Barangkali banyak perkara yang telah aku lupa
Barangkali juga banyak perkara telah aku lewati
Namun, ada satu yang tetap dalam hati
Rasa pada diri kamu
Rasa yang takkan pernah hilang
Walaupun dimamah waktu
Maaf kerana tak pernah membuangnya
Bukan tidak mencuba
Tapi rasa itu tidak mahu pergi
Bagai bayang-bayang yang mengekori
Sekali lagi, aku simpan
sampai mati.
Comments