Skip to main content

Posts

Salam Ma'al Hijrah 1434

Bermulanya tahun baru Islam Hijrah 1434 dan beerti bermulalah fasa baru dalam menjalani kehidupan dimuka bumi Allah. Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebaikan, kegembiraan dan memantapkan ketaqwaan kita sebagai hamba Nya. Azam baru? Masing-masing sudah bersiap sedia dengan meneruskan azam sedia ada atau memantapkan lagi setiap azam yang sudah kukuh. Insya'Allah dengan semangat yang ada, pastinya setiap apa yang telah, sedang dan akan dilakukan memperoleh keberkatan dan dapat diteruskan sepanjang menjalankan kehidupan. Azam saya? Tidak pernah berazam tetapi sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi baik dan lebih baik. Itulah azam saya saban tahun. Menjadi hamba Allah yang soleh, menjadi anak, isteri dan mommy yang baik. Semoga diri saya, kamu dan semua memperoleh keberkatan daripada Allah sampai akhirat :) ~~~ Buatlah apa yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang~~~

Kudapan Petang Isnin

   

Untuk Mommy :)

12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin. Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :).  Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing : 1. Duduk bersila dalam keadaan rehat. 2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali. 3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali. 4. Kemudian berbaring dengan santai. 5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas. 6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula. 7.  Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan. 8. Tarik nafas melalui hidung pe...

Minggu ke-36

Minggu ke-36 sudah usia Rani Mommy dalam rahim. Moga setiap urusan dipermudahkan Allah. Mengikut sejarah Aniq, minggu ke-37 dah keluar menjengah bumi Allah. Makanya, mudah-mudahan unborn baby ni pun sama. Jangan tunggu lama-lama kat dalam tu walaupun Mommy tahu sangat nikmat berada dalam rahim kan :) Keadaan mommy masih stabil, Insya'Allah. Cuma penat, sakit belakang badan, sakit pinggang, kaki kejang dan asyik ke tandas membuat hajat kecil. Maklumlah, unborn baby dalam rahim ni kian membesar dengan baiknya sehingga tak cukup ruang barangkali kan! Persiapan unborn baby semuanya dah siap cuma tak beli towel je lagi. Tapi, barang-barang yang ada tak dipack pun lagi dan diletakkan dalam kereta.. hahaha teruklah Mommy nih! Hujung minggu ni Mommy janji akan siapkan semuanya okay :)  Keadaan fizikal Mommy, sekarang ni perut kelihatan sedikit menurun dan rasa sakit pinggang kerap ada. Sengugut ala-ala 1st alarm tu sekali je sehari dan akdang-kadang dua hari sekali. Masih ...

Jalan Kedamaian

Setiap daripada kita sentiasa mencari sinar dalam kehidupan. Sudah tentu sinar kebaikan yang membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Kata seorang ustaz ketika bersekolah dulu, menjadi seorang muslim yang baik memang payah tetapi untuk menjadi muslim yang ingkar dan hilang taat lagi payah. Contohnya, nak solat lima waktu memang satu perkara yang kadangkala memenatkan tetapi untuk mencuri biskut di kedai runcit lagi susah sebab kena betul-betul teliti supaya tidak tertangkap. Bila difikirkan semula ada benarnya, untuk solat walaupun lima kali sehari tetapi masa yang diperlukan bagi setiap waktu solat hanya lima hingga sepuluh minit saja. Tetapi untuk mencuri sekeping biskut di kedai runcit mungkin mengambil masa seminggu? sehari? tiga hingga lima jam untuk memikirkan strategi sebelum memulakan operasi. Betul kata ustaz, nak masuk syurga jalannya susah, walaupun lurus. Jalan muhajhiddah amat payah diikuti sebab di penghujung jalan adalah syurga yang terlalu indah dan cantik ...

Minggu ke-35

Meniti perjalanan yang kian hampir ke destinasi... Macam tulah lebih kurang kalau buat karangan Kesusasteraan Melayu. Cuma kalau ditulis mengikut bahasa mudah, adik Aniq dah nak keluar nih! 35-weeks maknanya ada dalam lima minggu lagi atau tolak dua minggu, adalah tiga minggu. Dan fahamilah minggu-minggu itu silih berganti dan tiba-tiba dah ada dalam labour room pun :) Apa yang penting, barangan baby dah siap sedia begitu juga barangan mommy. Moga Allah permudahkan setiap urusan sepanjang mommy bersalin nanti. Baby sihat, mommy sihat, kedua-duanya selamat dan proses kelahiran berjalan lancar hendaknya :) Amin.... ~~~ Menghitung hari detik demi detik waktu bersalinku akan tiba. Kadangkala suka kejap-kejap cuak begitulah adanya.... ~~~

Bebelan Jumaat

Jumaat yang indah. Salam 15 Ramdhan 1433H. Sekejap dah masuk pertengahan puasa dan sama-sama ler kita berdoa mudah-mudahan amalan sepanjang 15 hari ini diberkati dan dirahmati Allah, hendaknya. Hari ini tiba-tiba terlintas nak bercerita tentang nasyid. Ini semua gara-gara dengar HotFM pagi tadi yang mana artis jemputan mereka sempena Jumaat dan Ramadhan ialah my forever and ever Raihan, katanya. Punyalah lama tak dengar dendangan lagu-lagu Ketuhanan dan dakwah daripada Raihan, makanya hari ini terubat ler rindu dengan rangkaian lagu-lagu popular dari kumpulan lagenda ini. Saat-saat dendangan lag berkumandang di corong radio (ayat dejavu pulak), mulut mula terkumat kamit ikut sama menyanyi. Sepanjang perjalanan pulak hujan (Seremban-Bukit Mahkota)... Makanya lagi, mungkinkah katak bosan dengar diriku menyanyi? Hmmm suka hati kau ler katai oiii, nak nyanyi juga sama-sama dengan Raihan. Dan paling tidak disangka, bait-bait lagu dendangan kumpulan nasyid kesukaan  itu ma...