Skip to main content

Pergi Tak Kembali

Benar kata Allah, apabila Jadi kataNya, maka Jadilah....

Tidak pernah diduga apatah lagi disangka, akhirnya makcik Zalinah Salim atau nama manjanya Ros, pergi menemui pencipta.

2 September 2015,
Hari Rabu, kembali bekerja selepas bercuti panjang sempena Merdeka dan hal keluarga. Kebetulan, tidak ke pejabat, punyai kerja luar di Putrajaya. Memandangkan coverage di kawasan tempat bertugas tidaj baik, jadi tidaklah membelek whatsapp dan media sosial lain.

Elok saja selesai kerja, emak telefon menangis beritahu makcik dah meninggal. Menggigil badan, kejang lutut mendengar kerana ia bukan berita yang disangkakan. Mana tidaknya, makcik tidak sakit apatah lagi terlantar.

Namun, Allah itu Maha Mengetahui dan Dia jugalah yang Merencana kehidupan hambaNya. Arwah makcik menghembuskan nafas terakhir tiba-tiba selepas sesak nafas. Walaupun sempat di bawa ke hospital Jasin, tetai bila ajal tiba....

Jika hendak diceritakan, bermuka surat mahu dikisahkan kerana arwah makcik dengan saya bukan siapa-siapa. Arwah adik keempat emak. Memandangkan emak anak pertama, saya adalah cucu dan anak buah pertama sebelah emak. Jadi, boleh kalian agak rapatnya saya dengan arwah makcik.

Arwah seperti emak saya. Arwah tidak ditakdirkan punyai anak perempuan. Dari kecil saya sudah terbiasa dengan arwah. Sampaikan emak pernah lepaskan saya mengikut dua lagi ibu saudara untuk bermalam di rumah arwah.

Sehingga besar dan apabila saya mula bekerja di Seremban, saya menumpang rumah arwah. Seronok. Masakannya sedap. Rumahnya sentiasa kemas dan bersih walaupun punyai tiga anak lelaki. Saya selalu puji arwah depan emak sebab arwah ibu yang hebat, berjaya didik anak-anak lelakinya berdisiplin, pengemas dan pembersih.

Saya cakap, kalau orang yang tak kenal arwah, tentu orang akan ingat arwah mempunyai ramai anak perempuan.

Arwah mulutnya bising sama macam emak. Jika emak bertandang ke rumah saya di Seremban dan jika saya bekerja, rumah arwah di Senawang menjadi kujungan emak. Sambil-sambil itu, emak akan bawa dua anak saya. Arwah pula, bila tahu tetamu nak bertandang, bermacam hidangan disediakan.

Kek coklat kukus hidangan wajib bila tahu Aniq nak datang. Kek coklat nekcik sedap, kata Aniq. Bila dah selalu bertandang, Aniq dan Ruhee dah pandai minta permainanlah, kek lah, nak mandilah sebab bilik air rumah nekcik besar, katanya. Arwah pula memang sukakan budak-budak.

Apa tidaknya, kerjaya arwah sama seperti emak, mengasuh anak orang dan arwah pakej sekali sebagai guru mengaji. Arwah memang sukakan Ruhee, anak kedua saya. Selalu arwah cakap Ruhee comel, geram dan arwah sempat betemu anak ketiga saya, Akif dan sempat siapkan Akif ketika saya sibuk. Masa itu, arwah beraya di rumah Muar.

Bukan itu saja, arwah memang serba boleh. Itu kelebihan yang dihadiahkan Allah kepada arwah. Selain menjadi surirumah sepenuh masa sejak dulu dan sejak beberapa tahun lalu, arwah menjaga suaminya yang lumpuh separuh badan akibat strok. Arwah juga pandai menjahit dan jahitannya sangat kemas dan cantik malah pandai mengaji dan berzanji.

Kali terakhir bertemu arwah adalah Ogos lalu, akhir Syawal. Ketika itu saya, suami dan anak-anak beraya di rumahnya. Seperti biasa, bila betandang ke rumahnya, dari jam 12 tengah hari boleh jejak sampai pukul enam petang. Masih kekal diingatan, arwah sediakan pelbagai juadah, dari kari ikan ke telur dadar ke tempoyak ke sayur goreng sampai bubur dan kek coklat kukus. Siap tapau lauk bawa balik.

Terlalu banyak memori tercipta. Suami pun begitu. Katanya, arwah adalah ibu saudara yang rapat dengannya. Barangkali mereka kenal sejak sebelum kami berkahwin. Saya nampak, suami selesa berbual dengan arwah. Mungkin arwah pandai membawa topik perbualan walaupun ia kadang-kadang gosip. Hmmm hilang seorang teman gosip saya.

