Skip to main content

Posts

Jalan Kedamaian

Setiap daripada kita sentiasa mencari sinar dalam kehidupan. Sudah tentu sinar kebaikan yang membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Kata seorang ustaz ketika bersekolah dulu, menjadi seorang muslim yang baik memang payah tetapi untuk menjadi muslim yang ingkar dan hilang taat lagi payah. Contohnya, nak solat lima waktu memang satu perkara yang kadangkala memenatkan tetapi untuk mencuri biskut di kedai runcit lagi susah sebab kena betul-betul teliti supaya tidak tertangkap. Bila difikirkan semula ada benarnya, untuk solat walaupun lima kali sehari tetapi masa yang diperlukan bagi setiap waktu solat hanya lima hingga sepuluh minit saja. Tetapi untuk mencuri sekeping biskut di kedai runcit mungkin mengambil masa seminggu? sehari? tiga hingga lima jam untuk memikirkan strategi sebelum memulakan operasi. Betul kata ustaz, nak masuk syurga jalannya susah, walaupun lurus. Jalan muhajhiddah amat payah diikuti sebab di penghujung jalan adalah syurga yang terlalu indah dan cantik ...

Minggu ke-35

Meniti perjalanan yang kian hampir ke destinasi... Macam tulah lebih kurang kalau buat karangan Kesusasteraan Melayu. Cuma kalau ditulis mengikut bahasa mudah, adik Aniq dah nak keluar nih! 35-weeks maknanya ada dalam lima minggu lagi atau tolak dua minggu, adalah tiga minggu. Dan fahamilah minggu-minggu itu silih berganti dan tiba-tiba dah ada dalam labour room pun :) Apa yang penting, barangan baby dah siap sedia begitu juga barangan mommy. Moga Allah permudahkan setiap urusan sepanjang mommy bersalin nanti. Baby sihat, mommy sihat, kedua-duanya selamat dan proses kelahiran berjalan lancar hendaknya :) Amin.... ~~~ Menghitung hari detik demi detik waktu bersalinku akan tiba. Kadangkala suka kejap-kejap cuak begitulah adanya.... ~~~

Bebelan Jumaat

Jumaat yang indah. Salam 15 Ramdhan 1433H. Sekejap dah masuk pertengahan puasa dan sama-sama ler kita berdoa mudah-mudahan amalan sepanjang 15 hari ini diberkati dan dirahmati Allah, hendaknya. Hari ini tiba-tiba terlintas nak bercerita tentang nasyid. Ini semua gara-gara dengar HotFM pagi tadi yang mana artis jemputan mereka sempena Jumaat dan Ramadhan ialah my forever and ever Raihan, katanya. Punyalah lama tak dengar dendangan lagu-lagu Ketuhanan dan dakwah daripada Raihan, makanya hari ini terubat ler rindu dengan rangkaian lagu-lagu popular dari kumpulan lagenda ini. Saat-saat dendangan lag berkumandang di corong radio (ayat dejavu pulak), mulut mula terkumat kamit ikut sama menyanyi. Sepanjang perjalanan pulak hujan (Seremban-Bukit Mahkota)... Makanya lagi, mungkinkah katak bosan dengar diriku menyanyi? Hmmm suka hati kau ler katai oiii, nak nyanyi juga sama-sama dengan Raihan. Dan paling tidak disangka, bait-bait lagu dendangan kumpulan nasyid kesukaan  itu ma...

Ramadan 1433 Hijrah

Tahun keempat berpuasa sebagai seorang isteri dan bermakna sudah empat tahun Daddy kembali mentaati gama fitrah (Islam). Sayangnya permulaan Ramadan tahun ini, Daddy dimasukkan ke hospital pada malam Ramadan (Jumaat) kerana serangan gastrik dan demam yang teruk. Dua hari di wad dan dua hari jugalah dia sedih sebab tidak dapat berpuasa terutama untuk meraikan 1 Ramadan 1433 yang jatuh pada tarikh ulangtahun ke 46, 21 Julai 2012. Mommy pula, selama dua hari bersahur dan berbuka keseorangan di rumah. Masak pun ala kadar saja malah lauk untuk sahur dua hari sama saja. Setakat nak isi perut seorang ni, malas nak fikir masak memasak sangat. Alhamdulillah semua berjalan lancar, Daddy pun dah balik Ahad petang dan Isnin bermulalah perjalanan puasanya untuk tahun ini. Kesian dia baru tinggal dua hari dah risau pasal ganti puasa hehehe... Pengalaman tu Daddy :) sakit tak apa, jangan buat-buat sakit kan. Menu yang mudah untuk Mommy pada hari pertama bersahur hanya sambal tumis cair dan telur ...
Selamat menyambut Ramadhan dan semoga diberkati Allah Dari kami: Azlin Hariz Aniq

Enam bulan

Pejam celik (ulang dua kali hehe) dah enam bulan unborn baby dalam tummy ni. Alolololo rasa-rasa macam girl sebab pengalaman masa mengandungkan Aniq dulu lain dari yang baby Aniq ni. Masa Aniq dulu, perut mommy diibaratkan padang rugby (mmg berangan nak anak lelaki pandai berugby! LOL) krong krang krong krang kaki tangan punggung dia mencucuh-cucuh dinding perut. Sampaikan mommy selalu juga ler jentik dia sebab agresif sangat sampai nak tidur pun tak sempat (propa lertu!) Alaaa kalau korang tak percaya, percayalah... Senang je, tengok je si Aniq sekarang ni? ekekekeke bukan saja comel tapi haishhhhh lasak yang amat. sebiji ikut mommy masa kecil!!!! Maka dengan itu, sepanjang 38 minggu mengandungkan dia dulu, begitulah perangai anak bujang mommy tu. Tapi untuk kedua kali ni, keadaan lembut sikit. Terkawal.. hehehe Bukan sebab memang teringin nak baby girl cuma, memang kenyataan ia berbeza. Yang ni rasanya confirm follow his/her daddy footsteps. Alalalala memang sweet sangat sek...

Duit oh duit

Tiba-tiba rasa nak cakap pasal duit. Pasal duit yang boleh buat kita senang lenang dan kadangkala boleh buat kita jatuh muflis. Punca muflis satu je, bodoh mengawal duit keluar masuk. Yang kita tahu keluar je, masuk tak ada. Kalau ada pun, masa gaji masuk saja! kan kan kan.... Bukan nak bebel macma mak nenek, cuma rasa geram dengan spesis yang tak tahu langsung kawal duit, terutama segelintir lelaki. Tak pernah nak ingat untuk menyimpan terutama yang bujang. Dari mata kepala sendiri, lelaki paling wajib menyimpan duit untuk membina masa depan sebab semua tanggungjawab digalasnya. Perempuan yang bekerja pula, duit untuk dirinya jadi tak kisahlah dia nak beli apapun sebab dia tiada tanggungan kecuali ibu bapa dia. hehehehe Tetapi, perempuan pun kenalah berpada-pada sebab kalau sakit ke kemalangan ke kecemasan ke, semua perlukan duit. Moralnya perempuan pun kena simpan duit. Biar gaji bersih dapat sikit sebab kita buat potongan untuk beberapa akaun penting termasuk takaful dan ins...