Skip to main content

Posts

Kisah adaptasi

Jelas memang jelas, sejak kembali bertaut dengan novel selepas hampir lima tahun hobi tu lenyap, dah macam orang gila dibuatnya. Mula membaca semula selepas tertonton drama Kau Laksana Bulan adaptasi daripada novel sama karya Aina Emir. Padahal dah episod 11 pun tapi entah kenapa jiwa tersangkut terus kat Firas Ali lakonan Zuk Huzaimy yang memang aktor kesukaan dan lakonan Ayu Raudhah yang menjadi watak Adrianna... Haaaa meroyan seminggu sampai setiap kali sampai pejabat, terpaksa lupakan lunch sebab nak tonton kat youtube dari episod pertama. Memang tak puas tapi nak juga dan nasib baik ada siaran ulangan setiap Jumaat di 180. Bahagia... Eh, masih tak syok jadi beli pula novelnya dan baca, empat hari habis. Macam mana boleh habis sebegitu cepat walaupun si baby boy tu merengek sana sini? Hahaha sanggup tak keluar mana-mana weekend sebab nak spend time habiskan novel. Masak pun tak selama 3 weekend. hahahaha Padahal sebenarnya drama tu ulangan kan sebab tayangan perdananya pada 2010 ...

My BFF wedding

Majlis perkahwinan Suraiya pada 21 Mei 2011... Suraiya sangat-sangat cantik.

si tukang simbah asid.

Asyik dengan nama dan gambarnya saja dimainkan dalam video berita TV, radio dan lain-lain. Paling seriau dengan si tukang simbah asid ni tentulah orang seperti saya, pengguna setia pengangkutan awam Malaysia. Sampai bila agaknya kisah dia ni nak tamat. Masih tak dapat dan bila dapat harapnya, hukuman setimpal dikenakan. Bukan saja menakutkan orang awam tetapi menyusahkan ramai orang tapi dek kerana dia, semua pihak jadi kelam kabut. Begitu tidak bermoral perbuatanmu itu. Setiap hari perjalanan ke tempat kerja menjadi kelam sebab takut terserempak dengan si tukang simbah asid. Moga sentiasa dalam peliharaan Allah... ~~~ bawa payung sentiasa untuk keselamatan lalalala~~~

Only In Muar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID mazlina.majid@kosmo.com.my TIDAK perlu ambil masa yang terlalu lama untuk mencintai atmosfera bandar Muar. Ekspresi penduduknya yang berbilang kaum dan keturunan melayan tetamu luar yang datang bertandang sungguh memukau. Dengan rasa senang hati, individu yang anda hampiri akan memberi panduan destinasi yang wajib dikunjungi oleh seorang pengembara. Melewati Jambatan Sultan Ismail menuju ke bandar Muar bersama jurufoto, Amin Farij Hasan, kami seolah-olah kembali ke zaman kolonial. Semua itu dapat dilihat daripada bangunan-bangunan klasik yang mendominasi bandar Muar. Untuk mengisahkan tentang kehebatan Muar atau nama kunonya, Bentayan adalah sangat panjang. Namun, sesuatu yang sangat sinonim dengan daerah yang pernah menjadi sebahagian daripada empayar Majapahit itu ialah cerita tentang variasi makanannya. Cerita daripada mulut ke mulut yang mengatakan hidangan sarapan pagi orang Muar berbeza daripada tempat lain bukan satu dongengan. Sebagai contoh, s...

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman. Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:" 1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang ...

Bila

70/40 itulah tekanan darah rendah saya sejak Jumaat lalu... Kesian suami dan anak terpaksa menjaga saya. Satu benda pun saya tak dapat buat sampaikan susukan Aniq pun tak larat. Kepala berpinar-pinar sampai ke hulu hati. Entah kenapa? Tak tahu. Mungkin sakit dah nak datang. Dugaan. Pasrah dan berusaha untuk kembali sihat. Alhamdulillah, Selasa kembali bekerja walaupun angin dalam perut berputing beliung kedengaran. Kepala masih sakit. Semalam check up, tekanan darah 108/90... Ok sikit... Kena makan ikut masa dan setiap tiga jam kena kunyah sesuatu. Pesan doktor. Katanya lagi, ibu susukan anak ni, sila lupakan harapan nak diet.. Hehehe.. Kantoi di situ. Padan muka diri sendiri... Sekarang, sedang belajar kunyah makanan sampingan seperti biskut, buah-buahan, kismis atau apa saja... ~~~ Mahu sihat seperti dulu~~~