Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

berehat sekita bersama ost he is beautiful

lama tak dengar :O

Hari Yang Haru

Kejadian, sebentar tadi  Akhirnya ... arghhh tak tahu nak cakap apa. Tak tercakap dibuatnya bila melihat kad ATM kesayanagn dit elan begitu saja sebelum sempat memasukkan nombor pin ketika mahu mengeluarkan duit di ATM opis. Bergenang a ir mata.... Mana tidaknya, itulah satu-satu special card yang diperoleh ketika ke Maybank Treats last year di Mid Valley. Beratur panjang hanya nak menukarkan kad lama ke kad baru yang boleh print pic anakacuk ! Terus telefon hotline, tanya pegawai perhubungan pelanggan yang menjawab kot boleh dapatkan kad itu semula walaupun tidak lagi boleh digunakan! Sedih lagi sebab memang prosedur meletakkan tidak boleh. Ingatkan boleh sebab hilang dalam ATM di dalam kawasan syarikat. Jadi tertekan mengenangkannya sampailah ke saat ini. Kalau tidak, suami dan saya mempunyai kad ATM yang sama, pic anak-anak yang comel... Arghhh inilah yang dinamakan hilang tak berganti. Kenalah tunggu next treats MBB Buat ATM yang menelan, haihhh rasa na...

Halal dan Haram

Hadis Keenam ( Hadis 40 Imam Nawawi ) HADITH 6 ~~~On the authority of Al-Numan bin Basheer, who said : I heared the messenger of Allah say: “That which is lawful is plain and that which is unlawful is plain and between the two of them are doubtful matters about which not many people know. Thus he who avoids doubtful matters clears himself in regard to his religion and his honor, but he who falls into doubtful matters falls into that which is unlawful, like the shepherd who pastures around a sanctuary, all but grazing therein. Truly every king has a sanctuary, and truly Allah’s sanctuary is His prohibitions. Truly in the body there is a morsel of flesh which, if it be whole, all the body is whole and which, if it be diseased, all of it is diseased. Truly it is the heart."~~~ Maksudnya :-    Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesun...

Kita Rasa Dicintai....

Kita rasa dicint ai apabila , Dia ada disisi saat musibah menimpa. Kita rasa dicintai jika, Dia sering hadir dalam mimpi walau tidak berharap. Kita rasa dicintai andai, Dia selalu muncul saat diperlukan. Kita rasa dicintai bila, Dia menadah kan bahu untuk air mata. Kita rasa dicintai kiranya, Dia senyum tanpa berkata-kata saat kita luahkan amarah. Itulah cinta Itulah dia yang dicintai Selalu ada dan sering siap sedia tanpa rebah.

Kerja Sambilan/Pendapatan Sampingan

Jujurnya saya tidak mempunyai bakat selain menulis. Masalahnya.. eh bukan masalah sangat pun. Malas ke tidak saja. Cuma, sukarnya menulis perlukan banyak ilham dan masa. Bagaimana harus saya mencuri masa untuk menulis sekiranya saya perlukan masa yang ada untuk menguruskan kehidupan. Paling penting saya tetap mahukan tidur yang cukup tujuh hingga lapan jam. Beruntunglah andainya kamu-kamu-kamu dan kamu punyai bakat selain daripada menulis seperti saya. Bakat kemahiran seperti menjahit, memasak, mambuat kek, mengubah hantaran, pomen, buat tudung-selendang-scarf- mencipta dan mereka dan lain-lain lagi. Kerana dengan bakat seperti itu ia memberi laluan kepada anda untuk memulakan perniagaan atau kerja sambilan yang tidak mengganggu kerja tetap anda. Pandangan saya sendiri, jujurnya, perniagaan yang benar-benar boleh diniagakan ialah perniagaan yang lahir daripada penat lelah akal yang memberi idea dan lenguh sengal otot tangan yang mereka ataupun memunggah. Tak faham? Senang ...

Zoo dan Kesesuaian

Lawatan ke Zoo Melaka pada musim cuti sekolah bersama Aniq Raheel. Aniq dan tentu teruja dan terkejut kerana dapat melihat sendiri haiwan 'National Geographic' nya secara langsung. Dari sekecil-kecil kura-kura sampailah sebesar gajah dan setinggi zirafah hingga segarang harimau dan buaya dapat dilihat. Sayangnya tidaklah dia ketemui si singa dan  si mickey mouse (tikus) hehe... 3.4 kilometer, anggaran perjalanan kami anak beranak ditemani dua adik perempuan di zoo Melaka memang memenatkan. Sungguh! Dengan bergilir mendukung si Ruhee yang kalau dibiarkan dia berjalan, terkedek-kedek jadinya. Itulah, kononnya nak ala-ala 'jungle tracking' haaa sekali amik ko, longgar kepala lutut dibuatnya. Sebelum berkongsi cerita dengan foto-foto yang sempat di'snap, nak ler juga berkongsi pandangan berhubung perkara-perkara yang 'agak pelik' atau 'tidak perlu' atau 'tolonglah!!!' sekiranya anda mahu ke zoo atau ke tempat-tempat yang sewaktu ...