Skip to main content

D U A R I B U S E M B I L A N B E L A S



2018, setahun berlalu dan kini lembaran 2019 memainkan peranannya dalam melengkapkan bongkah-bongkah memori sepanjang tahun ini. Semoga tahun ini mencipta lebih banyak kenangan manis dan menjadi tahun terbaik berbanding sebelum ini. 

Cuma, pastinya ada waktunya masih ada sisa kenangan lalu yang muncul dalam fikiran dan barangkali ia takkan pernah padam sampai bila-bila. Bagi saya setiap kali tahun bertukar, setiap kali saya tidak menanam sebarang azam. 

Biarlah kehidupan itu berlalu bersama detik waktu cuma apa yang penting selalu ingin buat yang terbaik untuk kehidupan. Bukan saja membahagiakan diri sendiri tetapi turut membahagiakan insan lain dan memudahkan urusan sesiapa saja yang memerlukan. Hidup pun bukan selamanya kan? Untuk apa nak tamak dengan kehidupan. Takut nanti tiada apa yang kita bawa bila ajal menjemput pergi tinggalkan dunia. Benar, dunia adalah sementara. 

Sebuah bidang yang Tuhan berikan untuk kita singgah sebentar jadi memang tiada apa yang sepatutnya kita kejarkan kecuali amal ibadah dan janji kita kepada Nya sebagai seorang hamba. 

Namun, untuk meneruskan kelangsungan hidup setiap daripada kita harus berusaha memberikan yang terbaik kepada diri dan mereka yang berada di bawah perlindungan kita. 

Semoga saya terus kuat, terus tersenyum dan terus membuat kebaikan walaupun sedikit bersama semua memori tidak kira yang menggembirakan dan menyedihkan bersama saya sampai tiba waktunya untuk saya pergi. 

Jangan menyerah kalah, nikmati kehidupan. 


Alin Syukor
03-01-19

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

Istanbul Aku Datang

Lamanya tak menonton filem Melayu sebab semua hampir sama saja jalan ceritanya. Tapi sebab si Rafidah punya skrip, Istanbul Aku Datang membuatkan hati melonjak untuk menontonnya. Tapi tonton di YouTube aje ler kan hehehe baru perasan, lama gak tak tonton filem kat wayang hmmm Istanbul Aku Datang- skrip dan plot cerita yang simple but nice. Istanbul Aku Datang! baru saja menyudahkannya. Garapan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi berlatarkan kita Istanbul, Turki yang indah dan mempesonakan. Sambil menonton sambil melancong kiranya. Macam Pisau Cukur, sekali lagi Rafidah selaku penulis skrip sememangnya bijak menggarap isi cerita dan menyusun watak-watak untuk melakonkan skrip ciptaannya. Walaupun ada sedikit ke'Koreaan terutama dalam pemilihan watak utama (Lisa sbg Dian) yang comel, kelam kabut dan sedikit kelakar, memuaskan saya sebagai penonton. haha Korea juga!!! Mungkin dah taksub sangat dengan drama Korea kot... Apapun two thumbs for Istanbul Aku Datang ;0 Besttt sangat2 ...