Setiap daripada kita sentiasa mencari sinar dalam kehidupan. Sudah tentu sinar kebaikan yang membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Kata seorang ustaz ketika bersekolah dulu, menjadi seorang muslim yang baik memang payah tetapi untuk menjadi muslim yang ingkar dan hilang taat lagi payah.
Contohnya, nak solat lima waktu memang satu perkara yang kadangkala memenatkan tetapi untuk mencuri biskut di kedai runcit lagi susah sebab kena betul-betul teliti supaya tidak tertangkap. Bila difikirkan semula ada benarnya, untuk solat walaupun lima kali sehari tetapi masa yang diperlukan bagi setiap waktu solat hanya lima hingga sepuluh minit saja. Tetapi untuk mencuri sekeping biskut di kedai runcit mungkin mengambil masa seminggu? sehari? tiga hingga lima jam untuk memikirkan strategi sebelum memulakan operasi.
Betul kata ustaz, nak masuk syurga jalannya susah, walaupun lurus. Jalan muhajhiddah amat payah diikuti sebab di penghujung jalan adalah syurga yang terlalu indah dan cantik untuk didiami tetapi jalan kegelapan lebih payah dan menakutkan sebab dihujung jalan kita hanya ketemui neraka ...
Sebab itu para mujahid dan mujahidah senatiasa mencari jalan yang lurus. Walaupun panjang berjuta batu dan walaupun sukar menitinya, ia tetap menjadi pilihan kerana di akhir jalan itu pasti kita ketemui kedamaian yang paling indah yang dijanjikan Nya.
~~~ Marilah berusaha untuk menjadi muslim yang terbaik ~~~
Comments