Memang ada rasa terkilan dalam hati kerana tidak berpeluag menatap wajah terakhir arwah. Elok saja setapak saya melangkah masuk ke rumah nenek, wajah arwah sudah dikafankan. Saya redha. Syukur, rezeki suami masih ada kerana peluang kedua adalah di tanaj perkuburan.

Sayu hati melihat jenazah diusung pergi. Pergi ke tempat tinggal hakiki. Pergi buat selamanya. Pergi meninggalkan kenangan mendalam dalam diri. Sesungguhnya, Allah lebih sayangkan arwah. Mengambilnya kembali tatkala umur menjangkau 53 tahun.

Mungķin itu saja cara untuk arwah berehat daripada terseksa dengan batuk-batuk yang dihidapinya hingga hilang suara. Berehat dari dunia fana yang penuh pancaroba dan berehat daripada lelah dipermainkan manusia sekeliling.

Semoga arwah makcik ditempatkan bersama roh golongan  beriman. Andai kita punyai jodoh dan rezeki, bertemu lagi kita di syurga kelak.

Al-Fatihah

Comments

Popular posts from this blog

Sedikit Tentang Dr Intan

Saja nak berkongsi pengalaman walaupun sudah empat bulan masa itu berlalu. Pengalaman melakukan pemeriksaan kandungan bersama Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Columbia Asia Hospital, Seremban 2. Rindu pula dengan Dr Intan yang peramah dan sangat teliti ketika memeriksa saya ketika mengandungkan Ruhee. Hehehe (nak jumpa kena mengandung lagi ler Azlin oiii) Bukan apa, ada kawan-kawan dan sepupu yang tanya mengenai beliau sebab ada di antara mereka tinggal berdekatan Seremban dan sedang mencari hospital bersalin. Jika masa Aniq saya melahirkannya di KPJ bersama Dr Kala (Salah seorang Gyene terbaik di KPJ), untuk Ruhee saya pilih Dr Intan sebab Dr Kala tak silap saya sudah berpindah ke Dubai. Dr Intan ni, dari pandangan saya seorang yang serius dan tak suka hal remeh temeh. Contohnya, masa mengandung dulu, bulan puasa, jadi beliau menggalakkan saya berpuasa sampai habis. Katanya, jangan tinggalkan puasa kalau pening sikit-sikit...

Mencari Yang Terbaik (PART 1)

Bila mengandung, perkara pertama yang terlintas dalam akal fikiran adalah di manakah hendak saya bawakan 'anak dalam perut' ini? Bawa ke mana? hehehe Buat pemeriksaan lanjut. Sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta. Pengalaman saya sepanjang mengandungkan dua anakacuk saya :) 1. Muhammad Aniq Raheel Disahkan mengandungkan si kacak lagi menawan hati ini pada Julai 2009. Disebabkan saya baru setahun lebih bekerja, company tidak menangung bayaran pemeriksaan di hospital swasta *Mengikut syarat company hanya membayar selepas tiga tahun perkhidmatan* ... Tapi dah rezeki, takkan sebab tak bayar, tak nak mengandung! Demi penjagaan teliti, saya pergi KPJ Hospital (Atas nasihat kakak ipar) Saya pilih Dr Kala sebab Dr Islam yang ada hanya Dr Ishak (Saya tak mampu nak menahan rasa kalau Dr lelaki.. Harap maklum). Alhamdulillah, kandungan baik-baik saja ketika itu. Untuk menyedapkan hati saya ke Klinik Kesihatan Seremban. Di sana memang ramai, datang pagi balik petang. Yal...

사랑 이야기 (salang iyagi)

  Pertemuan kembali ini menjadi pertemuan yang dipenuhi luka dan duka. Mana tidaknya, selepas berbelas tahun akhirnya kisah yang terlerai penuh rahsia terhurai satu-persatu.  Perasaan mula berkocak, menusuk ke kalbu mengenangnya kenapa dan kenapa? Benar, jawapan kepada kenapa ia berlaku adalah takdir. Inilah takdir milik mereka atau inilah takdir antara mereka. Ila mendengar kisah yang lama tersimpan dengan perasaan berkecamuk. Matanya mula menakung air yang bila-bila masa saja akan gugur membasahi pipi. Kisah remaja mereka berdua tidaklah terlalu berliku cuma, rahsia yang tersimpan lama itu bagaikan membusuk hingga menyakitkan hati dan perasaan.  Ila bungkam dan realitinya itulah yang harus dia berhadapan sepanjang hidupnya. Tiada jawapan untuk setiap perenggan yang diungkap Iman.  “Kenapa awak biarkan?” Soal Ila sambil menagan tangisan yang hampir melimpah.  “Saya sedar waktu itu saya bukan siapa-siapa nak dibandingkan dia.” Iman hanya menunduk, mengacau air k...