap dengan kisah Aniq dari 14 hingga 17 Julai. Tiba-tiba dapat panggilan daripada daddy beritahu Aniq sesak nafas di sekolah. Kalut seperti selalu sampaikan mommy pun kena marah. Padahal tak tahu apapun lagi.  Kebetulan pula, daddy Aniq kerja luar daerah, ke JB masa tu. Mommy yang bekerja terus saja balik ke Seremban.  Dari kecemasan terus ke wad. Keadaan Aniq tidak stabil. Nafas dia tak tentu arah. Siapa sangka petang itu juga selepas Dr Chin lawat Aniq, lihat keadaan Aniq yang membimbangkan walaupun ketika itu Aniq bernafas menggunakan oksigen dan mengambil nab selang tiga jam terus Dr hantar Aniq ke ICU. Bermalamlah mommy dan Aniq di ICU hari itu. Mujur atok, mak, umi dan ibu Qis datang malam itu juga. Boleh temankan Ruhee dan Akif. Risau nak harapkan daddy sebab dari tadi tak sudah-sudah cakap back pain, stress kerja dan lain2. Nasib isteri yang dia sayang sangat katanya ni memang spesis badang 😪 Sepanjang malam entah berapa kali mommy terjaga bila nu...

Bila Tiba Satu Ketika

Bila tiba satu ketika, kau akan temui titik noktah di mana bukan kerana kau tiada pilihan tetapi kerana  kau tidak mahu lagi menyesakkan fikiran dan menyakiti hati sendiri dan orang lain. Kau hanya mahu terus hidup dnegan hidup yang bukan kau tetapkan tetapi kerana takdir. Dan, mungkin saja kau sudah pun redha dengan apa yang sedang kau lalui tanpa mahu melihat pilihan waima ianya terbentang di depan mata. Hidup bukan sekadar mengejar cinta yang kau mahukan tetapi hidup adalah keperluan selagi kau bernafas.

Berdikari

Bila kita dididik untuk selalu berdiri di atas kaki sendiri sejak dari kecil, ia kadangkala menjadikan kita sepi dengan belaian. Tiada erti untuk bermanja jika kita mampu bangun apabila terlantar. Tapi itu  sebenarnya adalah kekuatan kita sebagai wanita. Mampu berdiri teguh dan sebenarnya itu adalah tanda kasih Allah untuk wanita bila mana berupaya bangkit saat kematian menerpa.

Kenangan terindah

Dekat kampung ke mana2 pakai kereta adik, dengar cd lagu2 fav... daebak! ...Aku yang lemah tanpamu Aku yang rentan karena Cinta yang telah hilang Darimu yang mampu menyanjungku Selama mata terbuka Sampai jantung tak berdetak Selama itu pun aku mampu Untuk mengenangmu Darimu kutemukan hidupku Bagiku kaulah cinta sejati Bila yang tertulis untukku Adalah yang terbaik untukmu Kan kujadikan kau Kenangan terindah dalam hidupku Namun takkan mudah bagiku Meninggalkan jejak hidupku Yang t'lah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah Darimu kutemukan hidupku Bagiku kaulah cinta sejati... Next ...Waktu terasa semakin berlalu Tinggalkan cerita tentang kita Akan tiada lagi kini tawamu Tuk hapuskan semua sepi di hati Ada cerita tentang aku dan dia Dan kita bersama saat dulu kala Ada cerita tentang masa yang indah Saat kita berduka saat kita tertawa Teringat di saat kita tertawa bersama Ceritakan semua tentang kita... Next ...Setelah kupahami ku buka...

Cukup sudah

Cukup. Sudah. Jangan teruskan. Takut nanti makan diri sendiri. Cukuplah dengan apa yang sedang dilalui. Tak nak lagi menambah beban di hati, sesak di dada. Takut! BERHENTI BERHARAP ALLAH, bantu diriku. "Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yg berharap selain DIA. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya." (Imam Syafi'i)

Bila ajal

Jika ajal aku tiba Tolong ingat perkara ini Simpan kenangan antara aku dan kau Simpan setiap cerita antara aku dan kau Maafkan setiap khilaf aku pada kau Maafkan silap laku aku pada kau Halalkan setiap memori yang kau sulamkan Halalkan setiap perkara yang kau hulurkan Biarkan masa terus berlalu Biarkan andai kau sudah melupakan aku Usah kau tangisi perginya aku Kerana pada waktu itu, Hanya satu aku mahu Doamu buatku di alam sana.