Jelas memang jelas, sejak kembali bertaut dengan novel selepas hampir lima tahun hobi tu lenyap, dah macam orang gila dibuatnya. Mula membaca semula selepas tertonton drama Kau Laksana Bulan adaptasi daripada novel sama karya Aina Emir. Padahal dah episod 11 pun tapi entah kenapa jiwa tersangkut terus kat Firas Ali lakonan Zuk Huzaimy yang memang aktor kesukaan dan lakonan Ayu Raudhah yang menjadi watak Adrianna...
Haaaa meroyan seminggu sampai setiap kali sampai pejabat, terpaksa lupakan lunch sebab nak tonton kat youtube dari episod pertama. Memang tak puas tapi nak juga dan nasib baik ada siaran ulangan setiap Jumaat di 180. Bahagia... Eh, masih tak syok jadi beli pula novelnya dan baca, empat hari habis. Macam mana boleh habis sebegitu cepat walaupun si baby boy tu merengek sana sini? Hahaha sanggup tak keluar mana-mana weekend sebab nak spend time habiskan novel. Masak pun tak selama 3 weekend. hahahaha Padahal sebenarnya drama tu ulangan kan sebab tayangan perdananya pada 2010 tak silap. terlewat tapi sebab dah angau buat-buat lah macam drama baru.
Dah habis kisah Kau Laksana Bulan timbul pula Nora Elena. Mulanya memang tak pernah tahu sebab siaran jam 7 petang kot!! Macam mana nak berlari dari KL ke Seremban? hahaha apa lagi Youtube jadi mangsa. Pun sama macam Kau Laksana Bulan, tertonton episod pertama (kira selamat lah) sebab cuti masa tu. Terus meroyan lagi. Lepas tu sepupu tanya novel Kasih Yang Suci, suruh cari. Tanya kenapa? Katanya Nora Elina adaptasi daripada novel tu. Sekali lagi meroyan. Dapat novel, cakap kat sepupu beri aku baca dulu seminggu (hahaha muka 40 baru sejak Selasa mula membaca)
Bila start kerja, tak ada maknanya dapat tengok, jadi tonton la mana2 diopload dalam internet. Nak merangsang minda supaya lebih seronok mula membaca setiap sinopsis dalam blog “u noe u luv me!” (terima kasih sangat-sangat di atas penulisan anda) !! sekarang dah demam cerita tu pulak yang dilakonkan Aaron Aziz untuk watah Seth Tan dan Siti Saleha bagi watak Nora Elena. Dan di masa akan datang mungkinkah Ombak Rindu mula bersarang di hati?
Kesimpulannya, adaptasi novel ke drama atau filem atau sebarang bentuk skrin layar memang menjadi kalau pemilihan pelakon, turutan skrip dan lakon layar berjaya dibuat. Disebabkan pernah belajar tentang ilmu adaptasi novel ke layar, saya tahu ia sebenarnya sangat susah dan sukar apatah lagi tidak semua yang ditulis dalam novel boleh diskrinkan dan ada babak-babak perlu ditokok tambah atau dibuang. Selain itu masa juga penting yang mana dalam novel tiada batasan waktu tetapi dalam drama atau filem mempunyai batasannya. Campur tolak cerita, iklan, montage dan sebagainya kira-kira hanya 40 minit saja diperlukan untuk meluahkan lakonan yang diadaptasi tadi.
Lebih kurang macam itulah gayanya. Apapun secara peribadi, pelakon perlu dipilih dengan baik bagi melakonkan watak dalam novel. Peranan mereka penting terutama membawa perwatakan yang sebelum ini hanya menjadi bayangan atau mimpi kepada pembaca. Jadi perlulah pilih pelakon yang memang berkarisma dan pilihan pelakon untuk dua drama ini memang terbaik. “Menjadi” sangat-sangat sampaikan yang sudah membaca novel banyak kali tetap mahu membaca banyak kali sebab bayangan dan mimpi mereka menjadi.
Sebagai contoh secara peribadi juga, Trilogi Cinta adaptasi daripada beberapa buah novel popular karya Shahrifah Abu Salem pada saya ada sedikit kegagalan sebab pilihan pelakon dan garapan yang tiba-tiba jadi kurang enak. Mungkin itu pada saya tidak pada orang lain. Mungkin juga sebab saya ‘kureng’ meminati lakonan Rosyam Nor sebab dah terlalu banyak membawa watak ‘mat cinta’ kot. hehehe Tak apalah, nanti saya cuba tonton lagi dengan lebih betul untuk mendapatkan ke’menarik’an kisah cinta yang mana tiga novel itu saya membacanya dulu.
Jadi, selalu-selalulah penggiat seni tanah air mengadaptasi novel ke drama dan sebenarnya di Barat kisah-kisah novel selalu dijadikan bahan adaptasi ke layar skrin. Kalau bukan novel cinta cubalah adaptasi novel Ramli Awang Mursyid ke? Novel falsafah karya Faisal Tehrani ke? huhuhu selamat berjuang.

~~~Juga meminati Filem dan Drama Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah~~~
Comments